THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


June 29, 2009

+*+*~Cepatlah Habis Pantang...~*+*+

Luahan hati seorang ibu beranak seorang yang dah 25 hari dalam pantang.

Aiyohh...cepatlah abis pantang ni. Saya dah jadi sengal duduk terperap kat dalam rumah macam ni. Bukan setakat tak boleh keluar jalan2 keliling mall, malahan nak keluar daripada pintu rumah pun mak saya dah jeling2 pandang slek. Haritu 3 hari diorang keluar beraktiviti kat Shah Alam. Balik je diorang kat rumah sakan diorang bercerita betapa seronoknya mereka beraktiviti kat sana...tapi saya...balik2 citer anak. Takkan saya nak citer kat diorang citer mak pulak...konpom takde sape nak dengar.

1 benda je yang saya boleh buat nak menghilangkan boring dalam berpantang ni...wujudkan bonding yang paling erat dengan anak saya. Masalahnya dia berjaga beberapa jam saja, lepas tu dia tido. Bila dia dah tido, saya pun akan tido sama. Kalau macam ni macam mana weight lose program saya nak berjaya...bertambah kembang la maknya.

Keje lain...menyibuk kat blog orang lain..buat saya rasa macam loser. Blog sendiri malas nak update tapi dok sibuk kat blog orang lain macam kak nam. Ala....bosan betullah asyik duduk terperap dalam rumah saja macam ni.

Cepatla abis pantang ni....dah tak tahan jadi sengal macam ni. 25 days over, another 19 days to go.


0 komen: