THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


January 30, 2009

+*+*~Someone Is Acrobating & Kick Boxing~*+*+

Kalaulah perut saya ni transparent...mesti saya dapat lihat dengan jelas apa yang berlaku malam tadi. Bayangkan, saya boleh melelapkan mata apabila jarum jam menunjukkan lebih kurang jam 5.30 pagi. Semua ini disebabkan ada seseorang telah melakukan aksi akrobatik & kick boxing di dalam perut saya.

Apa yang saya perhatikan, baby saya akan menjadi sangat aktif pada waktu petang sehingga malam dan membawa ke dinihari! Kadang2 sewaktu saya sedang membaca buku, dia akan mula membuat aksi2 akrobatiknya dan apabila saya pegang di bahagian yang saya rasakan pergerakannya, dia akan berhenti. Tetapi apabila saya melepaskan usapan saya, dia akan menendang dengan sekuat-kuatnya. Ye, ini budak tak boleh tengok mama dia senang. Dan dia adalah sangat aktif di waktu malam seperti hamster - dulu saya pernah membela hamster dan hamster ini akan sibuk bersenam pada waktu malam sehingga membuat bunyi bising yang menganggu orang lain tidur. Waktu siang dia akan tidur sepanjang hari.

Baby, macam mana pun baby acrobat ke, kick boxing ke, dancing ke dalam perut mama, mama still love you and you always make me laugh and start imagining that you're playing soccer actively in my tummy...ngee.. :P You're my cute little einstein and now mama still waiting patiently for you to get mature enough to come out and see this wonderful world!

+*+*~Nutrisi & Kehamilan~*+*+

Kalau ikutkan kelulusan dan kelayakan saya, memang saya tak layak bercerita tentang nutrisi kerana saya ialah seorang Mechanical Engineer background! Tetapi, semakin hari saya semakin prihatin terhadap nutrisi kerana nutrisi dan makanan merupakan bahan bakar (fuel) yang paling utama dalam badan kita. Terutama sekali nutrisi untuk ibu mengandung. Memandangkan saya juga dikategorikan sebagai ibu mengandung buat masa ini, saya menjadi prihatin terhadap pengetahuan nutrisi terhadap ibu mengandung kerana sepanjang tempoh kehamilan apa yang paling diperlukan oleh ibu mengandung & bayi adalah nutrisi.

Sepertimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, pengetahuan tentang nutrisi di kalangan ibu mengandung terutama sekali di Malaysia adalah sangat cetek. (Berdasarkan pemerhatian saya). Kebanyakan ibu mengandung akan makan apa sahaja dengan harapan makanan tersebut dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi dalam kandungan tanpa memperdulikan jenis makanan yang diambil. Kesan daripada cara pemakanan yang tidak sihat ini adalah bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya sebaliknya ibu yang akan mengalami penambahan berat badan yang mendadak.

Menurut artikel yang saya perolehi daripada baby center, secara idealnya ibu mengandung sepatutnya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 0.5kg setiap bulan dalam trimester pertama dan kedua dan 0.5kg setiap minggu pada trimester ketiga sehingga melahirkan. Tetapi, menurut pemerhatian saya, kebanyakan ibu mengandung di Malaysia berupaya untuk menambah berat badan sehingga 5-6kg pada trimester pertama dan berterusan sehingga waktu melahirkan. Jika kita puratakan pertambahan berat badan seperti ini, ibu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 2 kg sebulan dan sehingga waktu melahirkan ibu akan menambah berat badan sehingga 18-20 kg!! Sekiranya amaun berat badan berlebihan ini amat mudah dikurangkan selepas waktu kelahiran, mungkin risiko kesihatan yang lain akan dapat dijauhi oleh ibu mengandung tadi. Tetapi, kebanyakan kes yang berlaku, ibu tidak mampu untuk mengurangkan berat badan dan akibatnya selepas kelahiran bayi ke-3 atau ke-4 ibu akan mengalami banyak risiko kesihatan dan risiko obesiti yang kritikal.

Dengan kesedaran tentang kepentingan nutrisi terhadap ibu mengandung dan pengetahuan tentang nutrisi yang saya perolehi daripada Herbalife, saya mampu membuktikan bahawa mitos pertambahan berat badan terhadap ibu mengandung adalah karut belaka. Ini adalah kerana setelah mengikuti program nutrisi daripada Herbalife, saya mampu mengekalkan berat badan (walaupun tidak ideal) dengan pertambahan berat badan yang ideal iaitu sebanyak 0.5kg sebulan. Walau bagaimanapun, bayi dalam kandungan saya tetap mendapat nutrisi yang mencukupi. Mengapa saya berani mengatakan perkara ini kerana setelah melakukan 2D scan doktor telah mengesahkan bahawa bayi saya berada dalam keadaan yang sangat baik! Selain itu, melalui ukuran yang diambil, bayi saya mempunyai ukuran yang wajar menurut minggu di mana EDD nya tidak lari daripada 20-22 minggu, di mana kalau ikutkan perkiraan ovulasi, saya telah memasuki 21 minggu. Dan dalam situasi ini, saya juga mampu mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 kg!

Apa yang telah saya lakukan? Menurut artikel yang saya baca, ibu mengandung memerlukan banyak protein selain daripada vitamin & mineral yang lain. Produk F1 & F3 Herbalife merupakan produk kosentrasi protein yang mana protein tersebut diperolehi daripada protein sayuran. Terdapat perbezaan di antara protein sayuran dengan protein haiwan di mana protein sayuran adalah bebas lemak manakala protein haiwan (terutama sekali ayam dan daging) mempunyai lemak tepu. Protein daripada ikan kaya dengan omega 3, walau bagaimanapun protein jenis ini terdedah kepada pencemaran air yang mana mengakibatkan kandungan protein jenis ini sedikit terganggu. Jadi saya telah mengubah nutrisi saya kepada 3-4 hidangan F1 + F3 Herbalife dan setiap hidangan ini mengandungi protein + kalsium + 55 vitamin dan mineral lain. Dengan ini, saya mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada bayi saya tanpa memberi kesan buruk kepada badan saya sendiri.

Sebenarnya banyak informasi lain yang perlu saya kongsikan berkaitan dengan nutrisi dan cara pemakanan kita dan akibatnya kepada sistem dan badan kita. Antaranya tentang oxidation stress yang berlaku akibat berat badan yang berlebihan dan kesannya kepada kesihatan kita. Tetapi, saya akan sambung dalam penulisan saya yang seterusnya kerana hari telah lewat malam dan saya perlu tidur. (Tidur yang cukup juga penting untuk memastikan badan yang sihat).

January 29, 2009

+*+*~Orange...Please..~*+*+

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini saya terlalu asyik masyuk dengan benda2 yang berbau oren. (Nota: Bau ye, bukan rasa atau pun warna). Saya selalu juga mencuri Herbalife Radiant-C Face Scrub suami saya kerana saya sangat suka baunya...sangat keorenan!

Dan disebabkan keasyikan saya dengan oren scent ni, saya telah membeli sabun Fruitalle perisa oren yogurt & shower cream New & Trendy yang sangat berbau oren di Tesco tadi. Saya juga telah dengan jayanya membuang benda2 lain yang tiada unsur bauan oren seperti syampu Mustika Ratu & shower foam Adidas suami saya. Jangan tak percaya, saya juga telah mencilok ubat gigi Safi milik adik saya yang ada perisa oren (saya tak tau pun ubat gigi tu wujud sebelum ni).

Tapi ada satu perkara pelik yang berlaku sewaktu saya di Tesco tadi. Tiba2 di kepala saya terbayang "pear juice". Shit! Manalah nak dapat benda macam tu kat tempat sehebat Tesco. Abis kuat pun dapat juice Ceres perasa Apple + Pear....jadilah..daripada takde langsung...

January 28, 2009

+*+*~My 2nd Check Up & Peekaboo!!~*+*+

Sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Keadaan cuaca yang panas sepanjang minggu ini mengakibatkan saya terdedah kepada jangkitan demam selsema. Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada Herbalife kerana dengan bantuan produk yang sangat menakjubkan ini saya telah berjaya mengelak sebarang jenis ubatan (medication) daripada didedahkan kepada bayi saya.

Hari ini saya telah pergi melalui prosedur biasa yang perlu dilalui oleh ibu mengandung yang lain iaitu monthly check up. Saya hanya melakukan check up di klinik desa Sungai Sekamat, berhampiran dengan rumah ibu saya. Senang cerita, jalan kaki pun boleh sampai.
Memandangkan saya bercadang untuk melahirkan bayi pertama saya di hospital kerajaan sahaja, check up di klinik kerajaan sudah memadai, tambahan free check up pula.

Apa yang menakjubkan saya dan memeranjatkan doktor dan nurse ialah, saya berupaya menurunkan berat badan walaupun ketika hamil. Sehingga doktor bertanya kepada saya, "Diet ke?". Apalah maknanya diet kepada ibu mengandung 5 bulan seperti saya. Tambahan keinginan untuk makan adalah meningkat setiap hari, tetapi saya mampu mengawal itu semua kerana saya mula memahami apa itu perbezaan makanan dan nutrisi.

Memandangkan di klinik kerajaan tidak ada perkhidmatan scan ditawarkan, saya mengajak suami saya pergi ke sebuah klinik swasta yang selalu kami kunjungi yang boleh memberi perkhidmatan scan. Untuk 2D scan mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak RM40 sahaja. Pada mulanya, saya rasa sangatlah berdebar2, maklumlah setelah hampir 21 minggu ini kali pertama saya akan menjengah makhluk kecil dalam perut saya ni. Apabila prosedur scan dijalankan saya dapat melihat si kecil mengangguk-anggukkan kepalanya dan dia juga berpusing2 dalam perut saya seolah2 mengatakan "mama, janganlah bagi dr tengok saya, malulah saya tak pakai baju.." ngeee... So far menurut doktor, bayi saya berada dalam keadaan yang sangat baik, tadi saya dapat lihat tulang peha dan tulang belakangnya dengan jelas. Menurut perkiraan melalui ukuran yang dibuat bayi saya berada dalam lebih kurang 20-22 minggu yang mana menurut doktor tidak lari jauh daripada perkiraan ovulasi saya dan saiznya adalah normal. Keadaan uri dan air ketuban juga adalah sangat baik dan saya bersyukur dan berdoa agar kehamilan kali ini benar2 dapat berjalan dengan lancar.

Memandangkan baby bertingkah laku agak sopan di depan dr hari ini walaupun ada cubaan untuk melakukan aksi2 yang tak sepatutnya, mama hadiahkan F1 shakes perasa Cappuccino pada baby petang ni..ngeee.. ;P


Nak cerita banyak pun, macam tak nampak sangat. Nantilah, kalu saya dah buat 3D scan kita buat caption / ulasan banyak2 sikit.

Ok, now time to go to Tesco. Mama punya shower gel dah abis.

+*+*~Herbalife Notes: Suami saya dah hilang 10 kg tau! Skarang ni dia dah boleh pakai jam G-Shock.. :)~*+*+

January 23, 2009

+*+*~Pregnancy Experience with Herbalife~*+*+

Sejak kebelakangan ini saya suka menjengah ke blog2 bloggers, especially preggie moms to get some experience and learn something through their experience. So, kat sini saya suka bercerita tentang pengalaman kehamilan saya terutama sekali setelah saya bertemu dengan amazing products from Herbalife!

Pada trimester pertama, iaitu 3 bulan pertama kehamilan saya, saya melalui pengalaman kehamilan seperti ibu2 mengandung yang lain. Bulan pertama kehamilan saya hanya mengambil susu Anmum sebagai makanan tambahan. Apabila usia kehamilan saya mencecah 2 bulan barulah saya berani mengambil Obemene (folic acid) maklumlah saya telah mengalami 3 kali pengalaman keguguran dan untuk mengambil vitamin pada awal kehamilan amat menakutkan saya. Walaupun mengambil susu dan vitamin sebagai makanan tambahan, keadaan tenaga saya sangat menyedihkan. Bayangkan, saya bangun pagi jam 8.30am, tetapi apabila telah masuk jam 10 - 11 pagi saya merasakan tenaga saya telah habis serta merta. Akibatnya, saya akan menghabiskan masa saya dengan tidur sehingga ke petang. Tetapi apabila bangun daripada tidur, badan saya masih merasa lemah dan tidak bertenaga langsung. Disebabkan tabiat pemakanan dan aktiviti yang terlalu pasif, saya telah berjaya menambah berat badan saya sebanyak 4 kg dalam masa 2 bulan sahaja! Perkara ini amat menakutkan saya.

Dengan tak disangka2 saya telah dipertemukan dengan produk Herbalife. Semuanya bermula apabila saya cuba mencari part time income melalui internet. Pada mulanya saya merasakan produk ini hanya sesuai bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, tetapi setelah menghadiri pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Herbalife saya mula mengerti bahawa apa yang saya perlukan sekarang adalah Nutrisi bukan Makanan, walhal apa yang telah saya sumbatkan ke dalam mulut saya selama ini adalah Makanan bukan Nutrisi.

Hari pertama saya menggantikan sarapan pagi saya kepada F1 breakfast daripada Herbalife saya dapat merasakan perubahan kepada tahap tenaga saya. Jika pada awal kehamilan saya cepat letih dan merasa mengantuk sepanjang hari, setelah menggunakan produk Herbalife saya dapat bertahan sehingga malam hari! Nausea saya semakin berkurangan dan sakit2 badan saya hilang. Jadi saya terus mengambil F! Herbalife sebagai breakfast saya.

Tetapi setelah saya mengerti apa itu nutrisi, saya menjadi semakin serius menggunakan F1 Breakfast. Apa yang saya perhatikan, kebanyakan ibu hamil akan makan apa sahaja dengan harapan dapat memberikan makanan yang cukup pada bayi yang dikandungkan padahal tanggapan ini adalah salah sama sekali. Ini adalah kerana apa yang disumbatkan ke dalam mulut mereka adalah Makanan bukan Nutrisi sedangkan dalam waktu kehamilan ini apa yang sangat diperlukan oleh ibu hamil & bayi dalam kandungan adalah Nutrisi. Apa yang berlaku dengan tanggapan yang salah ini, ibu akan mengumpul lemak yang sangat berlebihan dalam badan dan mengakibatkan ibu hamil akan mengalami masalah lebihan berat badan atau kegemukkan selepas melahirkan kelak. Dan pada masa yang sama, bayi dalam kandungan TIDAK mendapat nutrisi yang diperlukan secukupnya.

Pengalaman saya menggunakan produk Herbalife di waktu kehamilan, saya dapati berat badan saya berada dalam keadaan yang stabil. Walaupun setelah 5 bulan kehamilan dan hampir 2 bulan menggunakan produk Herbalife, berat badan saya tidak bertambah, cuma perut yang semakin besar :). Tetapi baby bump saya juga tidak menunjukkan perubahan yang sangat ketara sehingga ada yang tidak percaya yang saya mengandung 5 bulan! Kini saya menikmati 4 shakes setiap hari - pagi, tengah hari, petang dan malam dan saya yakin dengan cara ini saya dapat mengawal berat badan saya dalam waktu kehamilan lagi dan dapat memberikan nutrisi yang secukupnya kepada bayi saya. Oleh itu, peluang saya untuk menurunkan berat badan saya selepas melahirkan nanti kepada berat badan ideal adalah amat tinggi!

Saya akan kongsikan pengalaman ini dengan ibu mengandung yang lain kerana kecantikan itu adalah hak milik mutlak setiap wanita.

January 18, 2009

+*+*~Herbalife 2009 Asian Spectacular~*+*+

Saya sangat excited untuk menulis tentang event ini. Buat masa ini biar saya update dulu sebab saya belum transfer gambar lagi. Later, bila saya dah transfer gambar I will download some of it here...promise..promise.. :)

Guest speaker untuk event ini ialah Katherine Yiu & Felan Yu - International President's Team Member daripada Hong Kong dan yang lebih hebat lagi Denis Dowdell - Chief Executive President's Team Member. Apa yang sangat mengujakan saya ialah apabila melihat sendiri bagaimana pasangan guru sekolah (Katherine & Felan) menjadi orang yang kaya raya, sangat berjaya dan disanjungi oleh orang2 yang bukan senegara dengan mereka. Dan lebih mengujakan lagi apabila melihat sendiri seorang yang dahulunya merupakan pemandu bas sekolah (Denis) pada hari ini menjadi seorang superstar kepada seluruh dunia!

"Belajar daripada orang bijak" (Learn from the wise) & "Bergaul dengan orang2 yang telah berjaya" (Be around the success people) - 2 perkara yang akan saya pegang kerana inilah cara mereka berjaya dan saya yakin, percaya dan pasti, jika mereka boleh melakukannya, saya juga pasti mampu melakukannya!!

Saya akan update lagi..promise..promise... Terlalu banyak yang saya nak kongsikan daripada apa pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi daripada event ini. Selepas ini ada event yang lebih besar - Extravaganza 2009 yang akan diadakan di Korea! Saya akan pastikan kami semua dapat ke sana dan layak menjadi VIP dalam event tersebut!


And this month, I must qualify the World Team!!

+*+*~Stay tune for my next update with the pictures!! :)~*+*+

+*+*~Pictures updated~*+*+


My husband with spectacular background

My husband and my brother (both are supervisor!!)

Sorry for taking a long time just to add in this humble pictures. Ada lagi gambar tapi dalam SD card yang satu lagi. Yang tu nak kena resize and whatsoever, and masa saya sangat limited skarang ni so ini sajalah untuk kali ini. Lain kali kalau saya berkesempatan saya akan update lagi.

Billion, Thrillion, Zillion appologies!!

January 16, 2009

+*+*~Northern Visit & Tanita Scale~*+*+

Sepatutnya saya memblogkan 2 perkara yang berbeza ini dalam 2 entry yang berbeza, tapi seperti yang saya bertahu dalam entry sebelum ini, saya sangat kekurangan masa untuk mengupdate blog dengan jayanya. Sekiranya saya tidak menggabungkan peristiwa2 yang sepatutnya saya catitkan dalam satu entry yang sama alamatnya berhabuklah blog ini.

Ok, first of all journey saya ke utara tanah air. Sepatutnya saya telah membuat satu janji temu dengan ibu saudara saya yang kini berada di Kuala Kedah. Malangnya, pada hari itu beliau terpaksa menghadiri kursus luar daerah dan beliau terpaksa menginap di hotel berdekatan (last minute confirmation). Jadi kami terpaksa membatalkan niat kami ke Kedah. Walau bagaimanapun kami tetap ke Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk bertemu dengan sepupu saya dan seorang lagi bapa saudara saya. Sekali lagi malang tak berbau, rumah sepupu saya telah dimasuki pencuri pada petang itu dan sesampainya kami di rumah beliau, polis baru sahaja selesai melakukan siasatan.

Jadi malam itu kami tumpang bermalam di rumah beliau, tanpa sempat bercerita tentang produk Herbalife. Tetapi esok pagi sewaktu sarapan kami menunjukkan kepada beliau cara membancuh sarapan pagi F1 Herbalife, tetapi kami terlupa memberi beliau merasa keenakkan sarapan pagi tersebut!


Pak Long Mahmud & Mak Ngah Yam

Selepas sarapan kami terus bersiap dan berangkat ke rumah bapa saudara saya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Bapa saudara saya ini menghidapi kencing manis (diabetes) yang sangat kronik. Menurut beliau, kali terakhir beliau berjumpa doktor, doktor telah menasihati beliau untuk bermalam di hospital kerana meter yang digunakan untuk memberi bacaan diabetes beliau tidak dapat memberi bacaan terhadap kekronikan diabetes beliau. Ibu saudara saya pula memberitahu beliau sedang menghidapi penyakit hati yang agak serius. Tetapi buat masa ini hati beliau masih boleh berfungsi lagi tetapi agak lemah. Saya telah memberikan produk Herbalife ini kepada mereka dan berharap agar produk ini dapat membantu mereka mengecapi kesihatan yang sempurna semula, Insya Allah.

Semasa kunjungan kami ke sana, kami telah membawa bersam
a satu alat penimbang yang dapat memberi bacaan tentang struktur badan pelanggan jadi dengan cara ini lebih mudah untuk wellness coach seperti saya mendiagnosis keadaan pesakit berdasarkan keadaan fizikal mereka.


Tanita Scale dengan permukaan kaca


Antara elemen yang boleh diukur oleh Tanita Scale

Alat penimbang ini boleh menimbang sehingga berat maksimum 180kg. Alat ini juga membantu memberi bacaan terhadap beberapa perkara yang melibatkan keadaan fizikal seseorang seperti berat, peratusan lemak badan, peratusan air dalam badan, muscle mass, physique rating, BMR, Basal Metabolic Age dan visceral fats. Saya akan membuat tutorial tentang penggunaan Tanita scale dan elemen2 yang boleh diukur dalam entry akan datang (ingatkan saya kalau saya terlupa).

Secara keseluruhan, apa yang boleh saya perhatikan daripada kunjungan saya di utara tanah air ini ialah:-

1. Kesedaran masyarakat terhadap tahap kesihatan adalah sangat rendah.
2. Masyarakat masih alpa bahawa masalah kesihatan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak baik.
3. Tahap tenaga saya dan suami saya sepanjang perjalanan adalah sangat memberansangkan. Pada hari kami bertolak ke utara suami saya berupaya untuk memandu selama 6 jam tanpa henti dan tidak berasa penat. Pada hari kami pulang ke KL, beliau memandu selama lebih kurang 5 jam tanpa henti dan tanpa berasa letih dan selepas itu masih mampu berjaga hingga lewat malam untuk menghadiri business meeting beliau. Bagi saya pula, saya merasakan sangat bertenaga sepanjang perjalanan seperti orang yang tidak membawa berat lebihan (maksud saya tidak mengandung). Sekali lagi terima kasih kepada produk Herbalife!

Saya rasa setakat ini dahulu update saya untuk kali ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dan malam makin larut, oleh itu saya perlu mengejar masa untuk tidur kerana esok saya perlu bangun awal pagi memandangkan saya perlu menghadiri satu sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Semenyih.

January 13, 2009

+*+*~The Training Weekend~*+*+

Saya rasa 2-3 hari kebelakangan ni saya kekurangan masa untuk mengupdate blog saya. Tapi, takpe, kalau saya sempat, saya tetap akan mengupdate blog ini.

Weekend saya yang lepas sangat full dengan aktiviti. Walaupun agak penat, tapi saya sangat seronok!

Jumaat

Pagi saya pergi ke klinik kesihatan Semenyih sebab suami saya perlu menjalani ujian darah sekali lagi. Bacaan kali ini menunjukkan platlet (sel darah merah) beliau telah berkurangan daripada border (border = 140, bacaan suami saya = 110). Beliau perlu mengulangi semula ujian pada keesokkan harinya (Sabtu), sekiranya platlet beliau masih menurun, beliau perlu ditahan di wad. Apa yang membuatkan saya agak pelik, walaupun bacaan platlet beliau menurun, beliau tetap bertenaga, tidak demam dan tidak mengalami sakit2 sendi. (Saya agak arif dengan jangkitan Denggi sebab saya sendiri telah menghidapi demam tersebut 2 tahun lepas). Doktor juga agak pelik dan tidak dapat memberi gambaran sebenar penyakit apa yang beliau hidapi.

Selepas selesai urusan di hospital, saya bergegas ke pasar untuk membeli ketam dan sebaik saja sampai di rumah saya memasakkan sup ketam untuk suami saya. (Ada beberapa pendapat yang saya pernah dengar, bagi sesiapa yang dijangkiti/suspek denggi digalakkan untuk makan sup ketam selain daripada meminum 100+).

Jam 4.00pm saya bergegas pula ke rumah sepupu saya di Selayang untuk bertemu dengan ibu saudara saya dan memperkenalkan Herbalife F1 kepada beliau. Ibu saudara saya ini telah berusia 74 tahun, sangat suka mencuba apa saja jenis produk kesihatan tetapi akibatnya beliau telah mengalami gastrik, sesak nafas, pedih ulu hati, sakit lutut dan beberapa penyakit lain. Kami telah memberi beliau rasa shakes yang sangat lazat daripada Herbalife (perisa vanila + susu putih) dan setelah minum dan menunggu dalam 1/2 jam, beliau mendapati tiada perkara2 pelik berlaku kepada beliau, bermakna shakes ini boleh beliau nikmati dan dijangkakan akan memberi tahap kesihatan yang diingini oleh beliau!

Selepas itu kami bergegas pula ke Restoran Sari Ratu di Jalan Sultan Ismail kerana saya perlu menghadiri satu jamuan makan malam bagi graduan2 daripada HBL University. (HBL Universiti adalah satu program yang diaturkan oleh pemimpin2 tertinggi dalam Herbalife dengan tujuan untuk membina personaliti (self development) dan memberi pengetahuan tambahan kepada Distributor baru dalam Herbalife). Dan saya dan suami saya merupakan salah seorang graduan pada malam itu! Kami sangat enjoy dengan makanan dan jamuan pada malam itu kerana dengan event seperti ini memberikan kami lebih peluang untuk mengenali dengan lebih dekat leaders2 dalam Herbalife seterusnya mempelajari sesuatu daripada pengalaman mereka.

Sabtu

Awal pagi saya bergegas semula ke klinik kesihatan Semenyih untuk mengulangi ujian darah suami saya. Apa yang menakjubkan, bacaan platlet kali ini telah meningkat daripada 110 kepada 280!! Terima kasih kepada sup ketam dan Herbalife H30! Dan suami saya tidak mengambil walau setitik pun 100+ oleh itu kandungan gula dalam darah tidak dicemari.

Jam 12 kami bergegas pula ke Bandar Tun Hussien Onn untuk menghadiri satu majlis perkahwinan, dan selepas itu terus bergegas ke pejabat HBL untuk sesi HOM (Herbalife Opportunity Meeting), Basic Training dan Organization Meeting. Semua aktiviti selesai lebih kurang jam 8.30pm. Tapi, tiada masalah, saya tetap bertenaga walaupun perlu mengahadapi aktiviti seharian dan membawa berat lebihan di dalam perut. Sekali lagi, terima kasih Herbalife!

Ahad

Saya sekeluarga (suami, emak dan adik saya) keluar daripada rumah jam 9.30pagi dan berada di Berjaya Times Square jam 10.00 pagi untuk menghadiri satu event Herbalife iaitu Mega HOM & Bahasa Melayu Quick start. Sekali lagi event saya ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Kak Nurni & Abang Zul. Event kali ini agak besar, lebih kurang 700+ tetamu and I'm really having so much fun! Event habis lebih kurang jam 7.00pm, kami singgah sebentar di Restoran Ehsan di Berjaya Plaza dan selepas mengisi perut kami bergegas pulang ke rumah.

Isnin

Saya keluar rumah jam 11.30pagi, terus ke Glenmarrie, Shah Alam untuk mengambil Tanita Scale yang telah kami order minggu lepas. Selesai urusan di Shah Alam, saya bergegas pula ke Jalan Raja Chulan untuk mengambil order dan membuat beberapa order baru. Selepas itu, saya bergegas pula ke Taman Selaseh, Gombak, ke rumah sepupu saya untuk memperkenalkan produk Herbalife F1 kepada beliau. Sepupu saya ini telah berusia 56 tahun dan mengalami masalah kolestrol yang sangat tinggi. Beliau bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu mengambil pil kolestrol setiap malam sebelum tidur. Oleh itu saya WAJIB membantu beliau.

Selesai urusan di Gombak, saya bergegas pula ke Shah Alam untuk menghantar barang2 adik perempuan saya, selepas itu singgah di rumah emak saya untuk mengecas bateri henpon dan selepas mengecas bateri henpon lebih kurang 10 minit saya keluar pula ke Taman Bukit Mewah, Kajang untuk menghantar pesanan.

Kesimpulan

Sebenarnya di sini, saya bukanlah nak menceritakan lame story tentang schedule harian saya, tapi saya perlu menceritakan pemerhatian saya tentang tahap tenaga saya selepas menggunakan produk Herbalife, terutama sekali Herbalife F1 dan Tea mix. Cuba bayangkan, saya sedang mengandung 18 minggu tapi saya masih mampu bergerak cergas seperti orang yang tidak mengandung. 3 bulan pertama kandungan saya, dan pada waktu itu saya belum menggunakan produk Herbalife lagi, saya sangat cepat penat. Kalau saya bangun tidur jam 8.00 pagi, jam 10.00 pagi atau 11.00 pagi saya akan tidur semula dan bangun jam 2.00 petang atau 3.00 petang di mana selepas itu saya bukan merasa bertenaga semula, tetapi badan saya semakin lesu dan tenaga saya sangat berkurangan. Bayangkan, tenaga saya sekarang lebih hebat daripada bateri henpon saya! Oleh itu mari kita berikan tepukan hebat kepada produk hebat Herbalife! +*+*~clap!clap!~*+*+

Dan apa yang lebih menggembirakan dan mengujakan saya lagi, peristiwa yang berlaku kepada suami saya. Walaupun beliau termasuk dalam golongan suspek Denggi, tetapi beliau tetap bertenaga seperti orang yang tidak sakit. Dan tanpa di tahan di wad atau menggunakan 100+ langsung, beliau mampu pulih seperti biasa! (Impak selepas Denggi yang saya alami selepas ditahan di wad selama 3 hari dan menggunakan 100+ dalam kuantiti yang banyak - berat badan saya naik mendadak dan batuk teruk selama 2 bulan. Thank God perkara itu tak berlaku kepada suami saya).

Cuma satu perkara saja yang membuatkan saya agak terkilan, saya lupa mengambil gambar bagi setiap event yang saya sertai. Selepas ini saya mesti ingat sebab gambar itu adalah bukti dan gambar boleh menceritakan segala-galanya. Ya, saya mesti ingat untuk sentiasa bawa kamera dan mengambil gambar setiap event yang saya sertai.

Sekarang saya perlu masuk tidur sebab esok saya akan ke Utara tanah air untuk berjumpa dengan saudara mara saya di sana dan memperkenalkan produk Herbalife kepada mereka. Saya akan update apa yang berlaku di sana hari Rabu atau Khamis nanti.

January 09, 2009

+*+*~The 1st Shake Party~*+*+

Malam Rabu tempoh hari, emak saya telah mengadakan Herbalife shakes party yang pertama di rumah beliau. I really had a great time that night. Dengan kehadiran kawan2 lama, Paul & geng, Jeffrey & Connie and my most special guest, Kak Nurni and family.

Jeffrey sedang membuat presentation dan saya menjadi penterjemah tidak bertauliah ;P




Antara tetamu yang hadir


Secara keseluruhan, malam itu telah diadakan presentation tentang syarikat Herbalife, produk2nya, marketing plan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu, Connie dengan baik hatinya telah membantu emak saya di dapur dengan menyediakan beberapa Shakes pelbagai perisa dan jamuan makan. I'm sure everybody had really great time!

Walau bagaimanapun, dalam 2-3 hari yang lepas suami saya telah mengalami demam yang agak pelik. Waktu malam suhu badan beliau akan meningkat tapi kemudian menurun, kemudian meningkat dan menurun - satu keadaan di mana suhu badan sangat tidak stabil. Pagi semalam bila saya mengejut beliau daripada tidur saya dapati bintik2 merah mula memenuhi badannya! Sungguh risau saya dibuatnya. Pagi itu juga beliau telah bergegas ke Klinik kerajaan untuk memastikan apakah jenis penyakit yang menjangkiti beliau. Apa yang saya risaukan sangat bimbang kalau beliau dijangkiti DENGGI!! Tetapi apabila pulang daripada klinik beliau memaklumkan kepada saya yang platlet beliau adalah sebanyak 200++ yang bermakna itu adalah sangat bagus!

Jadi malam semalam, sebelum shakes party dimulakan saya bersembang2 dengan Jeffrey dan Connie dan mereka bertanya bagaimana keadaan suami saya. Suami saya memberitahu mereka kemungkinan beliau dijangkiti denggi. Jeffrey lalu bertanya, jika dijangkiti denggi apakah ubat yang biasanya pihak hospital akan berikan. Saya menerangkan kepada beliau bahawa denggi tiada ubat. Normal practice penghidap akan diminta minum 100+ sebanyak2nya untuk menggantikan kandungan hemoglobin yang hilang. Lalu Jeffrey telah meng-offer produk ini kepada kami.



Herbalife H3O Fitness Drink

Menurut apa yang diterangkan dalam website Herbalife, produk ini adalah untuk mengekalkan tenaga dan antioxidan. Antara kebaikannya ialah menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi, memberi tenaga dan tidak mengandungi kafein.

Sayangnya produk ini hanya boleh didapati di USA sahaja, dan saya sangat beruntung kerana coach saya berasal dari sana jadi kami berpeluang untuk explore produk2 Herbalife yang tidak dipasarkan di Malaysia. Rasa H3O ini saaaaangatlah sedap, dan kandungan gulanya sangat rendah berbanding minuman isotonik yang biasanya didapati di Malaysia. Selepas menggunakan produk ini selama 2-3 kali, demam suami saya pulih, bintik2 merah pada badannya hilang dan suami saya telah kembali bertenaga seperi biasa! Terima kasih Herbalife!

Bulan April ini kemungkinan Jeffrey akan pulang ke States untuk melawat ibu beliau, jadi bolehlah saya mengirim beberapa F1 yang tidak dipasarkan di Malaysia seperti F1-cookie 'n cream dan yang terbaru F1-caffe latte.

January 05, 2009

+*+*~The Outer Nutrition~*+*+

Selama suami saya mengikuti program diet bersama Herbalife, saya banyak memfokuskan kepada produk nutrisi dalaman (inner nutrition). Tetapi setelah mengikuti beberapa seminar dengan Herbalife saya mula mempelajari bahawa organ terbesar pada badan kita ialah "Kulit" (skin) dan organ inilah yang paling mudah rosak kerana ia merupakan organ yang terdedah kepada kerosakan alam sekitar di sekeliling kita.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memulakan program "Outer Nutrition" atau dikenali sebagai "Total Plan". Produk yang saya gunakan ialah rangkaian "Nourifusion" yang meliputi set asas (basic) - pembersih (cleanser), penyegar (toner) dan pelembab (moisturizer). Selain daripada itu dalam rangkaian ini terdapat juga rangkaian untuk treatment iaitu scrub, clarifying mask, moisturizer mask, eye gel, eye cream dan night cream.

Secara asasnya, penggunaan asas menekankan kepada treatment asas iaitu - membersih, menyegar dan melembab. Dan untuk treatment yang lebih advance bolehlah menggunakan rangkaian treatment seperti scrub, clarifying mask & moisturizer mask. Untuk penjagaan mata boleh pula menggunakan eye gel dan eye cream. Dan untuk mendapatkan treatment pada waktu malam bolehlah menggunakan night cream.

Selain itu terdapat juga rangkaian "Radiant-C" yang boleh membantu memperbaiki struktur kulit, rangkaian "Skin Activator" untuk mengurangkan kesan penuaan dan rangkaian "Herbal Aloe" yang meliputi losyen badan, tangan dan penjagaan rambut (syampu dan perapi).

Pemerhatian

Setelah menggunakan rangkaian "Nourifusion" - basic + advance treatment + Radiant-C - skin booster saya mendapati kulit muka saya menjadi sangat lembut, selembut kulit bayi atau secara khasnya selembut buntut bayi. Saya juga menggunakan rangkaian "Herbal Aloe" - syampu dan perapi dan alhamdulillah setakat ini masalah kelimumur dan rambut luruh saya semakin berkurangan.

Dan diperkuatkan lagi dengan nutrisi dalaman (inner nutrition), insya Allah dalam masa 3 bulan badan saya akan pulih seperti yang sepatutnya. Saya benar2 menginginkan badan dan sistem badan yang ideal kerana saya tahu jasad saya ini hanyalah pinjaman sahaja oleh itu saya bertanggungjawab untuk menjaganya.

So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang nutrisi dan produk2 Herbalife boleh email kepada saya di aimi.mukhlis@gmail.com atau boleh terus menelefon saya di talian 017-2584589.

January 02, 2009

+*+*~My New Year Resolution~*+*+

Rasanya belum terlambat saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2009". Sebenarnya saya bercadang untuk update semalam, supaya lebih enak dan seronok bercerita tentang new resolution, tapi sambutan tahun baru saya diserikan lagi dengan demam, sakit tekak dan selsema! Mungkin kerana cuaca di Melaka sangat panas tempoh hari menyebabkan ketahanan badan saya tercabar. Tapi takpe, masuk hari ni demam saya dah berkurangan cuma masih sakit tekak dan selsema. Insya Allah, menjelang esok demam saya ini akan baik semula.

Setelah mengrti mengapa saya perlu ada resolusi dan menyenaraikan resolusi saya untuk tahun 2009 ini, saya rasa saya mahu mencatatkannya di sini supaya saya tidak lupa (dan inikan blog saya, jadi saya ada hak untuk menulis apa pun di sini).

Resolusi pertama - Saya mahu jadi Presindent's Team member pada penghujung tahun ini. Ini adalah kerana sewaktu mula2 menyertai HBL tempoh hari saya agak blur dengan karier saya di sini, tapi selepas sebulan saya dah mula nampak hala tuju saya. Pada mulanya saya memutuskan saya mahu menjadi Millionaire's Team member dalam masa 3 tahun, tapi setelah saya meneliti semula peluang dan sistem yang disediakan saya menjadi yakin utnuk menjadi President's Team member dalam masa 1 tahun. Oleh itu, hujung tahun ini saya WAJIB menjadi President's Team member.

Resolusi kedua - Pendapatan saya WAJIB mencecah RM100k++ menjelang hujung tahun ini.

Resolusi ketiga - Saya mahu bercuti ke Spain pada penghujung tahun ini. Sepatutnya saya perlu menyertai satu course-event yang bakal diadakan di Korea pada pertengahan tahun ini tapi nampak gaya suami saya dan adik saya sahaja yang boleh ke sana kerana saya akan menyambut kehadiran orang baru dan emak saya WAJIB berada di sisi saya sekiranya suami saya tiada.

Resolusi keempat - Saya mahu mengurangkan jisim berlebihan pada badan saya sehingga 20kg++ dan ini hanya akan berlaku selepas pertengahan tahun ini. Saya berkeyakinan kerana saya telah menemui penyelesaiannya dan caranya tidak menyakitkan, sihat dan sangat mudah! Selain itu keputusannya juga amat cepat! Jadi kalau suami saya boleh menukar 50kg lemaknya kepada RM1 juta, mungkin jisim berlebihan saya akan bernilai RM1/2 juta...oleh itu kami berpeluang untuk menjadi jutawan sebelum mencecah 30 tahun!

Saya rasa itu sahaja resolusi saya. Dan saya mencatatkan ini semua kerana perkara2 ini boleh diukur dan dinilai. Daripada saya menulis perkara2 seperti "Saya mau jadi emak/anak/isteri yang baik, menjadi seorang muslimin yang solehah, menjadi seorang usahawan yang berjaya, yada..yada..yada..", bagi saya no point sebab perkara tersebut sangat subjektif dan sukar untuk saya menilainya semula sebelum bermula tahun hadapan.

Selesai sudah catatan resolusi saya. Oh ya, suka saya nak bercerita tentang program herbalife saya. Suami saya telah berjaya menurunkan 4 kg dalam masa 3 minggu. Dan sekarang beliau lebih serius dengan program ini dan saya menjangkakan beliau akan kehilangan lagi 2 kg dalam masa seminggu ini. Baju dan seluar beliau yang dibeli sewaktu hari raya yang lepas semuanya telah menjadi terlalu longgar, mungkin dia akan kembali semula ke saiz xxl nya (sebelum ini suami saya adalah 3xl atau 4xl). Visceral fat (lemak yang menyelaputi organ) beliau juga telah menunjukkan perkembangan yang positif iaitu daripada bacaan 24 ke 23. Saya seronok sangat dengan perkembangan positif ini dan akan lebih serius memastikan beliau berjaya dalam program ini (kerana itulah janji saya kepada anak saya).

Ok..of to lala land...kepala saya dah mula berat semula jadi saya memerlukan rehat yang secukupnya!