THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


June 12, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up~*+*+

It started with the labor sign on Tuesday's night, 2nd June 2009. By that time, my mood swings, I don't know how am gonna face it. Saya belum bersedia. Macam2 benda bermain di fikiran saya. Sakitkah? Kena jahit kah? Kena potongkah? Saya tak dapat nak bayangkan sakitnya nanti macam mana dan terdayakah saya menanggung kesakitan itu nanti?

Macam mana pun saya perlu hadapi semua tu. Malam itu rahim saya sakit tidak berhenti-henti. Suami di sebelah bukan main lagi lena tidurnya. Puas saya gerakkan dia dengan harapan dia akan melayan sakit saya, tapi hampa. Dia tetap asyik dibuai mimpinya. Tapi terlintas di fikiran saya, ni baru sikit sakitnya, nanti kalau dah sampai masa mesti lebih sakit lagi dan masa tu pasti saya keseorangan. Maklumlah saya dah buat keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan.

Keesokan paginya, pagi Rabu 3 Jun 2009, saya beritahu pada ibu saya yang saya hendak ke hospital. Tanda lendir yang keluar malam tadi dah bertukar kepada warna coklat, silap hari bulan boleh turun darah. Saya kejutkan suami dan kedua-dua mereka mengiringi saya ke hospital. Sampai saja di hospital, terus kami menuju ke wad bersalin. Doktor buat pemeriksaan bukaan servik saya - baru 1 cm kata doktor. Jadi saya perlu ditahan di hospital. Seharianlah saya menanggung kesakitan di hospital, tanpa suami di sisi tetapi dikelilingi oleh ibu-ibu mengandung lain yang sama-sama sedang menanggung kesakitan. Malam itu saya tak boleh tidur kerana kesakitan makin kerap berulang-ulang! Sepanjang malam saya berbalas sms dengan suami saya. Kesian dia, tak lena tidur sebab melayan kesakitan isterinya dari jauh.

Esok paginya, pagi 4 Jun 2009 saya pergi berjumpa dengan jururawat bertugas dan saya beritahu sakit saya makin kerap. Setiap 5 minit sakit itu mesti datang. Jam 8 pagi doktor bertugas pun membuat pemeriksaan dan saya diarahkan untuk masuk ke bilik rawatan. Doktor arahkan saya berbaring di atas katil dan tanpa sepatah perkataan doktor terus menyeluk di bawah sana untuk memriksa bukaan servik saya. Ya Allah, kasarnya perlakuan doktor itu, seumpama mangsa rogol saya jadinya. Pada ketika itu bukaan servik saya telah mencapai 3cm dan doktor mengarahkan saya dihantar ke labor room.

Sesampai di labor room jam 9 pagi, saya ditempatkan di labor room nombor 1. Saya diarahkan untuk membuka kain yang saya pakai dan berbaring di atas katil labor. Masa tu jantung saya berdebar Tuhan saja yang tahu. Walaupun saya dah diarahkan berbaring atas katil labor, diri saya masih belum bersedia. Minda saya tak dapat bayangkan betapa sakitnya sakit bersalin itu.

Doktor pun menjalankan prosedurnya. Tekanan darah saya diambil dan bacaan jantung saya dan bayi diambil. Kemudian sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan kali ini doktor menjerit "Aik...pelik, ni water bed dah takde. Ni rambut ni". Datang pula midwife memeriksa bukaan dan "Dik...bila air ketuban U pecah dik??".

Disebabkan air ketuban saya telah pecah, dan saya tak menyedari perkara itu berlaku, doktor mengarahkan untuk membuat internal ECG detection. Ya Allah, masa doktor cuba masukkan wayar melalui servik saya, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Saya tak sangka begini punya susah nak bersalin rupanya! Sudahlah internal wire dimasukkan melalui servik, saya diberi pula oksigen tambahan kerana menurut doktor saya kekurangan oksigen oleh sebab itu baby saya tidak bergerak aktif. Itu belum kira drip dan external ECG lagi! Bak kata trainee...wah, patient ni penuh dengan wire! Masa tu saya terfikir, kalaulah suami saya dibenarkan meneman saya dalam labor room, sanggupkah dia melihat keadaan saya ketika itu?

Jam 12 tengah hari doktor datang semula untuk memeriksa bukaan servik saya. "Hmm...bukaan masih 3 cm" kata doktor. "Tapi gerakan baby makin perlahan". Dan ketika itu internal wire tersebut tercabut dan perlu dimasukkan semula. Ya Allah sakitnya sampai saya minta pada doktor "Tak boleh ke cuba detect dari luar saja doktor? Sakit lah doktor". "Tak boleh kak, air ketuban akak dah takde, kalau kita tak buat macam ni kita takut jadi apa-apa pada baby". Pada ketika itu bayangkan, dengan sakit dicucuk sana sininya, dengan sakit contractionnya. Saya rasa saya dah hampir give up dengan proses kelahiran ni.

Jam 2 petang, sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan didapati bukaan tetap 3cm. "Kalau tetap macam ni rasanya kita kena buat c-sect prosedur sebab baby movement patent pun dah tak cantik". Ya Allah...aku nak kena ceasar? Tak naklah...kalau c-sect aku tak boleh pakai bengkung (sempat lagi). Shif pagi bertukar ke shif petang. Staff nurse shif petang pun advice doktor untuk increasekan ubat (yang saya pun tak ingat namanya, yang penting bukan epidural). Mula-mula 6 dos, kemudian increase ke 12, dan kemudian maksimum 24 dos. Pada ketika itu staff nurse dah berikan saya laughing gas "Kalau sakit tekan dan sedut gas ni dik. Nanti U akan rasa kurang sikit sakit tu".

Tak lama lepas tu sakit contraction makin menjadi-jadi. Saya sedut laughing gas tu macam orang gila dan bila saya rasa macam lalok saya releasekan gas tu. Sampai satu tahap saya dah tak boleh tahan lagi. Merayu-rayu saya pada nurse "Tolonglah nurse, cepatlah...saya rasa nak terberak sangat ni". Kalau dikenangkan semula memang rasa nak tergelak pun ada sebab ada ke patut orang nak beranak tapi merayu pada nurse suruh cepat sebab nak terberak. Nurse trainee yang duduk kat sebelah saya cuba tenangkan saya "Sabar kak, kalau sakit tarik nafas, jangan teran kak". Dalam masa yang sama, doktor memeriksa semula bukaan saya dan didapati bukaan dah mencapai 7 cm.

Makin lama, sakit contraction makin tak terkawal rasanya. Masa tu saya rasa macam nak menjerit, memang saya rasa macam dah give up sangat. Saya rasa macam nak jerit kat nurse tu "Dahla, saya dah cukup sakit ni boleh tak berhentikan ubat ni dan bagi saya balik? Kalau saya tau sakit macam ni, tak beranak pun takpelah". Tapi, saya tak mampu nak cakap macam tu, apa yang saya boleh cakap "Nurse, sakit sangat nurse, saya tak boleh tahan dah ni". Kata nurse "Kalau tak tahan sangat, kenapa awak tak minta kat doktor pakar buat ceasar je tadi dik". Masa tu rasa nak lempang sikit nurse tu pun ada. Dahlah saya tengah sakit, manalah saya nak sedar doktor pakar ke siapa ke yang masuk kat labor room tu. So, sebagai balasannya, instead of masa sakit saya tarik nafas, saya teran je dengan harapan sakit tu akan berkurangan.

Disebabkan teranan saya main menjadi-jadi, akhirnya nurse surrender dan dia terus check opening servik saya. Terus dia menjerit "Dik, awak nak beranak dah ni dik!! Cepat-cepat, biar saya selesaiakn, doktor takde pergi makan". Kelam kabut juga jadinya dalam labor room tu.

Tau-tau nurse tarik laughing gas daripada tangan saya dan arahkan saya buka kaki sebesar mungkin. Kemudian dia arahkan saya pegang peha saya, angkat sikit kepala dan push. Struggle jugalah saya push masa tu. Dan masa yang sama, macam-macam bunyi saya dengar. "Haa...pandai dik, macam tu dik, betul tu dik!" "Alamak!! Tangan aku tersepit" "Alamak!! Tersangkut kat ketiak pulak". Kecoh sungguh! Dah lah tengah sakit, ada hati juga nak gelak sebab macam-macam bunyi yang saya dengar. Tapi, bila baby dah keluar je, saya rasa macam lega sangat dan yang saya ingat masa tu saya nak tau apa jantina baby saya dan saya mahu tidur.

Dan inilah hasilnya....






Mukhlis Aimar bin Mohd Najib
DOB: 4th June 2009@5:44pm
Weight: 2.5 kg
Length: 47cm

Bila baby diserahkan pada saya untuk dibawa ke wad, saya hampir menitiskan air mata melihat wajah tenangnya. Tapi kisah ini tak habis di sini, saya akan sambung lagi kerana ada 3 hari lagi cerita di hospital sebelum kami dibenarkan pulang ke rumah.

4 komen:

missy dullness said...

tahniah mummy baru.. :)

balik nnti aku akan menjenguk mukhlis ye.. :)

Rozelia Shariff said...

Sue,

Tenkiu my dear,
Jemputla datang jenguk nanti ye :)
We're waiting for you

MOLY said...

congrats akak !!!
so happy for u
:)

cutenya ur baby boy
comey sangat-sangat !!

Rozelia Shariff said...

Lily.Lulu

Tenkiu my dear
Bila nak turun Bangi?
Kalu akak dah abis confinement nanti boleh jumpa2...me and baby skali :)