Hampir 2 bulan lebih kita meninggalkan lembaran Ramadhan, muncul pula satu lagi perayaan Hari Raya Aidil Adha. Kalau dulu semasa manusia sibuk menyambut Ramadhan menjadikan saya pening dengan sikap manusia yang sanggup berhabis dan bergolok gadai untuk memastikan hari raya tersebut dapat disambut meriah, kali ini saya pening pula memikirkan adakah takbir raya yang dibaca di pagi hari raya aidil adha adalah relevan dengan perayaan yang disambut pada hari tersebut?
Cuba kita perhatikan satu persatu terjemahan takbir hari raya yang selalu kita laungkan.
Allah maha besar (maha agung), Allah maha besar, Allah maha besar
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Allah maha besar, bagi Allah segala pujian
Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar sebesar-besarnya
Segala pujian bagi Allah, dan maha suci Allah (dari kekurangan) pagi dan petang
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
tidak kami perhambakan diri melainkan kepadaNya sahaja
dalam keadaan mengikhlaskan diri dalam beragama kepadanya walau dibenci orang-orang kafir
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja
Ia telah membenarkan janjinya (memenangkan Rasul dan para pengikut baginda),
Ia telah menolong(memenangkan) hambanya(Nabi Muhammad),
Ia telah memperkuatkan/memuliakan tenteranya,
Ia telah menewaskan tentera sekutu sendirian
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Verse 1, 2 dan 3 mungkin relevan, walaupun dalam kehidupan seharian kita kerana menjadi kewajipan kita yang mengaku diri sebagai hamba Allah memuji Allah setiap masa, hari dan saat. Tatpi, cuba perhatikan baik2 verse ke-4, adakah ianya relevan dengan sambutan hari raya korban?
Menurut sejarah, berlaku perang Ahzab pada bulan Syawal dan peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar bagi umat Islam kerana umat Islam yang telah menguasai Madinah telah diserang oleh tentera2 sekutu dari seluruh Jazirah Arab. Bayangkan 10,000 tentera daripada tentera bersekutu menyerang 3,000 tentera Islam, bukankah satu bilangan yang besar? Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah menyusun strategi seterusnya mengetuai tentera Islam maka tentera Islam menang besar dalam peperangan tersebut.
Oleh itu untuk mengenang semula peristiwa ini, maka setiap kali bulan Syawal, umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menggambarkan kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut. Oleh itu bacaan takbir verse ke-4 itu adalah relevan dengan peristiwa ini. Tetapi bayangkan, sambutan hari raya Aidil Adha berlaku pada bulan Zulhijjah, dan peristiwa manusia melakukan ibadat haji telah lama berlaku sejak zama nabi Ibrahim lagi, jadi adakah relevan takbir yang kita laungkan itu?
Saya bukanlah nak mempertikaikan amalan masyarakat kita pada hari ini, cuma bagi saya lebih baik kita melakukan sesuatu itu atas dasar kefahaman dan penghayatan, bukan sekadar ikut-ikut orang atas dasar menyedapkan hati orang sekeliling. Untuk mencapai tahap ini kita sebagai umat Islam perlulah mengkaji dengan lebih dalam tentang agama kita sendiri, bukan sekadar menerima sahaja apa yang telah disuapkan kepada kita.
Salam Aidil Adha.
Aimi. Mukhlis
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
December 08, 2008
+*+*~Salam Aidil Adha~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 11:02 AM 0 komen
Cerita Tentang: Aidil Adha, deep thinking
December 04, 2008
+*+*~Luahan Petang Khamis~*+*+
4 update dalam satu hari, mesti muakkan baca blog ni. Tapi bukankah awal2 lagi saya dah bagitau, hari ini saya akan keep on update blog saya ini kerana saya tidak ada banyak kerja dan hari ini merupakan hari yang sangat sukar bagi saya.
Saya peliklah, kenapa manusia ni (especially orang melayu) apabila mereka lebih senior atau lebih kaya atau lebih apa2 sajalah, mereka sangat ego dan mereka mahu mengawal segala-galanya. Senang kata, mereka boleh claim seolah2 mereka ni kebal dari segala2nya, termasuk undang2. Adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada dan Malaysia ini ada undang2? Saya tak sukalah nak panjang2kan cerita ni, tapi saya sangat marah dan geram dan saya rasa kat sini tempat paling baik untuk saya melepaskan marah.
Adakah mereka rasa apabila mereka lebih segala2nya, hidup mereka dah sempurna? Apakah definisi kesempurnaan hidup mereka? Adakah dengan mempunyai pelajaran yang tinggi, mempunyai duit yang banyak, ada anak2, itu definisi sempurna? Haihh...kenapalah mereka ni sangat cetek ilmu pengetahuannya, sangat jahil tentang kehidupan??
Bagi saya, hidup saya takkan sempurna selagi saya tidak dapat betulkan keadaan dan kembalikan semula keadaan kepada yang sepatutnya. Dan apa yang sepatutnya itu adalah berdasarkan prinsip, dan lebih mudah prinsip hidup manusia tertulis dan tersimpan rapi di dalam Al-Quran. Bagi saya mudah saja, Al-Quran kalau dibaca2 sahaja tiada gunanya, takde manfaat dan macam mana kita nak claim kita dapat pahala kalau kita baca2 sahaja. Contohnya, kalau kita baca2 saja buku matematik, kita hanya dapat simbol2 yang kita sendiri tak mengerti, tapi kalau kita baca & belajar ilmu matematik, barulah ada manfaat dalam hidup kita. Begitu juga dalam amalan2 ritual (sembahyang 5 waktu, puasa dan sebagainya) kalau tidak diserap dalam kehidupan ritual2 itu akan jadi ritual sahaja, sia2 dan tiada maknanya.
Saya tahu apa yang saya tulis ni agak sensitif, tapi semakin jauh perjalanan yang saya lalui ni semakin saya pelik dengan sifat manusia. Ini adalah kerana daripada pemerhatian saya, manusia hari ini semakin hilang nilai2 kemanusiaan dan lupa prinsip hidup sebagai manusia (atau tidak mengerti apa prinsip hidup sebagai manusia). Dalam kes saya dengan perempuan tua itu, saya tak nak bergaduh dan bercakaran dengan manusia yang tidak ada prinsip, oleh itu prinsip saya mudah saja, Malaysia ini ada undang2, oleh itu biarlah undang2 yang menentukan segalanya.
Saya harap esok adalah hari yang lebih cerah untuk saya. Doakan saya ya.
Cerita Rozelia Shariff pada 6:26 PM 0 komen
Cerita Tentang: Al Nur, cerita kami, this pain
+*+*~Kenapa Saya Mesti Takut Dengan Mereka?~*+*+
Tak habis lagi dengan kes saya dengan perempuan tua itu. Selepas waktu makan tengah hari tadi saya telah menelefon mereka semula untuk mendapatkan maklumat. Tetapi, apa yang saya dapat? Tengkingan dan makian dari dalam telefon!!
Macam ni ke cara orang jalankan perniagaan? Dahlah buat salah, tapi pretend macam dia tak buat salah. Kalau nak tahu, dahlah mereka deal dengan kami menggunakan nama yang tak wujud dalam ROC/ROB. Isyy..diorang ni, ingatkan kami ni orang yang duduk dalam gua macam diorang ke? Sekarang ni dunia berinternet, maklumat di hujung jari sahaja. Kalau saya nakkan maklumat, saya hanya taip dan tekan enter, maklumat tu akan sampai kepada saya dalam masa 0.005 saat!
Takpe, saya bersabar sedikit lagi. Kalau saya tak dapat juga payment daripada mereka dalam masa 2-3 hari ni, saya akan laporkan kepada KPDNHEP. Kan saya dah kata, sekarang ni dunia berinternet, kalau saya nak buat laporan melalui internet pun boleh. Saya dah ambil nombor telefon tribunal aduan pengguna daripada KPDNHEP siap2. Apa diorang ni tak takut dengan undang2 ke? Saya malas nak gaduh, nak santau atau kaedah2 yang tidak professional seperti mereka. Tengking2 dalam telefon pun saya tak mau. Tetapi kalau nak tunjuk ego, tunjuk ego depan hakim dalam mahkamah lah. Tengkinglah hakim kalau kau berani.
Rasanya siri cerita geram saya ni takkan habis kat sini dan takkan habis selagi saya tak dapat payment daripada customer ni. Saya akan terus mencatat cerita ini buat pelajaran bagi semua. Yang penting saya tak boleh takut dengan mereka sebab mereka yang berhutang dengan saya bukan saya yang berhutang dengan mereka.
Cerita Rozelia Shariff pada 3:27 PM 0 komen
Cerita Tentang: Al Nur, cerita kami, this pain
+*+*~Saya Dah Jadi Jahat~*+*+
Tak habis2 cerita geram saya dengan orang tua itu. Semalam saya telah menelefon assistantnya dan bertanya tentang payment. Dia bagitau account clerk dah bank in duit melalui cek ke dalam akaun syarikat saya pada hari Selasa. Buat pengetahuan, saya telah mendaftar Maybank2U application untuk company saya, jadi mudahlah untuk saya berurusan dengan bank tanpa perlu bersesak2 di sana. Jadi, dengan mudah jugalah saya boleh cek sama ada apa yang mereka cakap ni betul atau tidak. Caranya, log in ke dalam account transaction, tengok account details, nanti dia akan tulis Outside Cheque Clearance, 1 day floating & 2 days floating. Itu menandakan ada cek transaction yang berlaku pada akaun kita. Apa yang memeranjatkan saya, ledger itu adalah 0!! Ini bermakna mereka telah menipu kami!!
Pagi tadi, seawal 9 pagi saya call ofis mereka. Kalau boleh saya nak berbincang secara baik dan selesaikan semuanya dengan baik. Tapi sampai pukul 11 pagi panggilan saya tak berjawab. Oleh itu tak salahkan kalau saya beranggapan yang mereka ini cuba mempermainkan kami dan cuba menipu kami. Disebabkan kesabaran saya ada batasnya, saya telah menghantar notis melalui sms kepada orang tua itu dan saya bagitau kepada dia kalau dia tak buat bayaran dalam minggu ini saya akan buat laporan polis! Saya rasa tindakan undang2 adalah lebih baik untuk mengajar orang degil dan kuat menipu seperti ini.
Dalam masa 5 minit selepas saya menghantar sms itu, bertalu2 panggilan daripada mereka masuk ke telefon saya. Saya tak mahu angkat, saya nak bagi silent treatment dulu kepada mereka. Nanti sekejap lagi saya akan call ofis mereka dan mungkin kali ini saya terpaksa berlakon menjadi orang lain dan memberikan kata 2 kepada mereka - bayar atau laporan polis!
Saya terpaksa jadi jahat buat masa ni sebab +*+*~SIAPA YANG KURANG AJAR PATUT DI AJAR!!~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 1:19 PM 0 komen
Cerita Tentang: Al Nur, cerita kami, this pain
+*+*~She Made It to 13th!!~*+*+
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, finally my baby reach to 13th weeks!! Give her a big hand. +*+*~Clap!Clap!~*+*+
Alhamdulillah, setakat ni takde masalah kritikal yang saya alami (seperti dulu). Cuma sakit2 abdomen, sakit pinggang dan tak lalu makan sangat lah! Cuma yang saya perasan buat masa ni saya suka makan ayam goreng, tapi bukan ayam goreng KFC, McDonald atau yang sewaktu dengannya. Saya suka ayam yang digoreng dengan kunyit sahaja, plain gitu. Kalau dapat yang macam tu, makan dengan nasi + kicap dah cukup membuka selera saya.
Dan lebih menggembirakan saya lagi, minggu ni merupakan minggu terakhir untuk first trimester yang membawa erti semakin berkurangan risiko keguguran. I'm proud of my baby because she successfully make it to 13th!! Dan yang paling best sekali, my baby taught me a lot especially on human phisiology, psychology, nutrition, etc.etc. Kalau sebelum ni saya memang sangat fail tentang benda hidup ni sebab saya tak pernah belajar biology daripada sekolah menengah lagi. Kali terakhir saya belajar biologi dalam subjek sains masa tingkatan 3, tu pun bila masuk bab biologi saya akan escape kelas sains..hohoho.
Maaf ye dalam entry yang lepas saya sangat marah dan melepaskan kata2 yang kurang enak dibaca. Saya memang geramlah dengan itu perempuan tua, dia rasa dia kaya, bukan main sombong dan bongkak lagi. Saya baru test sikit, belum lagi saya test kau-kau punya. Saya ingatkan dia baik, tapi betullah kata bijak-pandai, don't judge a book from its cover. Nampak je macam baik, hati dia...Masya Allah... Tapi takpelah, let by gone be by gone, saya tak nak teruskan bisnes dengan dia. Saya tak ralat hilang customer macam tu dan Insya Allah saya akan invest dalam satu cabang bisnes yang baru yang saya dah nampak cahayanya. Nanti saya share di sini.
Saya rasa saya akan keep on updating blog hari ni sebab saya takde keje nak buat hari ni. Suami saya minta saya rehat saja kat rumah sebab dia ada kerja di luar. Bermakna saya tak perlu ke ofis. Nasib baik rumah mak saya ada internet, jadi bolehlah saya bertenet seharian..hohoho.
Cerita Rozelia Shariff pada 8:47 AM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, pregnancy, this pain
December 03, 2008
+*+*~Pedih~*+*+
Apa yang saya nak ceritakan hari ini bukanlah satu rekaan, atau cerita emosi yang diada-adakan. Tapi saya menceritakan kisah sebenar, yang merupakan pengalaman hidup saya dan duri yang terpaksa saya lalui untuk menempuh kejayaan.
Baru sekejap tadi saya menelefon customer saya di Taiping. Buat pengetahuan, customer ini sangatlah bermasalah dan yang lebih menyedihkan customer ini adalah Melayu! Bayangkan, betapa mereka meperkotak-katikkan kami mungkin sebab pada mata mereka kami ini hanyalah budak2 mentah yang boleh ditipu, tapi adakah mereka lupa bahawa Allah itu ada? Pada awalnya saya telah menerima order daripada mereka dan mereka bersetuju untuk membuat pembayaran selepas 1 minggu barang2 diterima. Tetapi, sampai ke hari ini dah masuk 2 bulan lebih kami hanya menerima 1 pembayaran saja dan itu pun tak sampai 50% daripada harga barang yang sebenar.
Saya tak suka nak berkata buruk tentang orang, dan tujuan utama saya menjalankan perniagaan ini adalah untuk menaikkan taraf orang Melayu dan menggalakkan lebih ramai Melayu berkecimpung dalam perniagaan. Tetapi dengan wujudnya bangsa Melayu yang bangsat seperti ini memanglah saya yakin yang bangsa Melayu takkan ke mana. Kalau bangsa Melayu sendiri berusaha untuk menjahanamkan bangsanya, apatah lagi bangsa lain.
Tempoh hari salah seorang daripada teman saya telah menghantar SMS yang agak keras bunyinya antaranya "Puan tolonglah jangan tindas kami, kita sama2 mencari rezeki di bumi Allah ini". Saya rasa dah cukup baik bahasa yang kami gunakan, tapi sebab dia ego dan sangka dia adalah manusia yang paling kaya dalam dunia, dia telah menelefon saya dan memberi amaran pada saya "U tak payahlah cakap2 macam tu kat I. Kami tak pernah lagi makan duit haram. Tanyalah kat orang kat Taiping ni, ada kami makan duit haram?" Dan sebentar tadi sewaktu saya membuat panggilan untuk bertanya tentang bayaran, sekali lagi saya mendapat "I sangat terkilan sebab hari tu, sebab cakap2 I yang bukan2. I sangat2 terkilan". L****U lah! Kau nak pikir kau punya terkilan je? Kami punya terkilan sebab kau tak tunaikan janji ni macam mana? Kau ni memang P*****K lah!
Nama company ni (berdasarkan P.O yang mereka hantar kepada pihak kami) Al Nur Wholeseller Sdn Bhd. Tapi mereka tak bagi nombor registration company pada kami. Dah lah tu, baru2 ni saya cek semula pendaftaran syarikat ni dan saya dapati nama syarikat ini tidak wujud! Jadi, apakah itu? Nampak sangat mereka ni cuba menipu kan? Memang haramlah kalau mereka tak bayar duit kami. Hutang mereka pada kami bukan sedikit tau, RM16,000++! Saya rasa nak saman je syarikat ni, saya dah tak boleh bersabar lagi!
Kenapalah wujud Melayu bangsat macam ni? Kalau nak menipu pun biarlah professional sikit, janganlah nampak sangat nak menipu!
Nota: Lagi satu nama perempuan yang deal dengan kami tu ialah Rosmah Tua Bangka Tak Sedar Diri, bawak kereta Mercedes C-Class yang dah eksiden dan takde duit RM78,000 nak repair kereta tu, dah lah loklak, eksiden sebab diri sendiri langgar tembok, nasib baik tak mampus, kalau kau mampus kan lagi bagus, taklah menyusahkan orang!
Cerita Rozelia Shariff pada 12:27 PM 0 komen
Cerita Tentang: Al Nur, cerita kami, this pain
December 01, 2008
+*+*~Barulah Saya Mengerti~*+*+
Setelah hampir 3 bulan mengharungi pengalaman sebagai bakal ibu, barulah saya mengerti bahawa untuk menjadi seorang ibu bukanlah senang. Satu pengalaman yang sukar tapi sangat bererti kepada makhluk yang bernama perempuan.
Sejak semalam lagi saya mengalami kekejangan perut yang melampau. Mungkin kerana baby sedang mengalami tumbesaran yang berterusan. Tapi sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Sehingga membuatkan saya berasa makan salah, duduk salah, tidur pun salah.
Malam tadi hampir jam 4.30 pagi baru saya dapat melelapkan mata. Sedangkan saya dah mula berbaring sejak jam 11.30pm lagi. Macam2 hal bermain di fikiran saya. Dengan keadaan perut yang kurang stabil. Jam 12.30am saya terpaksa bergegas ke tandas kerana melayan kerenah muntah2 yang selalunya saya malas nak layan. Ini semua mungkin kerana saya termakan nasi berantah di kenduri kahwin semalam, dan saya tak sangka kesannya adalah sangat teruk kepada preggie macam saya, sedangkan sebelum ada makhluk dalam perut ni dulu apa saja saya boleh makan - kayu, batu, besi, cermin - namakan saja.
Sehingga ke hari ini perut saya masih kurang stabil.Sakit, memulas2 dan berdenyut2. Dan saya tidak boleh melengahkan waktu makan sama sekali kerana kalau waktu makan dilengahkan PASTI saya tak boleh makan lagi selepas itu. Aduh...sungguh seksa nak jadi mama ni. Kadang2 saya terpaksa usap2 perut saya untuk menenagkan si kecil...apalah yang kamu mahu sayang? Mama tak mengerti....
Macam manapun saya terus berdoa agar kandungan kali ni akan berada dalam keadaan yang baik2 saja. Mungkin kesakitan yang saya alami sekarang membawa erti si kecil ini berada dalam keadaan yang sangat sihat. Saya perlu sentiasa positif!
Cerita Rozelia Shariff pada 3:42 PM 1 komen
Cerita Tentang: pengalaman baru, pregnancy
November 30, 2008
+*+*~Swinging Moods~*+*+
Kalau nak diceritakan mood yang sekejap suka dan sekejap marah, memang terlalu banyaklah. Saya rasa sepanjang masa saya jadi macam tu. Sekejap saya boleh jadi baik dengan suami saya, tapi dalam masa 2 minit saya boleh naik angin dengan dia. Kesian sang suami kena melayan kerenah isteri yang begini. Nasib baiklah saya dikurniakan dengan suami yang tinggi tahap kesabarannya dan jarang sekali dia menaikkan suara kepada saya, apatah lagi nak menaikkan benda2 lain (contohnya tangan atau kaki). Dan kadang2 saya rasa tak adil sebab suami saya terlalu baik bagi saya tapi saya selalu buat jahat dengan dia...kesian suami saya.
Kenapalah hormon pembawakan ni jadi macam ni? Saya nak jadi seperti saya yang sebelum ini, lebih banyak relax dan tak mudah melenting dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan macam sekarang ni, kena gigit nyamuk sikit pun boleh buat saya menangis! Saya rasa seperti saya seorang perempuan yang sangat lemah dan saya adalah tidak suka seperti ini kerana sebelum ini saya tidak seperti ini. Macam mana agaknya saya nak mengutip semula sifat2 lama saya yang tegas dalam kelembutan itu?
Dahla, saya nak mandi. Kejap lagi nak pegi kenduri.
Nota: See, saya dah mula mengarut lagi. Maafkan ya gaya penulisan saya yang begini - menulis tanpa berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di kepala.
Hihi... :P
November 29, 2008
+*+*~Laskar Pelangi~*+*+
Tempoh hari semasa saya sedang sibuk mencari klip video tercipta untukku, tiba2 saya teringat dengan lagu ini. Walaupun saya sedang menghadapi pengalaman baru dalam hidup saya, tapi buat masa ini saya tetap menghabiskan masa untuk SAYA (sebab 6 bulan lagi mungkin kurang masa untuk SAYA lagi).
November 27, 2008
+*+*~Tercipta Untukku~*+*+
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Tapi bukan sinetron ini yang saya nak cerita. Saya suka sangat dengan lagu Tercipta Untukku ni. Bagi saya liriknya terlalu indah. TAPI, klip videonya sangat sedih (sehingga mampu membuatkan saya yang keras hati dan keras kepala ini menitiskan air mata). Dan saya masih ingat lagi sewaktu lawatan saya ke Jogjakarta hujung tahun lepas, sewaktu minum pagi di sebuah kedai berhampiran UGM di mana di gerai tersebut terdapat sebuah band kampung (anak2 muda Jogjakarta) mendendangkan lagu2 untuk pengunjung gerai tersebut dan pengunjung boleh pula request lagu daripada mereka. Saya telah meminta mereka mendendangkan lagu ini dan saya tujukan lagu ini khas untuk suami saya (walaupun dia tidak ikut serta dalam lawatan kami itu).
Dan sekali lagi, saya tujukan lagu ini khas untuk suami saya kerana bagi saya dia sememangnya tercipta untuk saya (macamlah suami saya ada masa baca blog saya ni).
Cerita Rozelia Shariff pada 3:02 PM 2 komen
Cerita Tentang: deep thinking, songs