THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


March 26, 2009

+*+*~Celaru...Celaru...~*+*+

Eventhough its been quite late at night, I still cannot sleep. A lot of things coming minggling and jumbling into my head. Sebenarnya, saya agak keletihan sekarang ni. Siang tadi saya dan Herbalife group saya telah ke UPM untuk menyertai car boot sale event kat sana. Aktiviti kami off course educating people about nutrition, buat free body wellness evaluation, promoting Herbalife and collecting phone numbers. Eventhough penat tapi sangat fun! Balik daripada event, straight away tertido sampai petang. My husband pun tak attend volleyball session dia hari ni sebab letih sangat. Alih2 saya terjaga dah pukul 7pm, so cepat2 bergegas ke depan TV sebab nak tengok SPA-Q2...oh..sungguh keji tabiat ini. ;P

Actually, apa yang buat saya tak boleh tido ni? Lately, banyak cerita yang saya dengar especially impak daripada recession. Kawan2 kena VSS and suddenly dapat "tawaran bercuti selama-lamanya". Bukanlah saya nak tepuk tangan dan berkata huray...atau pun ketawa sipi2 malu...kalu saya mampu memang saya nak tolong sangat. Tapi, perlukah mereka dengan pertolongan saya? Memang saya tahu sangat sukar untuk melalui detik-detik kehilangan pekerjaan, especially bila sampai bab nak kena start all over again and cuba mencari apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. Setahun yang lepas, saya hampir kalah dalam permainan itu, tapi alhamdulillah dengan kesabaran dan kekuatan yang ada, saya harungi juga segalanya. Saya yakin, untuk dapat sesuatu yang terbaik pasti kita dihadapkan dengan perjalanan yang sangat sukar. Bukanlah Tuhan tu tak adil, tapi itulah cara Dia mengajar.

Lepas tu tadi sementara tunggu siri Mertua Vs Menantu kat Astro Prima (ye...katakan saya ini kji...drama freak!), saya sempat menonton Bersamamu di TV3. Sayu hati bila melihat nasib gadis bernama...saya lupa pula namanya yang jatuh sakit dalam usia yang sangat muda, lebih muda daripada saya. Baru setahun berkahwin, tetapi sewaktu usia kandungannya 7 bulan, tiba-tiba dia mengalami tekanan darah tinggi yang melampau sehingga anak dalam kandungannya meninggal dunia. Impak daripada kejadian tersebut, sekarang dia dah tak mampu nak buat apa2, makanan pun disalurkan melalui tiub daripada hidungnya dan satu lubang kecil terpaksa ditebuk di bahagian lehernya untuk membantu pernafasannya. Ibunya terpaksa menjaganya sepenuh masa dan dalam masa yang sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Apalah sangat gaji RM500 sebagai cleaner contract di sebuah klinik kesihatan. Huh...kalau saya mampu, memang dah lama saya hulurkan bantuan saya. Tapi buat masa ini...saya sendiri pun separuh nyawa bertarung dengan permainan hidup ni.

Haih....banyak betul tanggungjawab yang tak selesai lagi.....

0 komen: