THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


September 05, 2008

+*+*~Aku Bukan Pejuang~*+*+

Tadi malam suamiku pulang sewaktu aku sedang sibuk membungkus frozen2 foods yang akan dihantar kepada customer keesokkan harinya. Sambil dia minum2, tercetus 1 persoalan dari mulutnya "Sayang, apa yang kita dah buat untuk Islam?".

Wahh...rasa macam tersambar petir bila diajukan persoalan seperti itu. Selama ini benar aku sibuk menyediakan segala-galanya atas hajat untuk menegakkan semula kalimatillah, tapi adakah apa yang aku lakukan ini tidak mengikuti frame-work Nya?

Lantas dia bercerita tentang apa yang telah berlaku selepas kejatuhan Kekhilafahan Islam, 3 March 1924. Kisah2 yang membuatkan aku seperti dibakar, membayangkan betapa Islam dihina dan diperkotak-katikkan. Wanita2 dirogol di jalanan sambil disaksikan oleh askar2 yang bersenjata di tangan. Anak2 menjadi mangsa akibat pemusnahan etnik secara besar-besaran. Orang2 tua yang tak berdaya untuk menyelamatkan diri sendiri apatah lagi melihat keluarga ditimpa bala di depan mata.

Sedih! Aku sedih!

Tapi apa kekuatan aku? Mengapa semua ini terjadi? Dalam zaman di mana manusia mengutamakan kepentingan diri, di mana kekuatanku?

"Sayang, did u realize that Islam is no longer exist in this world? Apa yang tinggal hanya NAMA sahaja"

Pedih! Ungkapan yang terlalu pedih untuk aku telan sedangkan sudah sekian lama aku meyedari hakikat itu. Apakah mungkin Islam itu masih wujud sedangkan Islam itu sendiri sering dipertikaikan? Bagi aku, kalau sesuatu perkara itu jelas kelihatan di hadapan mata PASTI tiada pertikaian tentangnya. Tetapi hari ini, kalau diperhatikan dengan teliti, di mana aspek Islam yang tak dipertikaikan? Setiap inci perkara yang ada kaitan dengan Islam PASTI dipertikaikan.

"Tunggu jelah KITA ni akan jadi seperti mereka. Kalau kita DUDUK saja dan terus menunggu, tengoklah nanti."

Adakah aku akan terus menunggu? Adakah KITA akan terus menunggu?

0 komen: