THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 23, 2009

+*+*~Thaks Sab.. ;)~*+*+

Saya telah mendapat award2 ini daripada my old..old..friend, Sab. Thanks my dear.
So, saya nak meng-award-kan award2 ni kepada kawan2 saya yang lain pula sebagai tanda ingatan yang saya masih ingat kepada mereka - Sue, Wazan, Lily, sape lagi ye... Hmm..kepada semua bloggers lah..senang cerita. :)

+*+*~Month-6 Ramblings~*+*+

1. Kenapa sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kesakitan pinggang yang amat sangat. Nak tido pun susah, bangun tido lagilah susah (hehe..), nak berjalan banyak pun sakit, rasa macam perut saya nak terjatuh ke bawah pun ada.

2. Saya tak boleh nak berjalan banyak/lama. Contohnya, hari Sabtu lepas saya telah ke Midvalley untuk meng-survey barang2 untuk baby, tapi setelah 2 jam berjalan dan berdiri tapak kaki saya mula sakit dan menyebabkan saya lebih berminat untuk duduk daripada berjalan.

3. Walaupun telah masuk ke bulan ke-6, tapi saya masih tidak ada idea untuk membeli apa2 barang untuk baby...(name it cot, stroller, baju-bajan, mitten..atau apa2 saja). Mungkin saya looking forward on shopping spree bila masuk bulan ke-8 nanti (which is 2 months from now), so skang ni nak cari duit banyak2 dulu baru syok sikit nak shopping.

4. Saya tak boleh tahan lapar dalam jangka masa yang lama (saya ke?). Bila dah mula rasa lapar, saya kena terus makan or else "Mohamad Ali" dalam perut saya akan mula meninju dan menyebabkan saya pening kepala. Akibatnya saya akan sakit perut sehingga ke malam dan tidak boleh makan apa pun.

5. Saya tak tau nak tulis apa lagi. Hari tu saya dah buka page ni untuk update blog saya, kesudahannya saya telah tido hingga ke pagi tanpa ada satu update pun.

February 19, 2009

+*+*~Claps For The Baby~*+*+

Finally...sang baby telah berjaya sampai ke minggu ke-24!! Big hands for the baby!! +*+*~Clap!Clap!~*+*+

Mungkin bagi ibu mengandung yang lain, mesti excited dengan perkembangan bayi yang sangat positif, dan mungkin juga normal bagi ibu-ibu mengandung kali pertama. Tetapi bagi seorang perempuan yang baru berjaya setelah 4 kali percubaan, perkara ini benar-benar membuatkan saya gembira!! Bayangkan, secara idealnya, ini adalah anak keempat saya. Tetapi dialah yang telah mewarnai hidup saya dan suami saya setelah setahun hidup kami mengalami kesuraman akibat 3 peristiwa keguguran berturut-turut.

Walau bagaimanapun, saya redha dengan keguguran yang lepas-lepas. Saya yakin dan percaya memang banyak hikmah atas peristiwa yang telah berlaku. Dan saya lebih menghargai nyawa yang sedang membesar dalam perut saya sekarang. Dan saya lebih banyak belajar dan memahami tanggung jawab saya sebagai ibu dan PASTI saya akan berbuat yang terbaik untuk bayi saya.

So far, baby is doing well...so well. Setiap hari pasti ada tendangan-tendangan mesra daripadanya yang cuba memberitahu "Mama, baby sentiasa ada dengan mama, no matter what, walaupun baba selalu sibuk dan tak dapat teman mama". Dan sekarang tendangannya lebih slow & steady, tidak sekasar seperti mula-mula dia menyedari dia berupaya untuk menendang. Cuma hari ini saya berasa sedikit sakit pada pinggang dan perut saya, seperti tegang. Bila saya beritahu emak saya tentang perkara ini, katanya itu tandanya baby berada di tempat yang tegang itu.

Dan...perut saya telah mula mengumpul "stretch mark". Tempoh hari, saya lihat stretch mark tersebut kecil-kecil sahaja, tetapi hari ini stretch mark itu semakin besar dan bertambah. Saya adalah sangat malas hendak menyapu apa-apa losyen stretch mark pada perut saya...nantilah mungkin hari Sabtu ini saya dapat outing,so ada chancelah saya pergi membeli cream untuk stretch mark ini. Tetapi bagaimanapun, tak salah saya, saya boleh menggunakan Herbalife Countouring Cream untuk mengurangkan stretch mark saya. Jadi, bolehlah saya membuat penjimatan untuk skin care product, beli skin care daripada Herbalife saya boleh dapat diskaun dan volume points untuk mendapat duit. Kalau saya beli skin care daripada farmasi, dahlah tak dapat diskaun, malah saya tak dapat apa-apa pun melainkan produk itu sahaja. Buy one u get one meh!! Ngeehee...

Setakat ini sahaja update saya untuk hari ini. Saya perlu menyelesaikan 2-3 perkara sebelum hari esok. Saya perlu bekerja keras sekarang untuk mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan bakal bayi saya dan juga untuk menghantar suami saya ke Korea. Ye, saya mesti menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat dan tabah seperti Siti Khadijah, barulah saya mampu menyediakan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga saya.

February 18, 2009

+*+*~Just Came Back~*+*+

Saya baru tiba dari Penang jam 4.30pm tadi. Masih letih...tapi saya gagahkan juga untuk mengupdate blog ini. Tiada cerita shopping-mopping atau makan-makan kerana saya ke sana untuk menyelesaikan tanggungjawab saya. Dan bila pulang ke sini lebih besar tanggungjawab yang perlu saya selesaikan....semuanya kerana mereka...kerana mereka adalah orang-orang saya...mereka adalah orang-orang Melayu! Dan projek ketam goreng cili + mi udang Sungai Dua juga terpaksa dibatalkan kerana tugasan saya habis agak lewat malam tadi.

Sekarang saya nak berehat sekejap, malam ini saya perlu memerah otak untuk merangka perancangan untuk mereka...untuk orang saya...untuk orang Melayu!

February 16, 2009

+*+*~Ke Utara Lagi~*+*+

Esok saya akan ke utara lagi tetapi kali ini bapa saudara saya telah mengaturkan satu majlis di rumah beliau. Oleh itu kami akan berpeluang mengadakan sesi ceramah kesihatan dan bertemu dengan orang-orang utara.

Minggu ini dijangkakan jadual saya akan penuh dengan sesi taklimat kesihatan & wellness evaluation. Saya bercadang mengadakan sesi taklimat di MPK pada hari Jumaat dan kemungkinan besar Dr.Nazari juga akan mengadakan taklimat kesihatan pada hujung minggu di Tanjung Karang. Harap-harapnya tenaga saya akan terus berkekalan seperti biasa.

Sekarang ini perut saya kadang-kadang menjadi sangat besar, tetapi kadang-kadang sangat kecil, tidak seperti orang yang hamil 5 bulan ++. Tetapi baby saya memanglah sangat aktif terutama sekali apabila saya mahu tidur, dia akan menendang sekuat-kuat hati mengikut arah saya mengiring sehingga kadang-kadang saya tidak tahu arah mana patutnya saya mengiring. Tendangannya seolah-olah cuba memberitahu pada saya "Mama...tolong...saya tersepit!!". Tetapi perkara itu akan berlaku jika bapanya tiada bersama saya, jika bapanya ada bersama saya, baby saya akan menjadi baby yang paling bersopan di dunia...tiada tendangan sekuat hati cuma sentuhan-sentuhan mesra sahaja daripadanya. Hmmm...dalam perut lagi dah pandai ye??

Ok...saya perlu bersiap kerana saya akan bertolak ke utara agak awal esok. Mungkin selepas sesi taklimat di rumah bapa saudara saya kami akan singgah ke gerai mi udang di sungai dua dan menikmati ketam goreng cili di sana. Dan event ini akan menjadi surprise kepada suami saya.. :) Jumpa lagi bila saya dah balik semula ke KL.

+*+*~The Escudo from NANDO's~*+*+

Selama ini memang jarang saya bernasib baik untuk memenangi apa-apa hadiah terutama sekali yang melibatkan restoran-restoran terkemuka di Malaysia ni. Dulu saya rajin masuk pertandingan yang dianjurkan oleh KFC, tapi saya tak pernah menang, oleh itu mari kita band KFC...ngeehee.. :P

Tapi kisah ni berlaku minggu lepas sebenarnya. Saya telah mendapat panggilan telefon daripada ibu pejabat Nando's di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Saya telah memenangi voucher sebanyak RM100!! Sepatutnya saya pergi mengambil voucher itu minggu lepas tetapi disebabkan kesuntukan masa, saya terpaksa menangguhkannya ke hari ini. Memandangkan saya ada hal yang perlu diselesaikan di KL tadi, saya pun terus singgah di ibu pejabat Nando's.


Cantik pulak bekas dia kan...jangan tertipu ini bukan kulit..tapi kertas.


Yes!! This is mine...RM100 voucher from Nando's. Tenkiu..tenkiu... :)

Nampak gaya bolehlah saya "membelanja" suami saya (late valentine's give ye... :)), emak saya dan bapa saya di Nando's nanti. Tak lupa juga boleh saya membelanja si kecik sekali...ngeehee.

February 14, 2009

+*+*~It's Valentine's Day!!~*+*+

Hari yang dipenuhi dengan bunga2 dan kasih sayang. Dan ini merupakan tahun kedua saya menyambutnya dengan gelaran "isteri". Tahun lepas suami saya telah menghadiahkan saya Aquariser, tapi tahun ini saya akan menghadiahkan dia satu surprise....yang akan di drag ke hari Isnin (sebab tempat saya nak beli "benda" tu tutup esok).

Walau bagaimanapun, apa yang saya pasti suami saya tidak akan menghadiahkan bunga kepada saya pada hari Valentine mahupun special occassion yang lain sebab saya memang seorang manusia yang tidak pandai menghargai bunga. Daripada hadiahkan saya bunga adalah lebih baik hadiahkan saya pen ataupun buku mengumpul stem. Dan hari valentine bukanlah hari yang sesuai untuk saya.

Dan hari ini, walaupun kebanyakan manusia di seluruh dunia sedang sibuk berkasih sayang saya tidak dapat berjumpa dengan suami saya...mungkin malam nanti bila saya dah lalok dan berlepas ke lala land baru saya dapat berjumpa dengannya. Pagi tadi saya berjumpa dengannnya sekejap sahaja, itupun kerana dia meminta saya menghantarnya ke pejabat, kemudian saya ke rumah customer, suami saya ada meeting dan berterusan sehingga ke malam kerana malam ini dia ada sesi futsal pula. Apa yang penting dia akan menghantar barang yan dipesan oleh kawannya dan membawa pulang wang hasil jualan untuk saya...yipiee!!

Setakat hari ini, baru setengah bulan Februari pendapatan saya telah mencecah RM2,500! Ini bermakna jika saya meneruskan momentum seperti ini saya akan mampu menggandakan pendapatan saya pada hujung bulan ini, jadi bolehlah saya mula saving untuk perbelanjaan suami saya ke Korea dan perbelanjaan untuk membeli barang2 untuk si kecil di dalam perut saya. Ye, bulan Jun ini ada 2 event yang sangat besar untuk saya (besar dari segi persiapan perbelanjaan kot) iaitu kehadiran si kecil dan saya akan menghantar suami saya untuk menghadiri event extravaganza di Korea. Jadi ada lebih kurang 4 bulan lagi untuk saya bekerja keras.

Kesimpulannya, pada hari Valentine's ini saya bukan sekadar belajar dan memahami apa itu erti "kasih sayang" tapi saya juga mula belajar erti pengorbanan dan responsibilty sebagai seorang ibu dan isteri.


February 11, 2009

+*+*~Macam-Macam~*+*+

Dah lama saya tidak menjengah ke blog2 yang selalu saya jengah...especially blog2 kawan2 yang baru dan lama. Maklumlah, sejak saya menyedari terlalu ramai manusia yang perlu saya bantu dari segi kesihatan fizikal, kekuatan emosi dan kemelut kewangan, masa menjadi seperti berlian kepada saya. (Bukankah berlian lebih mahal daripada emas?). Apabila saya mempunyai kesempatan barulah saya dapat menjelajah hari ini.

Kalau ikutkan komitmen memang saya tak sempat nak menjelajah. Pukul 6 petang tadi saya baru sampai dari Melaka, day trip dan sesampai saja di rumah terus ke rumah Mak Sharifah & Pakcik Narais (besan emak saya) untuk membuat wellness evaluation untuk mereka. Ditambah pula dengan keadaan saya yang mempunyai makhluk kecil yang semakin nakal di dalam perut, kalau ikutkan hati memang saya dah tidur sekarang ni tapi dengan nutrisi lengkap daripada Herbalife tenaga saya masih mampu bertahan mungkin sampai ke tengah malam (haha...sempat lagi buat promosi).

Dan kalau ikutkan diri saya, saya memang nak komen dengan kempen besar-besaran yang sedang dijalankan oleh sahabat2...tapi...menurut apa yang telah saya pelajari "Leaders never complain". Jadi, tak mengapalah, biarlah saya memerhatikan saja kerana sekarang ini bukan kempen yang menjadi ukuran tapi hasil daripada kempen itu yang akan menentukan sama ada apa yang kita lakukan benar2 berfaedah atau hanya ikutan sahaja. Biarlah sekuat mana laungan yang cuba diperdengarkan, tetapi kalau tiada hasil laungan akan menjadi sia2. Sampai masa suara makin hilang tapi tiada siapa yang mendengar. Macam mana pun yang paling penting adalah result. Ukurannya adalah result. Yang menentukan sama ada execution adalah benar atau salah adalah result. Yang penting, sanggup belajar dan sanggup diajar.

Dah...tak mampu rasanya nak membebel panjang2 kalau bebelan ini hanya saya yang mendengar. Cuma saya rasa di sini saya punjya hak untuk menyuarakan suara hati saya, tapi di luar pembuktian tetap dengan hasil. Tetap dengan RESULT!

Ok...back to work. :)

February 09, 2009

+*+*~Team Works Make The Dream Works~*+*+

Hari ini saya telah menghadiri organization meeting yang dianjurkan oleh Jeffrey & Conney. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan kami. Dalam meeting organisasi ini saya berpeluang untuk mendapat berita2 baru tentang kejayaan side line-side line yang lain dan saya juga berpeluang untuk belajar daripada orang2 yang telah berjaya.

Berita baik, upline saya, Jeffrey & Conney telah berjaya menjadi Millionaire Team pada bulan Januari yang lepas! Congratulations to them! Colleague saya, Anuar & Farhani pula telah berjaya menjadi GET (Global Expansion) Team! Tahniah juga kepada mereka.

Bulan Disember yang lepas, Jeffrey telah membuat satu promotion untuk group kami iaitu sesiapa yang berstatus fully qualified supervisor layak menerima USD50 bagi setiap 1000VP yang dibuat sepanjang Januari. Dan hasilnya.....tadaaaaa....


Saya telah berjaya mendapat USD100 daripada mereka kerana berjaya membuat 2,500VP. Saya akan hadiahkan wang ini kepada suami saya dengan membelikan tiket extravaganza Korea untuk beliau yang bernilai USD95!

Dan yang lebih menarik lagi saya telah berpeluang untuk mempelajari sesuatu daripada Anuar iaitu, silalah mempunyai goal dalam business ini diikuti dengan planning bulanan, mingguan dan harian. Dan target saya, bulan ini saya mesti mampu membuat 10,000VP sekurang-kurangnya dan bulan depan saya mesti mampu membuat 12,500VP!

Wish me luck! ;)

February 07, 2009

+*+*~The 90 Days Plan~*+*+

Pertama-tamanya, ampun beribu-ribu ampun sebab agak lama menyepi dan tidak mengupdate blog ini. Kesuntukan masa yang melanda dan keadaan yang kurang mengizinkan menyebabkan saya terpaksa bercuti daripada dunia blogging sekali sekala. Belum lagi disebabkan oleh krisis ekonomi dunia dan krisis ekonomi yang berlaku di Perak. Semua tu menjadikan saya pemerhati dan menyebabkan saya lebih memahami nilai saya di pasaran global sekarang...:)

Kali ni saya hendak bercerita tentang Perancangan 90 Hari (atau dikenali sebagai 90 days plan). Kenapa 90 hari? Ini adalah kerana dalam setahun kita mempunyai 12 bulan yang boleh dibahagikan kepada 4 sukuan dan setiap sukuan mengandungi 3 bulan atau 90 hari. Jadi, untuk memudahkan planning 90 hari ini dilakukan, kita hendaklah mempunyai wish dan vision apa yang akan kita lalui selepas 90 hari. (Perkara ini saya pelajari dalam seminar Herbalife, dan disebabkan plan inilah ramai yang telah benar2 berjaya dalam Herbalife). Menurut Jim Rohn, seorang ahli falsafah dalam perniagaan (perkara ini disampaikan kepada saya oleh Mitti Nafte dalam HBL University), hidup bukanlah bererti kita bergantung kepada takdir sahaja. Tetapi hidup mestilah berdasarkan rekacipta (design) dan setiap individu berhak merekacipta perjalanan hidupnya berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Jadi, kalau tengok di blog saya ini, saya telah mengupdate beberapa item di dinding sebelah kanan blog saya dengan meletakkan 4 quadrant wish list saya untuk tahun 2009. Biar saya cerita satu persatu wish list saya di sini.

************************************************************

+*+*~My 2009 1st Quarter Wish List~*+*+

Gambar ini telah di Google

Sebenarnya, saya sangat suka bercuti dan melihat sendiri keindahan dan keindahan negara lain. Sebelum ini saya cuma berpeluang melakukan aktiviti ini sewaktu saya masih bergelar pelajar (zaman sekolah dan zaman universiti). Apabila saya telah bergelar wanita berkerjaya saya tidak mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini lagi kerana komitmen saya kepada kerja dan kepayahan untuk mengambil cuti. Oleh itu, setelah menjalankan perniagaan sendiri ini saya menyimpan cita-cita untuk meneruskan aktiviti yang sangat saya gemari ini.

Untuk sukuan yang pertama (1st quarter), saya berhasrat untuk bercuti ke Singapura. Sebab utama ialah, saya belum berkesempatan untuk bercuti di sana. Kalau setakat melintas tambak kedua dan terus ke airport Singapura pernahlah. Tetapi mengunjungi tempat2 perlancongan di
sana memang saya belum berkesempatan lagi. Saya merancang percutian ini akan berlaku dalam bulan April , mungkin selepas seminar South East Asia Supervisor School yang dianjurkan oleh Herbalife di Kuala Lumpur. Lagipun, apabila mencecah ke bulan April bererti kandungan saya telah berusia lebih kurang 7 bulan, oleh itu bercuti ke tempat2 yang hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kapal terbang adalah mustahil. Dan percutian ini mestilah mengambil masa paling kurang 1 minggu.

Walau bagaimanapun, percutian ini akan menjadi hambar jika saya tidak mencapai apa2 kejayaan dalam karier saya bersama Herbalife. Oleh itu saya berhasrat pada sukuan pertama ini saya haruslah telah menjadi World Team dan dapat mencapai target 12,500V.P!

+*+*~My 2009 2nd Quarter Wish List~*+*+



Gambar ini telah di Google

Yang pasti dalam sukuan kedua saya menantikan kehadiran orang baru dalam hidup saya. Oleh itu saya akan bercuti selama sebulan untuk menghabiskan masa bersama-sama dengannya. Dan lebih menggembirakan lagi kalau kehadiran orang baru ini diserikan lagi dengan kejayaan saya menjadi Active World Team dengan kelayakan Get Team bulan pertama di mana saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 R.P (Royalti points) yang bersamaan dengan 20,000 V.P!

+*+*~My 2009 3rd Quarter Wish List~*+*+


Gambar ini telah di Google

Setelah bercuti selama sebulan, saya akan all out selama 2 bulan dan pada sukuan ketiga saya mahu menghabiskan masa dengan keluarga baru saya di Langkawi. Saya memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Awana Portomalai bersama suami dan anak saya kerana selepas majlis perkahwinan saya 2 tahun lepas kami merancang untuk berbulan madu di Awana Portomalai. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan keadaan kewangan yang kurang stabil saya terpaksa membatalkan niat saya untuk ke sana. Tapi kali ini saya akan pastikan impian saya ini akan tercapai.


Dan lebih meriah lagi jika saya berjaya menjadi GET Team dalam bulan ini berserta dengan kelayakan Millionaire Team untuk bulan yang pertama dengan sekurang-kurangnya 2,000 R.P yang bersamaan dengan 30,000 V.P!

+*+*~My 2009 4th Quarter Wish List~*+*+


Gambar ini telah di Google

Setelah pulang bercuti, saya pasti akan menjadi lebih segar (fresh) dan akan bekerja lebih kuat lagi. Jadi sebagai ganjarannya, saya akan membawa keluarga saya bercuti dan melancong di Cordoba, Spain pada penghujung tahun ini. Dan yang pasti percutian saya kali ini akan menjadi sangat bermakna kerana saya telah berjaya menjadi Millionaire Team! Dan saya akan manfaatkan percutian ini dengan menghabiskan masa dengan suami dan anak saya dan memulakan perancangan untuk tahun 2010. Semoga tahun 2010 nanti akan lebih bererti buat diri saya dan keluarga saya kerana saya akan pastikan pula kami berjaya menjadi President's Team dalam tahun tersebut!


************************************************************

Setelah melakarkan 4 quadrant impian saya untuk tahun ini rasanya lebih jelas untuk apa yang saya kerjakan. Oleh itu telah sampai masanya untuk meletakkan action ke dalam impian saya dan memberi sepenuh komitmen terhadap apa yang ingin saya perolehi ini. Insya Allah tahun 2009 ini akan membawa perubahan yang amat besar kepada saya sekeluarga.

February 04, 2009

+*+*~Welcome To New Family Member~*+*+

Agak lama saya tak update. Rasanya saya pernah bagitau sebelum ni, sekarang ni jadual harian saya sangat padat. Bila tiba hujung minggu apatah lagi, memang penuh dengan aktiviti.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan selamat datang kepada ahli baru dalam keluarga kami, baby boy, belum diberi nama lagi. My sister in law gave birth to him last Friday through C-sect. Sebenarnya ini merupakan anak ketiga abang sulung saya. Walau bagaimanapun, baby menghadapi sedikit komplikasi menyebabkan dia terpaksa di tahan di hospital buat sementara waktu. Kakak ipar saya telah selamat pulang ke rumah tapi baby belum boleh pulang ke rumah lagi.

Hari Jumaat lepas sekali lagi emak saya mengadakan "shake party" di rumah beliau. Jeffrey & Conney sama2 hadir ke rumah kami. Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya mendapat seorang doktor dalam group kami! Jadi selepas ini, kalau ada sesiapa yang berasa khuatir dengan kredibilty produk herbalife, kami boleh referkan kepada doktor kami.

Saya tak tau apa lagi yang saya nak tuliskan. Esok saya appointment dengan seorang Dato' and have some business talk. So, need to prepare myself tonight.

Daaa...