THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


September 10, 2008

+*+*~Which One To Choose?~*+*+

Kalau nak ikutkan, tak layak aku ajukan soalan macam ni sebab aku takde kuasa nak memilih. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah MENCUBA bukan MEMILIH.

Tadi dah go through few financing facilities yang ada for PKS a.k.a IKS. Yang aku pernah dengar such as TEKUN, PROSPER, MARA and such. Tapi macam pening, tak tau which one yang aku kena terjah dulu. Nampak macam PROSPER tu bagus juga, dia boleh bagi up to RM500k loan and memang tu requirement dia, mesti more than RM500k. However, kalau nak apply, applicant should bare 20% of initial capital. Which means kalu starting cost is RM500k, we should have RM100k inside our account. Wah..banyak betul. So, kena ada proper planning on this.

Currently company performance quite ok. Setakat 20k-30k tu dah adalah dalam account, tapi biasala cash flow macam air. Duit singgah je memanjang. Dapat payment, kena bayar kat supplier la, bayar gaji pekerja la, yada, yada, yada... adalah sikit untung. Tu yang nak rolling balik so that bolehla buat apa yang patut. Hrmmm...rasa macam susah pun ada, so nak tanak kena naik turun office diorang jugaklah nak dapatkan clearer picture about this.

Yang penting usaha and aku tak boleh putus asa. Ni baru start nak memilih. Kalau la aku boleh jumpa orang yang betul2 power bab buat business plan and boleh lak bagi guidance kat aku secara free...kan best.

Rasanya nak contact this guy la...Mr.Najieb Mokhtar. Dia ni CEO tapi muda sangat..hopefully he can help me. Also nak contact Pn.Ashah...really hope this people can help me.

0 komen: