THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


September 15, 2008

+*+*~Sick Man of Europe~*+*+

Ada sesiapa yang tahu siapakah +*+*~Sick Man of Europe~*+*+?

Pedih!

Semalam aku dapat peluang menonton sendiri video Sick Man of Europe ni. Actually ada cerita di sebalik pembikinan video ni tapi tak perlu rasanya aku review KENAPA video ni dibikin, lebih baik aku review KESAN daripada pembikinan video ni.

+*+*~Menitis lagi air mata ini~*+*+

Video tu memaparkan kesan yang berlaku kepada dunia Islam selepas kejatuhan kekhilafahan Islam terakhir di Turki pada 3 Mac 1924. Dipaparkan juga MENGAPA Mustafa Kamal Atartuk sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agamanya sendiri. Semuanya kerana KUASA.

Sebaik sahaja sistem kekhilafahan Islam dimansuhkan, umat Islam semakin menderita. Semua jenis PEMBALASAN dilakukan ke atas etnik Muslim. Apa yang membuatkan hati ini lebih pedih apabila dipaparkan juga bagaimana suara seorang Imam merayu "Di manakah Tentera Pakistan? Di manakah tentera Iran? Di manakah tentera Indonesia?". Rayuan yang tak diendahkan. Lebih pedih lagi rayuan daripada anak2 yang tak berdosa yang memohon diri mereka dibela.

Kalau di Algeria, wanita muslim dibasuh dan disiapkan untuk dirogol. Penghinaan apakah itu? Di Kashmir, wanita muslim dirogol beramai2 dan dibunuh serta dibakar. Penghinaan apakah itu?

Di Serbenica, pada mulanya rakyat diletakkan di bawah penguasaan PBB, kemudian apabila lewat petang diserahkan pula di bawah penguasaan Tentera Serbia dan akibatnya? "Masa untuk membalas dendam kepada umat Islam atas apa yang telah dilakukan di Turki". Kurang ajar kah itu?

Persoalannya, apa yang aku lakukan di sini? Adakah aku boleh untuk terus berpeluk tubuh dan melihat saudara-mara yang lain menderita? Adakah aku akan terus membiarkan mereka terus memusnahkan Islam dan membiarkan kemusnahan itu berterusan sehingga ke tempat aku sendiri? Sekarang ini kita merasa selamat dan aman, tapi adakah kita boleh menjangka apa yang akan berlaku esok hari?

Selagi umat ISLAM tidak bersatu, selagi itu kekuatan itu tidak akan ada. Fikirkanlah umat ISLAM semua.

0 komen: