THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


September 26, 2008

+*+*~Family Planning~*+*+

Lama dah aku tak update. SIBUK. Banyak perkara yang perlu diuruskan, tambahan pula SYAWAL semakin hampir, bererti cuti panjang akan menjelma. So, sebelum cuti panjang, banyak perkara yang perlu diselesaikan, kalau tak nanti balik daripada bercuti, mood cuti+ketupat+lemang+rendang, confirm banyak keje yang tergendala nanti.

Dua hari lepas aku balik ke rumah kakak ipar di Melaka. MIL duduk sekali dengan SIL sebab keadaannya yang uzur. Disebabkan tahap kepenatan yang melampau, tak banyak perkara yang aku sembangkan. Sampai pun dah dekat waktu berbuka, lepas berbuka sang suami ajak ronda Bandar Melaka, tapi end up melepak tepi Pantai Puteri sambil menikmati bunyi desiran ombak & bau masin laut sambil makan ABC special & tahu bakar. Dah lama aku tak menghidu bau itu...bau yang penuh dengan kedamaian..dan aku benar2 rindukan laut!

Balik semula ke rumah, aku teman sang suami menikmati milo panasnya, kemudian terus berangkat untuk beradu. Bila sang suami bersedia untuk beradu juga, dia mula membuka kata2 +*+*~Mak tanya, bila lagi? Sepupu abang yang kawin lepas kita tu wife dia dah bersalin~*+*+

Sape kata aku tak nak anak? Sape kata aku tak nak zuriat sendiri?

Tapi, boleh tak bagi masa kat aku? Bagi aku perkahwinan bukan setakat meneruskan zuriat saja. Betul kita seronok bila dapat tau dah ada makhluk lain dalam rahim kita, tapi bagi aku, aku lebih melihat masa depannya. Sebelum makhluk itu wujud dalam rahim aku ni, lebih baik aku merancang dulu apa yang aku akan sediakan untuk dia. Bila dah ada anak berengkel2, tapi tak de apa2 perancangan untuk dia...bukan masalah ke namanya tu? Cukuplah, aku dah pernah rasa betapa kosongnya hidup aku sebelum ni sebab aku tak digambarkan SIAPA sebenarnya diri aku. Dalam mencari siapa AKU, aku bertemu AKU. Oleh sebab itu, aku mahu makhluk2 yang bergelar anak kami nanti TAHU apa yang patut dilakukan, TAHU siapa dia dan TAHU tanggung jawabnya. Aku tak tahan melihat anak2 yang bersepah2 kat muka bumi sekarang, tapi tak tahu KENAPA DIA DIHIDUPKAN. Mulalah mereka merancang kerosakan dan berbuat sewenang2 di muka bumi... Cukuplah, dunia makin sakit, umat makin tertekan, jadi aku tak nak melahirkan bangsa2 tertindas...

Ok..cukup tazkirah aku hari ni. 2-3 hari ni aku cukup sakit hati dengan internet, mungkin sebab musim raya, internet pun mood raya. Insya Allah lepas raya ni aku akan ada staff baru, office baru dan customer baru...which means makin besar lah tanggungjawab lepas ni. Tapi takpe, ini semua membuatkan hidup aku lebih bermakna...and mungkin cuti raya ni aku akan gunakan sebaik-baiknya untuk merancang strategi seterusnya...doakan kejayaan kami ya.

Skang ni, nak tutup laptop dulu, nak pegi KL, shopping raya sikit...perhaps 2 lai bottoms for husband, 2 lai tops for me and kasut for me. We'll see...

2 komen:

Mimi said...

Babe u'll know when ure ready.. Tapi my advice jgn tunggu lama2 sgt okie, because u can still plan when they're here wif ya! N x syiokla kalau age gap too big.

Neway, slamat hari raya n maaf zahir batin! send my regards to ur folks~ nnt kita visit2 time raya okie~

Rozelia Shariff said...

Mimi,

Thank u for ur advice...

Selamat hari raya, maaf zahir & batin...insya Allah time raya kita visit2 okey...

Regards for ur folks too.. :)