Finally, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saya telah melalui confinement period saya dengan jayanya, tetapi....
Bila confinement ended, apa yang diangan-angankan sepanjang confinement period hanya tinggal angan-angan saja. No jalan-jalan ukur shopping mall dengan Aimar, no shopping2 session untuk penuhkan wardrobe..NO..NO..NO!! Uwaaa....!!
Sebaliknya...hari2 meeting, roadshow, jumpa customer... Shud be saya semakin happy sebab ini bermakna bisnes semakin bagus thats why hari2 busy,busy,busy. Tapi...punah harapanku untuk pergi mengukur shopping mall itu. Nantilah, dah berjaya jadi President's Team nanti kita pegi ukur shopping mall ramai2 ye...
That's why nak update blog pun takde masa. Nak jadi kak Nam menenggek kat blog orang lain pun dah tak sempat. So, catch up the updates seminggu sekali is ok kan?
Lagi kesian kat anak bujang-busuk-masam saya tu. Almost everyday nak kena ikut mama dia keluar. Macam yesterday, I had roadshow kat UIA, daripada jam 11am sampai 3.30pm dia dok menenggek dengan saya kat sana. Tido kat dalam stroller lah. Balik rumah terus dia pengsan tak hengat dunia. Kesian anak bujang saya tu.
Dan saya mahu potong rambut, tapi tak sempat2 sampai skarang. Kali ni had terpanjang rambut saya yang saya pernah simpan...almost nak sampai pinggang dah. Sikit hari lagi kalau saya tak potong konpom akan jadi bahan tarikan anak bujang saya tu. And..most of the new mummies out there keep on complaining that they are facing hair falls problem after few months the gave birth. Perkara itu berlaku kerana kita telah kekurangan zat besi dalam darah, so dapatkan makanan yang boleh membekalkan zat besi pada tubuh badan..ok. +*+~Haha..sempat lagi bersyarah tentang nutrition..but that is the most important thing in our life..rite??~*+*+
Nanti kalau sempat saya update lagi. Now I need to get ready for next meeting. Haiya..meeting lagi...
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
July 23, 2009
+*+*~After The Confinement Ended~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 7:55 PM 0 komen
Cerita Tentang: Aimar, cerita kami, confinement, Herbalife
July 11, 2009
+*+*~Who Are We To Say "NO" ?~*+*+
Sebelum saya menulis secara serius...lagi 7 hari my confinement will end!! Yippiee!! And today I was left with Aimar and his Tokwan again, and skarang ni Aimar tengah tido so ada chancelah mama dia update blog..ngee :P
Actually this matter is playing inside my head since this morning. Sometimes we love to say "NO" to people without considering whether that thing that we avoid people from doing is suitable or not to them. It is because we evaluate it base on US, ourself on our own circumstances.
Contohnya, kita bagitau someone, hey...jangan makan cendawan, nanti gatal. Maybe that fella memang ada allergic cendawan so that statement is relevant to him/her. Tapi let say that fella adalah bebas allergic dan boleh-makan-apa-saja-termasuk-batu-dan-kayu, so definitely that statement is not relevant to them. Sebagai seorang bekas jurutera, for me if you want to make that statement make sure you have the evidence, statistic data perhaps. So, kalau nak make sure yang your statement is relevant start it with data collection, or maybe simple observation.
Tapi masalah yang paling besar is orang kita selalu say "NO" base on their own experience. Disebabkan dia "tidak boleh" so orang lain pun harus "tidak boleh" juga. Contohnya, si A "tidak boleh" makan nasi sebab kalau makan nasi dia akan jadi gemuk, so dia akan bagitau kat B, jangan makan nasi sebab nanti dia akan jadi gemuk juga. No, actually it should not be like that. You must know that fella metabolic rate first because people is unique and different, they have their own body capability. Sama jugalah dengan perkara-perkara lain, physically and emotionally, each person has their own ability and capability so for me kita tak berhak say "NO" to them base on our own experience.
Tapi, say "NO" to dadah and rokok is essential lah..:) (Ending yang tah hape-hape sebab budak kecik tu dah start merengek)
Cerita Rozelia Shariff pada 4:25 PM 0 komen
Cerita Tentang: deep thinking
July 10, 2009
+*+*~Seharian Bersama...~*+*+
Sebenarnya bukan seharian, dah 2 hari macam ni. Mana taknya, maktok Aimar & Babah Aimar ada exhibition kat Mid Valley so Aimar kena tinggallah dengan Mama Aimar and Tokwan Aimar. Tapi Tokwan Aimar pun agak bizi dengan rumah kat Serdang sebab bakal ada penyewa baru bulan Ogos ni, so Aimar yang masih dalam pantang kenalah tinggal dengan Mama Aimar yang juga masih dalam pantang.
Dah sebulan lebih ni, Aimar dah pandai nak manja2. Ada masa siap tido kat atas dada saya. Keje dia asyik nak berkepitttt je..(in fact skang ni dia tengah tido bekepit dengan babah dia as mama Aimar sibuk nak update blog...hihi.. :P) Hari tu Pak Ngah a.k.a BIL saya datang and dia hadiahkan Aimar play gym. Skarang ni dia dah pandai tepuk2 benda kat play gym yang bergantungan itu. Tengah dok tepuk2 play gym tu boleh pula dia buat2 nangis. Kalau saya memang saya tak layan, tapi bila sampai kat Tokwan dia cepat2 Tokwan dia angkat. Sukalah Aimar, taktik nak minta angkat dia menjadi.
Semalam barang yang saya order kat Tootsie Bitsie dah sampai dan hasilnya..
Nampak gaya pergi Taipei nanti ada chancelah Aimar jadi Stitch. Jangan kena tahan dengan guard kat airport nanti dahla..."No animal allowed on the plane". Kalau ada sesapa berani panggil anak saya "animal" akan ku starlight dahi dia..huh!
So, this is the latest photo of my handsome son.
I love to see him sleeping..sebab kalau dia menangis its really a disaster :P.
Cerita Rozelia Shariff pada 7:27 PM 0 komen
Cerita Tentang: Aimar, baby, progress review
July 08, 2009
+*+*~I Really Want To Let 'Em Know, But...~*+*+
Masa untuk saya berfikir perkara yang karut-marut dan melayan angan2 sudah hampir ke penghujungnya as my confinement pun dah hampir ke penghujungnya. Sekarang ni masa untuk berpijak di bumi yang nyata, back to work dan kembali berfikir secara waras!
2-3 hari kebelakangan ni banyak perkara yang saya perhatikan hingga saya rasa memang banyak tanggungjawab saya yang tak terlangsai lagi. Banyak perubahan yang perlu dibuat, banyak perubahan perlu dibawa tapi...
Let me jot it down one by one what is the things that burden my head so much right now...
1. Kepentingan nutrisi kepada masyarakat Melayu (khasnya)
Saya terbaca satu artikel daripada Bernama yang membincangkan masalah terencat di kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi. Saya ingin sangat nak bagitau kat masyarakat yang nutrisi amat penting kepada mereka dan ada perbezaan di antara makanan (foods) dan nutrisi (nutrition). Bukan setakat "ada beza" malah banyak bezanya. Dan perkembangan otak bermula dari peringkat janin lagi (macam wording iklan Anmum). Haih..tapi masalahnya, saya tak tau macam mana cara terbaik saya untuk saya memberitahu kepada mereka. Nanti kalau saya berceramah banyak2 konpom orang sekeliling akan kata saya macam bagus...maklumla orang melayu. Kalau nak baca isi artikel yang saya baca tu boleh tengok di sini.
2. Masalah pekerja yang terlibat dengan recession dan baru nak memulakan perniagaan sendiri.
Actually isu ni timbul bila saya melawat satu blog kawan saya. To be frank dia memang tak tau saya selalu "melawat" blog dia sebab saya memang suka bersifat silent reader dan tak suka komen banyak2. Ok, dia meluahkan macam mana payahnya nak memulakan bisnesnya, dengan kena kelepet bab pergi kursus and what not. Saya akui, memang susah. Sebelum saya decide untuk menceburkan diri secara serius dengan Herbalife, saya pun ada traditional business saya sendiri. Hampir setahun setengah saya dok tergapai2 nak memulakan bisnes saya and kemuncaknya saya telah ditipu sehingga RM16,000!! Sehingga hari ini saya tak dapat semula duit itu okehh dan yang paling dikesali yang menipu itu adalah orang Melayu juga. Saya nak sangat bercerita dengan dia, saya nak sangat share pengalaman saya ni dengan dia dengan harapan dia boleh gunakan pengalaman saya ini dan lebih mudah perjalanan hidupnya. Tapi adakah dia mahu dengar pengalaman saya ini? Sedangkan dulu saya selalu berkongsi pengalaman dengan dia tapi at the end of the day dia kata "Kau ni macam kau saja yang betul".Haihh...
3. Sifat dengki khianat melayu yang suka nak menjatuhkan bangsanya sendiri.
Bila saya dah memulakan bisnes Herbalife dan mendapat didikan dan tunjuk ajar yang betul, tanpa segan silu saya berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 dan sanak saudara saya. TAPI, ada pula orang melayu yang cuba mencari keburukan perniagaan ini (produk ini khasnya) yang harus saya katakan bullshit dan kau tak tau malu ke? Bukanlah saya menyokong sangat produk2 bukan melayu ni, masalahnya who are you yang nak mencari kelemahan satu organisasi yang dah ada 60 juta satisfied customer di seluruh dunia, dah bertapak di lebih 70 buah negara dan telah menjadi big player dalam industri selama hampir 30 tahun?Kau tak takut ke kalau dengan tohmahan kau tu kau akan kena saman berbilion-bilion USD. Dan kau tak rasa ke "kerja" yang kau buat tu kerja sia-sia dan buang masa? Just because orang yang kau kenal buat bisnes ni kau cuba cari kelemahannya, but the question is who are you to do all this? Dahlah...berhentilah daripada meneruskan kebodohan orang Melayu...stop from being Stupid Malays!
4. Kepercayaan karut marut yang tidak ada scientific evidence & explanation.
Tadi saya tidurkan Aimar dalam keadaan meniarap just because I read this so I just want to proof it. Tapi bila saya buat macam tu adalah pulak suara sumbang yang berbunyi "Eh! Kenapa terbalikkan dia. Tak boleh buat macam tu...selagi dia tak meniarap tak boleh balikkan dia, nanti dia tak pandai meniarap sendiri" yang membuatkan saya terfikir no wonder anak orang Melayu selalu ketinggalan. Semuanya tak boleh. Bukanlah saya against the pantang larang orang Melayu and what not, mana yang make sense saya akan ikut, tapi kalau pantang larang yang tiada logic evidence dan against the development memang saya akan tentang. Kenapa tak nak buat sesuatu yang membina?Haih...
See, tu baru 4 perkara yang memeningkan kepala saya. Belum lagi benda2 pelik yang lain. The question is...macam mana saya nak bagitau mereka? I need to find the right way to show them or else they will continue with their stupidness..(not saying that I'm that smart :))
Cerita Rozelia Shariff pada 8:49 PM 0 komen
Cerita Tentang: cerita kami, deep thinking, dilema, emo freak, nutrition, this pain
July 07, 2009
+*+*~His First Visit To The Clinic~*+*+
Actually it happened yesterday - tapi disebabkan saya dalam mood "rajin" untuk mengupdate blog skarang ni that's why cerita ni diupdate hari ni.
As usual, the check up happened at Klinik Desa, Sungai Sekamat. Memang part check up and what so ever ni saya rely 100% on Government's service sebab kat sini they can be considered as excellent. Ari tu lepas saya dah balik daripada hospital pun they did came to my house to make the visit, checking up on me and the baby. So yesterday, they did the check up again and Aimar received his 2nd jab of Hepatits-B. However, hari Rabu ni nak kena pegi semula ke klinik sebab ada appointment dengan doktor.
Yang bestnya, sepanjang perjalanan dari rumah-klinik, klinik-rumah, Aimar tidur saja. Maybe budak2 skarang ni memang macam tu, bila kena air cond je mulalah tido tak hengat dunia..(in his case, kalu tak kena air cond pun tido tak hengat dunia gak..hihi). Masa kat klinik pun tido je. Tapi masa nak amik weight, kena bo-gelkan dia, masa tu dia terbangun kejap and menyanyi lah...terperanjat agaknya, tetiba sejuk semacam. And guess what...dalam masa sebulan he had gained 1.2kg!! Berat dia semalam is 3.7kg. (By this time I dah start salute ibu-ibu yang melahirkan anak from 3.5kg up to 4kg secara normal. Memang uols kuat lah..) and his height is 55 cm! Masa lahir haritu 47 cm saja. No wonder saya rasa macam anak saya semakin membesar sekarang ni, thanks to good nutrition from Herbalife!
Masa kena injection, dia menangis sikitlah, terperanjat masa kena cucuk jarum tu agaknya, sampai merah muka dia menahan sakit kena cucuk jarum tu. Tapi kejap je dia nangis, lepas dah selesai, saya angkat dia, pujuk2 sikit, terus dia sambung tido yang tak hengat dunia tu semula. Anak mama kuatkan... :P
As for me, semalam kena jugalah check blood pressure, urine and weight. As mentioned I've lost 11kg, bp back to normal, 116/70 and urine clear. Nampak sangat towards end of pregnancy tu memang tanda2 my baby nak keluar that's why suddenly bp naik and urine kotor sikit. And yang lagi best, midwives yang ada kat klinik tu pun nak start on Herbalife nutritional programme, which is good for them because they need the energy and need to be healthy in order to give their best service to the preggers and the babies as well. Cuba bayangkan kalau midwives tak sihat, mesti tak best tengok they all service dalam keadaan monyok and tidak happy. Am so happy, kalau they all nak start am willing to help. Just that I'll be happy seeing other people getting healthy and happy!
I think I want to promote on Babies and Kids Nutritional programme and for the preggers as well sebab good nutrition is important for the babies and kids growth. Skang ni tengah buat research, and I'll create the blog/website and I'll publish it as soon as possible. Do wish me luck!
Ok, feeding time! :P
July 04, 2009
+*+*~Little Mukhlis Aimar Is 1 Month Old!!~*+*+
On 4th June 2009, 5.44pm I gave birth to this little man. To be frank, after a month giving birth to this little man I have forget the labor pain. But I can't believe, it has been a month this little man been at my side.
At 1 month year old, this little man can smile, cooing and squeking and causing me awake almost every night. He can also hold my hand and fingers and one thing that make me touched most is he can hug me every time I want to burp him! And every time I talk to him, he will look deeply into my eyes as if he understand my words to him.
And he grew very fast. Now he can wear almost all of his newborn shirts and the pants too. And he drinks a lot too! And he started to ask me to accompany him playing almost every night. Mau jadi hamster kah anak saya ini?
I cannot believe how time flies so fast eventhough I feel like a year before this confinement period end. Tau-tau nanti anak saya dah berlari pula.
Happy 1 month birthday Mukhlis Aimar. Mama & Babah love you so much!
Cerita Rozelia Shariff pada 9:30 PM 0 komen
Cerita Tentang: Aimar, baby, progress review
July 01, 2009
+*+*~I Cannot Stand Of Being FAT!!~*+*+
Hari ni dah masuk 28 hari saya berpantang, dalam erti kata lain dah 28 hari selepas saya melahirkan baby Aimar. Sepanjang 28 hari ni, saya telah berjaya mengurangkan 11kg berat badan saya. Macam best kan??
Ni saya nak cerita. Actually masa pregnant ari tu saya tak mengalami pertambahan berat badan yang melampau. Total weight gain saya around 6kg which is sangatlah sikit dan mendapat kebisingan daripada midwives. Dengan pertambahan berat yang sebanyak itu, total berat badan saya ialah 89kg!! Kan ke besar rumah tu jadinya...
So, for the time being, berat saya telah menjadi 78kg, which is another 21kg to lose before I get that ideal weight. Ideal weight saya yang sesuai dengan ketinggian saya ialah 57kg so saya perlu bekerja keras untuk mencapai berat impian itu dan saya nak sangat tengok rupa saya kalau dah mencapai 57kg tu. So far, dalam umur yang semakin meningkat ni, berat paling rendah yang pernah saya capai is around 58-60kg, tu pun figure saya dah nampak kurus gila, macam orang sakit. But this time I'm doing it in healthy way sebab saya ada Herbalife sebagai healthy meal saya...that's why I love Herbalife so much.
And now, am sharing the benefit of Herbalife healthy meal with baby Aimar. Dia telah menjadi baby yang sangat aktif. Bayangkan, walaupun tak sampai sebulan lagi susah betul saya nak suruh dia tidur. Ada je akal yang dia cari, saya pun tak tau dia nak buat apa sebenarnya. Ada satu malam tu, saya bedungkan dia waktu tidur dan saya terpaksa sumbat mulut dia dengan soother or else dia asyik nak bergantung saja pada susu cap gantung saya..mana boleh tahan kan. Dalam keadaan mulut bersumbat dan tangan berbedung tu boleh tak dia menendang sekuat hati sehingga ikatan bedung pada bahagian kakinya terburai dan dengan seronoknya dia menendang selimutnya ke langit. Mata pejam lak tu tapi mulut dok bising buat bunyi mengerang. Comel memanglah comel, tapi saya rasa taklah comel mana sebab perlakuannya itu adalah pada waktu tengah malam di mana waktu itu adalah peak hours orang semua tido..haihhh..
Dan ada satu lagi habitnya yang memang saya tak tau nak bendung macam mana. Baby Aimar ni sangat suka kentut. Kalau bunyi kentut dia perlahan takpe lah, takdelah saya nak complain kan. Ini, bunyi kentutnya..masya Allah..kuat gila macam bunyi kentut orang dewasa. Cuba bayangkan kalau saya bawa dia jalan2 di shopping mall nanti, dengan gaya yang paling vogue the vass, tetiba baby Aimar melepaskan anginnya dengan bunyi yang tak boleh blah tu...mesti semua orang akan memandang serong kepada vogue the vass saya tu kan..aiyoh.. Aimar, macam nie hilanglah vogue mama awak...
Takpelah...hilang vogue pun hilanglah...yang penting saya nak kena kerja keras ni nak turunkan berat badan saya...
June 29, 2009
+*+*~Cepatlah Habis Pantang...~*+*+
Luahan hati seorang ibu beranak seorang yang dah 25 hari dalam pantang.
Aiyohh...cepatlah abis pantang ni. Saya dah jadi sengal duduk terperap kat dalam rumah macam ni. Bukan setakat tak boleh keluar jalan2 keliling mall, malahan nak keluar daripada pintu rumah pun mak saya dah jeling2 pandang slek. Haritu 3 hari diorang keluar beraktiviti kat Shah Alam. Balik je diorang kat rumah sakan diorang bercerita betapa seronoknya mereka beraktiviti kat sana...tapi saya...balik2 citer anak. Takkan saya nak citer kat diorang citer mak pulak...konpom takde sape nak dengar.
1 benda je yang saya boleh buat nak menghilangkan boring dalam berpantang ni...wujudkan bonding yang paling erat dengan anak saya. Masalahnya dia berjaga beberapa jam saja, lepas tu dia tido. Bila dia dah tido, saya pun akan tido sama. Kalau macam ni macam mana weight lose program saya nak berjaya...bertambah kembang la maknya.
Keje lain...menyibuk kat blog orang lain..buat saya rasa macam loser. Blog sendiri malas nak update tapi dok sibuk kat blog orang lain macam kak nam. Ala....bosan betullah asyik duduk terperap dalam rumah saja macam ni.
Cepatla abis pantang ni....dah tak tahan jadi sengal macam ni. 25 days over, another 19 days to go.
Cerita Rozelia Shariff pada 7:33 PM 0 komen
Cerita Tentang: confinement
June 25, 2009
+*+*~My Little Man Is Growing!!~*+*+
Terasa macam cepat sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik tau2 my little baby is going to be 1 month old in few days time. Rasa macam baru semalam keluarkan dia daripada perut, tak hilang lagi penat melayan cranky mode dia almost every night, baby mama dah nak masuk sebulan!!
Macam2 perkara bermain di kepala skarang ni. Afterwards, Aimar memang takde chance nak duduk rumahlah. Seems that mamanya dah abis pantang and dah boleh start drive sendiri, Aimar tidak akan ditinggalkan keseorangan di rumah. Busuk2 pun 2 hari sekali mama confirm kena pegi opis HBL and mengadap itu 2 bisnes partner. Ya, menjadi perancang @ master mind lebih sukar daripada executer. Nampak keje macam senang, tapi nak share vision with the executer Ya Allah, punyalah payah. And also nak perah otak and turn the vision into reality bukanlah satu perkara yang mudah!
And one more thing, saya berharap sangat by bulan 9 ni b**i2 semua telah mula pulih dari selsema. Saya mahu bawa anak saya bersama ke Taipei, so kalau expose dia kepada crowd macam tu bimbang juga saya kalau terjangkit selsema itu padanya. Bukan saya tak mahu tinggalkan dia di Malaysia, tapi nak tinggalkan dia selama 5 hari di Malaysia dan jauh daripada saya adalah big NO-NO! Walau apapun yang terjadi biarlah anak saya ada bersama saya, dan suami saya juga.
Sekarang ni my little man really growing. I dont think he weighs 2.5 kg anymore. Macam dah lebih je sebab haritu masa masukkan dia dalam buai siap boleh masukkan 2 bolster lagi tapi semalam bila saya masukkan dia dalam buai 1 bolster pun dah tak boleh letak sebab dah sempit. Pagi tadi mak saya pakaikan binder dia yang previously boleh pakai pun dah tak muat! And also, baju new born dia pun dah boleh butang. Am really happy to see him growing sebab my baby tidak bergantung kepada any formula milk, I'm breast feeding him exclusively. So, berbaloi saya tak tido malam sebab menyusukan dia and berbaloi juga boobies saya sakit dikerjakannya.
And also my little man sekarang ni dah ada 1 habit yang sangat pelik masa dia tido. Setiap kali dia mengeliat dia akan mengeluarkan bunyi mengerang yang sangat kuat sehingga kadang2 saya sendiri pun confuse sama ada dia menangis atau mengeliat. Kata mak saya kalau macam tu sekalilah style dia mengeliat cepat panjanglah anak saya itu. Kita tengok saja kebenaran teori itu.
Oklah, sekarang saya mahu pergi tido bersama bucuk2 Aimar saya.
June 24, 2009
+*+*~We're Going To Taipei, Yeayy!!~*+*+
Tadi suami saya pergi ke HBL office sebab dia ada discussion dengan Jeffrey about next 90 days plan. Alhamdulillah, lepas balik dari Korea ni makin bersungguh-sungguh suami saya menghidupkan bisnes ini. Bak kata MOJ seperti yang dia tunjukkan dalam video hari tu - We're Herbalife Independent Distributor, Our Mission is to change other people's life in their health and financial freedom. Jadi kami perlu bekerja keras sekarang ini kerana banyak kehidupan yang perlu diubah!
Selepas meeting dia telah pergi ke Herbalife HQ dan membelikan early bird ticket for Herbalife university yang akan diadakan di Taipei! Yes, we're going to Taipei this September. It will be me husband, me mother, Aimar and me! Ya...Aimar sungguh beruntung, baru 3 bulan dah boleh travel sampai ke Taipei.
Dan saya dah check flight ticket ke Taipei. It will cost us RM1319 for 3 adults and 1 infant which is very2 cheap, thanks to Air Asia. So, dah settle training ticket and flight ticket, nanti Connie akan tolong arrange on hotel kat Taipei pula sebab dia lebih tau. Dia kan orang sana.
Haih...another 24 days before confinement ends. Dah rindu nak keluar buat keje nih. Cepatlah abis pantang...