Masih kuingat lagi, 3 tahun lepas aku menyambut hari raya dengan penuh kekeliruan. Betapa aku keliru melihat manusia begitu taksub menyambut hari raya, semuanya berasak2 membuat persiapan, kalau boleh biar berhabis, setahun sekali saja, kalau boleh biar semua berganti baru.
Keliru..aku keliru! Apakah itu pengertian RAYA? Adakah itu pengertian SYAWAL?
Tapi selepas 3 tahun, walaupun jawapan yang aku jumpa masih samar2, tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga sedikit gambarannya.
Adakah benar kita LAYAK menyambut raya? Apakah pengertian RAYA yang sebenarnya?
Biar aku letakkan situasi RAYA KINI dan RAYA SEPATUTNYA. +*+*~Ni semua hasil pemerhatian aku selama 3 tahun~*+*+
RAYA KINI:-
Sebelum raya, semua sibuk pikir nak raya kat mana. Berapa duit raya yang nak dikeluarkan. Apa perabot baru yang nak ditukar. Berapa banyak kuih raya nak beli. Berapa jenis juadah yang nak disediakan untuk santapan pagi raya. Yada..yada..yada..
Lepas raya, semua dah start pokai. Makan megi hari2 sebab budget dah lari. +*+*~Not applicable to all lah, tapi still berlaku perkara ni~*+*+ Duit simpanan makin susut. Kalau boleh nak golok-gadai semua sebab nak cover apa yang tak boleh dicover.
RAYA SEPATUTNYA:-
Sebelum raya, sibuk fikirkan apa future planning, apa yang nak dibuat selepas raya, apa development yang bakal dilakukan, apa lagi kesejahteraan yang boleh dicontributekan kepada masyarakat sekeliling.
Selepas raya, kemajuan semakin jelas di pandangan, masyarakat semakin sejahtera, tiada lagi kumpulan yang dibelenggu kemiskinan, semua manusia hidup dalam aman dan harmoni, tiada dengki mendengki, tiada syak wasangka dan yang paling penting TIADA LAGI PENINDASAN dan TIADA LAGI YANG MELAMPAUI BATAS!
Rasanya situasi yang aku ceritakan ni dah cukup menjelaskan APA ITU PENGERTIAN RAYA +*+*~pada sudut pandangan aku buat masa sekarang~*+*+ Macam mana pun aku berhajat juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sesiapa saja yang sudi singgah di pondok kecil saya ini. Raya tu raya jugak, tapi ingat, perjuangan belum selesai, perjalanan perlu diteruskan, ingat2 siapa kita.
Salam SYAWAL,
Aimi Mukhlis @ ceritadiadanaku.blogspot.com
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
September 28, 2008
+*+*~Raya???~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 12:06 PM
Cerita Tentang: deep thinking, syawal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Selamat Hari Raya to you...
Actually tahun nie I'm guilty of excessive splurging for Raya but there was an important reason behind it. But as I always say, berani buat berani tanggung - so terpaksalah I tanggung.
Manja M,
Its ok...asalkan kau tau budget kau sendiri. Jangan sampai termiskin lepas raya dah la...
By the way, Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.
Post a Comment