THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


June 14, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up - Part II~*+*+

Malam Aimar dilahirkan dia menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Puas saya kejutkan dia supaya dia mula menyusu tapi tidak diendahkan. Bila saya acukan susu dimulutnya responsnya hanyalah senyum dan tidur. Saya tak boleh tidur malam tu sebab ubat bius telah hilang jadi sakit berdenyut-denyut pada bekas jahitan.


Keesokan harinya saya masih puas memujuk Aimar untuk menyusu tapi dia tetap enggan. Apalah yang saya tahu masa tu sedangkan ini adalah anak pertama saya. Jam 8.30 pagi doktor membuat pemeriksaan di wad dan apabila doktor memeriksa Aimar saya dimaklumkan yang Aimar menghidapi jaundice. Jadi pemeriksaan darah perlu dibuat dan sekiranya sah dia perlu ditahan di wad.


Waktu lawatan tengah hari husband dan emak saya hanya hadir sekejap sahaja kerana mereka ada kerja di Shah Alam. Alangkah terperanjatnya husband saya bila dia melihat Aimar telah diletakkan di bawah ultra violet light. Saya lihat mukanya berubah melihat keadaan anak kami. "Kenapa ni", itu saja yang mampu ditanya. "Budak kena kuning lah bang. Tak boleh balik lagi hari ni sebab dia kena observation".


Petang itu, Aimar dipindahkan ke wad SCN (Special Care for New Born) dan bermulalah detik-detik mencabar saya bersama dia. Ini adalah kerana dalam unit ini hanya ibu dan bapa baby sahaja yang dibenarkan masuk. Ahli keluarga lain tidak dibenarkan masuk langsung.


3 hari bersama Aimar di wad ini benar-benar mencabar kesabaran saya. Dengan melayan kerenah Aimar yang tidak mahu tidur di bawah ultra violet light dan pada masa yang sama saya perlu educate dia untuk menyusu sedangkan saya sendiri tiada pengalaman. Dengan kepenatan dan kesakitan lepas bersalin yang belum lega lagi. Kalau ikutkan hati saya memang dah lama saya give up!! Tapi setiap kali saya melihat wajah Aimar yang tenang ketika dia tidur dan sewaktu dia menyusu terdetik di hati saya, saya mesti kuat sebab bayi ini terlalu kuat berjuang untuk melawan penyakitnya. Kalau saya sakit, dia lebih sakit lagi sebab dia perlu duduk di bawah ultra violet light yang sangat panas dan pada masa yang sama kuman jaundice sedang menghurung darahnya. Mungkin dia tak mampu nak beritahu saya betapa sakitnya dia tapi saya yakin dia sangat kuat melawan penyakitnya.







Walau bagaimanapun saya bersyukur dianugerahkan dengan suami yang banyak memberi moral support kepada saya. Dengan kekuatan suami dan baby saya dapat menempuh 3 hari yang sukar itu dengan jayanya. Alhamdulillah pada hari Isnin, 8 Jun 2009 kami dibenarkan pulang ke rumah.

Saya amat menghargai segala bantuan dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff2 hospital Kajang. Dan saya berdoa agar baby akan terus sihat dan saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang terbaik untuk suami saya dan ibu yang terbaik bagi anak saya.

Insya Allah....

0 komen: