THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 02, 2010

+*+*~Kemahiran 3M - Aimi.Mukhlis Edition~*+*+

Hoho, saya belum nak setup sekolah lagi. Tapi secara asasnya kemahiran 3M bermaksud - membaca, menulis dan mengira. Kemahiran yang diterapkan dari seawal sekolah tadika lagi. Tapi sebab ini blog saya, so saya nak ceritakan tentang kemahiran 3M edisi Aimi.Mukhlis iaitu - mendengar, membaca dan menulis.

Sebenarnya saya konfius, apa itu kemahiran 3M walaupun saya pernah dengar. Check kat Google dapat jawapan sebenar. Tapi sebelum check kat google tu lah jawapan saya - mendengar, membaca dan menulis. Ni semua sebab saya ada satu impian - saya mahu menulis sebuah buku, yang menceritakan tentang masalah yang paling teruk dalam masyarakat ketika ini sehingga boleh meruntuhkan ketamadunan, masalah "Ignorance".

Dan disebabkan ignorance itulah saya tak tahu apa maksud 3M yang sebenar dan keluarkan edisi saya sendiri. Disebabkan masalah ignorance itulah saya perlu belajar semula bagaimana mahu mendengar (empathic listening), membaca dan menulis. Hoho, bukanlah maksudnya saya tak boleh menulis, tau menaip saja. Saya boleh menulis, A-B-C, 1-2-3, war you going (mcm Siti Tanjung Perak dalam cerita Bujang Lapok). Saya juga boleh membaca. Setakat alif-ye-mim = buaya tu apalah sangat. Dan saya boleh mendengar. Tapi kesnya sekarang ni saya nak mendengar-membaca-menulis dalam bentuk empathy. Susahnya.

Dulu, saya suka baca buku sejarah atau buku cerita sebab saya akan berfantasi dan menjelajah dunia penulisan penulis bersama-sama dia. Saya mampu buat begitu. Tapi sekarang ni, sejak mula berjinak-jinak dengan buku2 ilmiah, susahnya saya nak applykan imaginasi saya. Bila membaca dan tidak berimaginasi, susahnya saya nak faham apa yang saya baca.

Haih, nak kena asah balik skill membaca dan mendengar secara empathy ni, barulah saya boleh menulis dengan baik dan mampu untuk ekspresikan pendapat dan perasaan saya dalam penulisan. Macam chef yang ekspresikan perasaan dia dalam seni kulinari, fasion designer dalam rekaan fesyen dan composer dalam muzik yang diciptakan. Saya harus belajar bagaimana mahu mengekspresikan diri.

Makin bertambah umur ni, rasa macam makin banyak pula benda yang tak tahu. Haihhh...

February 01, 2010

+*+*~Pareto Principle - Specially for Yer~*+*+

I visited my friend's blog somewhere in last week and found out she's seeking for some advice about "prioritizing". Dalam usia 20-an, saya pun tak berapa ambil berat tentang priority ni, mana taknya, hidup masih enjoy-menjoy. Maklumlah, early 20ies masih single, almost late 20ies baru nak berdua, dah late 20ies baru jadi bertiga. So, I started my early 30ies to learn about priority. Huh, jangan tak percaya, punyalah saya bermasalah dengan hal priority ni sampai 1 masa beria-ia saya nak beli buku stephen covey - first thing first. But, bila saya baca buku John Maxwell - developing the leader within you, memang terang2 Mr.Maxwell explain tentang priority principle - he called as Pareto Principle.

Pareto Principle means - 80% of the effects come from 20% causes. (source:wikipedia).

According to me - 20% of our efforts will produce 80% of the results.

Accroding to John Maxwell - 20% of the people will eat 80% of the foods (part yang ni paling saya suka...hehe :P)

So, how I apply this into my life?

Contohnya, dalam kehidupan seharian saya, I will make sure what is my main purpose dan learn to spend my 20% of quality time to those activities yang akan hasilkan 80% result.

Contohnya, 20% of my time to plan out apa house chores yang nak kena settelkan on the other day (masak, pegi beli lauk, basuh baju, gosok baju, etc) dan put in on priority list. In my case saya amik 20% daripada 1 jam, around 12 minutes untuk plan outkan this chores. Pastu, esok dah boleh execute and make sure 80% of the plan out chores tu dapat disettelkan.

Same goes to my Herbalife business (see, saya gunakan Herbalife ni as platform utk saya belajar, that's it). I will spend 20% of my working time on advertising, recruiting people, consulting people and make sure that 20% of my effort ni akan menghasilkan 80% of my income results. In my case, saya akan spend 1.5 hrs utk advertising, 1.5 hrs recruiting, 1.5 hrs consulting, itu saja. And my working hours is 8 hrs a day. Thats why saya ada banyak masa nak lepak depan komputer dan blogging(kononnya)...hoho.

But before we can apply this Pareto Principle, we have to be very clear about our purpose, apa peranan kita as isteri, anak, kakak, emak, rakyat Malaysia, etc. etc. Yang ni boleh refer balik kat buku 7 Habits of Highly Effective People by Stephen Covey. Kat situ dia ada ajar mcm mana nak buat personal mission statement. It falls under Habit #2 - Begin With The End In Mind.

So, ada habit as effective people and applying Pareto Principle as method to be effective of course kita akan dapat merasakan life kita tidak messed up. Dan tidak perlu terjun gaung seperti saya hari tu..hehe :P

**Hoih Yer, aku dah buat entry ni khas untuk ko. Gila pening, rasa mcm nak tulis thesis pun ada. And am still not good in writing, so kalau ada part yang tak clear please let me know ye. :) **

January 29, 2010

+*+*~Setelah Sekian Lama Bersenyap Sunyi~*+*+

Hoho, sebenarnya hati ini terlalu ingin nak mengupdate kejadian event Spectacular and 4th anniversary Herbalife hari tu. Tapi, seperti biasa, alasan terbaik adalah kabel kamera tidak ada oleh itu tidak boleh upload gambar so macam tak syok nak update.

But the most important thing is, I really felt energized, refreshed dan become more better, stronger and wiser. Echewah, amik kata2 Jim Rohn ni.

Kadang2 orang yang tak faham mungkin akan mengatakan saya ni ntah apa2 sebab taksub sangat dengan Herbalife ni. No, di sini biar saya buat penjelasan. Saya sama sekali tidak taksub dengan company ni, but I really appreciate this company sebab they manage to make me a better person, wiser and stronger. Kalau dulu, banyak benda yang saya tak tau dan takde kemampuan nak belajar. Yes, saya akui, belajar theoritically tak de masalah, tapi nak belajar to be a better person is really a big problem. Bayangkan, dengan result 4 flat theoritically akan melahirkan saya yang ego, berkuku besi dan berperanan kayak Hitler, saya rasa tak patut jadi macam tu kan. Tapi, di Herbalife I learn a lot about humanity, about sharing, about ignorance, about leadership, about self-growth, dan macam2 lagi. Pendek kata this company really change my life and giving a chance for me to become a better person.

In term of business, saya tak lah pulun sangat buat bisnes kat sini. Cuma kalau ada orang yang really serious nak improve their health, improve their appearance, saya dengan senang hati nak share sebab this company has the best product in the world! Bayangkan, dengan 2 scoop Formula 1 setiap hari saja kita boleh improve kita punya health, improve our appearance, awet muda dan yang paling penting start to enjoy and appreciate our life. Jadi entry saya kali ini adalah untuk menjelaskan keadaan kepada diri saya sendiri dan orang2 lain supaya takde salah anggap lagi lepas ni.

Later I will share the wisdom here, just wait. Kalau nak share I'd be more than happy.

January 24, 2010

+*+*~Updating Blog At 4 am Is Pathetic, No?~*+*+

Disebabkan jaraaaang nak jumpa muka saya mengupdate blog pukul 4 pagi, so today I'm updating it, yeah at damn 4am. Gilo! Actually, bangun sebab nak burn CD Jim Rohn untuk Kak Zhura, dah janji dengan dia tadi nak bagi esok. So disebabkan saya seorang yang sangat setia pada janji (ahemmm), sambil menunggu the burning process, sambil lah mengupdate blog ini.

And the Spectacular Event is soooooo amazing! Paco Perez , the President's Team from Mexico is so damn amazing! Masa dia cerita how Mark Hughes life and fight for Herbalife business really touched my heart, sipi2 nak menitik air mata saya, tapi control sebab kak Zhura duduk kat sebelah. (See, how i tremendously improve my English with this company, kalu dulu tengok citer omputih confirm kena on translation, kalu tak jangan harap nak faham. Skarang ni, dengar Mexican-English pun dah boleh faham...hoyehh for my self!). Cannot wait for his session tomorrow.

The best part is there are new products launching - the Aloe line. I will update it later as I also managed to get few latest items for myself during this event. MAybe I'll post it tomorrow after the event...atau tengok tahap kerajinan saya. Now, am going to continue my sweet dreams with busyuk-masyam-budak-botak saya..hehe :P

January 22, 2010

+*+*~Herbalife Malaysian Spectacular & 4th Anniversary~*+*+

will happen tomorrow at Sunway Convention Center. Don't forget to bring your FM radio as most probably there is guest speaker who will give their speech using their preferable language. Jangan jadi masa saya pergi SEA Supervisor Academy last April, masa President's team daripada Thailand bagi speech, bukan main menganga saya jadinya. Ni semua akibat lupa bawak FM radio lah ni. And this year all the distributors are so lucky because Herbalife proudly bring up to the stage 5 Presiden't team of Malaysia!! So, don't forget your camera!

And at night there will be celebration party. Theme kali ini is Arabian Night (most probably this year saya tidak memakai apa2 costume sebab tak boleh pikir, last minit sangat, takpe yang penting boleh makan!) And the best thing is I'll be accompanied by Kak Zhura for the whole training session! Takdelah sangap attend training sorang2 kan sebab En Najib tak boleh ikut serta kali ni.

Hoho...agak excited jugalah nak pegi training event esok. Ambik mood excited dulu...tarik napas, in...out...in...out. Hoih, 2-3 hari ni memang agak busy sikit, perlu beri fokus yang tak terkira pada projek yang bakal launching next week. Hoho, profesional tak alasan ni? Padahal hakikat sebenar serious takde idea nak update, eh, sebenarnya idea banyak tapi bercampur-baur, last2 ambil keputusan malas nak update. Dok log in, log out kat blogspot ni je memanjang, updatenya tak juga.

Hehe...sebenarnya adalah juga update sikit. Tu kat wall sebelah tu, nampak tak? Instead of putting my quaterly goal macam tahun lepas, I decided to put my dream wall. So, tak kisahlah bila nak achieve, yang penting ada usaha untuk dapat kan apa yang dicita-citakan dah cukup baik. Law of Attraction kan???

Haih...sebenarnya hati ni nakkkkkkk sangat update-mengupdate ni (apadaaa berapa banyak punya cerita updatela), tapi saya perlu susun dulu mahu update dari mana. Semalam masa baca John Maxwell - 21 Irrefutable Law of Leadership, terbaca tentang Law of Legacy. Dia ada mention tentang "life sentence". Perhaps I will start form that point, so bolehla saya share sedikit sebanyak tentang life sentence ni dengan pembaca/kawan2 saya. Hoho...mcm la ada banyak reader kat blog ni. Dan sedikit sebanyak, nampak berilmiah jugalah blog ni kan, takde lah asyik nak layan cerita karut-marut saya saja :P

Oklah, nanti saya update lagi ye. Skarang ni mahu buat preparation untuk esok dulu. Tak sabar nak pegi training ni :)

**Tadi tengok leadership training & VIP seating qualifiers, apesal nama Jeffrey n Farhani takde ekk? Musykil nihh...**

January 18, 2010

+*+*~New Hair Cut Does The Wonders!~*+*+

Oh, tersangat sangatlah happy today - for no reason. Just because today saya bangun, badan saya rasa tidak letih, perhaps from the good night sleep I had. Thanks to Aimar dan kuman jahat yang telah dilawan dengan jayanya oleh sistem imunisasi Aimar. And thanks to Herbalife yang membina sistem imunisasi Aimar dengan jayanya.

Dan hari ini saya memulakan hari dengan hair cut yang baru. Kali ni saya potong pendek terus, tak payah ikat, tak payah sepit dan sangat lega. Bak kata suami saya ,"Saya dah dapat isteri baru". Tapi dengan hair cut baru ni memang rasa sangat refreh, kepala pun rasa ringan saja.

So hari ini bolehlah focus dengan projek saya yang tengah on going. Dah siap projek yang ni ada lagi satu projek nak kena buat proposal. The best thing now is, I really start to understand what is goal and vision. Betullah kata Jim Rohn - set your sail so you can navigate in any storm and have success in any weather. Bermakna kalau vision dan goal kita clear, no matter what happen PASTI kita akan sanggup menghadapinya.

Atau, mungkin ini yang dinamakan MATURITY. Yeah, am going to be thirty this year, manakan boleh berfikiran seperti kanak2 lagi. Tapi I admit, jadi kanak2 memang best sebab everything are indah2 belaka. Kalau sesuatu perkara itu menjadi tidak indak seperti imaginasi kita, silalah push orang lain untuk jadikan ia indah. Tapi kalau MATURITY main peranan, we have to make it wonderful, beautiful and fabulous! We're the one who make it happen! And we're the one who responsible for our imagination!

Mahu teruskan kerja. Sudah lega membebel di sini :)


January 14, 2010

+*+*~Another KG lost!~*+*+

Sejak Aimar diserang kuman jahat saya sangat jarang naik ke atas scale. Tak de masa = alasan! Tapi memanglah tak tido malam saya dibuatnya sebab baby itu asyik merengek saja, tambahan lagi sewaktu kemuncak serangan kuman jahat.

Dan hari ini....

Bila saya naik ke atas scale....

I lost another KG! Make it the total of 15 kg! And visceral fat saya juga telah turun ke 7!

Yeay! Senyum ke telinga lagilah hari ini :D

January 12, 2010

+*+*~Bebelan Di Hari Selasa~*+*+

Serangan kuman jahat sudah masuk hari kedua. Akibatnya, 2 hari jugalah saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Hoih...ayat, macamlah keje makan gaji hari2. Takpe, at least ada masa untuk saya bermuka buku dan membelog sesuka hati...hoih...tak sedar diri!

Sebenarnya, dalam kepala saya ni macam2 perkara cuba mengambil bahagian untuk mencuri fokus saya.

According to Hemang Pandit --> Anything that don't bring you closer to your goal, don't do it.

According to Jim Rohn --> Self education will make a fortune (tak de kena mengena)

According to me --> dah poning dah acik ni ha...last2 merapu kat blog ni juga yang best. Tapi tak best juga pun....

Alahai...apesal la susah sangat saya nak fokus ni. Nilah dia bila semua kejadian berlaku serentak dalam keadaan saya tak bersedia, nak sort satu persatu pun jadi susah payah. Last2 I'm totally messed up! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (terjun gaung)

Sudah2, siapkanlah satu2 benda yang perlu diselesaikan. Takde maknanya terjun gaung kalau tanggungjawab tak selesai. Nanti penat kena soal dengan malaikat.

According to apek dalam cerita madu 3 - hilup susah, mati pun susah. Hilup boleh yalan-yalan, mati kena pegang bendera.

January 11, 2010

+*+*~Peristiwa Di Pagi Isnin~*+*+

Pagi tadi saya berjaya membangunkan diri seawal 7.30am. Sungguh semangat untuk memulakan hari Isnin dengan langkah yang sangat bergaya. Tapi sebenarnya bangun sebab "alarm clock" saya sudah bangun, habis diramas dan ditepuknya muka mama dia suruh bangun sama. So, bergumpal seguling-dua dengan dia pas tu terus hantar dia kat baby sitter dia kat bawah. Konon-kononnya, saya nak mandi dan terus bersiap-siap dengan langkah bergaya keluar bekerja.

Tiba-tiba....baby sitter menjerit "Mama, rasanya Aimar ni dah kena!!"

Flashback kisah 2 minggu lepas. Si Labu (my youngest brother) telah dikuarantin kerana membawa virus chicken pox. Tapi masa early stage lupa nak kuarantin dengan begitu ketat oleh itu kuman jahat itu telah menular dengan gembira di persekitaran ruang tamu kami.

Datang pula Dr Nazri, dia ingatkan kami yang virus chicken pox ni boleh menjangkiti sesiapa pun dalam radius 5 meter...ke kilometer, tak ingat pula saya. Tapi memandangkan kami semua dah pernah dijangkiti, jadi tak heran sangatlah. Terlupa pula ada satu makhluk baru yang belum kena campak lagi.

Balik semula ke hari Isnin...

Haiya...Aimar sudah kena la!! Habis hilang hensem anak teruna saya, sudahlah botak, kena campak pula...!! Hey kuman jahat, cepat pergi tinggalkan anak saya, kalau tak..siaplah kamu dengan isteri aku...(haha mama mereng sebab anak tak sihat). :(

January 10, 2010

+*+*~Mahu Update....~*+*+

tapi malas tak de idea....

later!