Akhirnya, berjaya juga aku online kat rumah. Thanks to my brother Bangcik sebab datang jugak tolong settle kan problem STREAMYX ni.
So lepas ni tak lah sunyi lagi blog ni. Macam banyak je cerita yang nak ditulis..TUNGGUUUU
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
September 28, 2008
+*+*~Yeay!!~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 11:41 PM 2 komen
Cerita Tentang: cerita kami
+*+*~Raya???~*+*+
Masih kuingat lagi, 3 tahun lepas aku menyambut hari raya dengan penuh kekeliruan. Betapa aku keliru melihat manusia begitu taksub menyambut hari raya, semuanya berasak2 membuat persiapan, kalau boleh biar berhabis, setahun sekali saja, kalau boleh biar semua berganti baru.
Keliru..aku keliru! Apakah itu pengertian RAYA? Adakah itu pengertian SYAWAL?
Tapi selepas 3 tahun, walaupun jawapan yang aku jumpa masih samar2, tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga sedikit gambarannya.
Adakah benar kita LAYAK menyambut raya? Apakah pengertian RAYA yang sebenarnya?
Biar aku letakkan situasi RAYA KINI dan RAYA SEPATUTNYA. +*+*~Ni semua hasil pemerhatian aku selama 3 tahun~*+*+
RAYA KINI:-
Sebelum raya, semua sibuk pikir nak raya kat mana. Berapa duit raya yang nak dikeluarkan. Apa perabot baru yang nak ditukar. Berapa banyak kuih raya nak beli. Berapa jenis juadah yang nak disediakan untuk santapan pagi raya. Yada..yada..yada..
Lepas raya, semua dah start pokai. Makan megi hari2 sebab budget dah lari. +*+*~Not applicable to all lah, tapi still berlaku perkara ni~*+*+ Duit simpanan makin susut. Kalau boleh nak golok-gadai semua sebab nak cover apa yang tak boleh dicover.
RAYA SEPATUTNYA:-
Sebelum raya, sibuk fikirkan apa future planning, apa yang nak dibuat selepas raya, apa development yang bakal dilakukan, apa lagi kesejahteraan yang boleh dicontributekan kepada masyarakat sekeliling.
Selepas raya, kemajuan semakin jelas di pandangan, masyarakat semakin sejahtera, tiada lagi kumpulan yang dibelenggu kemiskinan, semua manusia hidup dalam aman dan harmoni, tiada dengki mendengki, tiada syak wasangka dan yang paling penting TIADA LAGI PENINDASAN dan TIADA LAGI YANG MELAMPAUI BATAS!
Rasanya situasi yang aku ceritakan ni dah cukup menjelaskan APA ITU PENGERTIAN RAYA +*+*~pada sudut pandangan aku buat masa sekarang~*+*+ Macam mana pun aku berhajat juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sesiapa saja yang sudi singgah di pondok kecil saya ini. Raya tu raya jugak, tapi ingat, perjuangan belum selesai, perjalanan perlu diteruskan, ingat2 siapa kita.
Salam SYAWAL,
Aimi Mukhlis @ ceritadiadanaku.blogspot.com
Cerita Rozelia Shariff pada 12:06 PM 2 komen
Cerita Tentang: deep thinking, syawal
September 26, 2008
+*+*~Family Planning~*+*+
Lama dah aku tak update. SIBUK. Banyak perkara yang perlu diuruskan, tambahan pula SYAWAL semakin hampir, bererti cuti panjang akan menjelma. So, sebelum cuti panjang, banyak perkara yang perlu diselesaikan, kalau tak nanti balik daripada bercuti, mood cuti+ketupat+lemang+rendang, confirm banyak keje yang tergendala nanti.
Dua hari lepas aku balik ke rumah kakak ipar di Melaka. MIL duduk sekali dengan SIL sebab keadaannya yang uzur. Disebabkan tahap kepenatan yang melampau, tak banyak perkara yang aku sembangkan. Sampai pun dah dekat waktu berbuka, lepas berbuka sang suami ajak ronda Bandar Melaka, tapi end up melepak tepi Pantai Puteri sambil menikmati bunyi desiran ombak & bau masin laut sambil makan ABC special & tahu bakar. Dah lama aku tak menghidu bau itu...bau yang penuh dengan kedamaian..dan aku benar2 rindukan laut!
Balik semula ke rumah, aku teman sang suami menikmati milo panasnya, kemudian terus berangkat untuk beradu. Bila sang suami bersedia untuk beradu juga, dia mula membuka kata2 +*+*~Mak tanya, bila lagi? Sepupu abang yang kawin lepas kita tu wife dia dah bersalin~*+*+
Sape kata aku tak nak anak? Sape kata aku tak nak zuriat sendiri?
Tapi, boleh tak bagi masa kat aku? Bagi aku perkahwinan bukan setakat meneruskan zuriat saja. Betul kita seronok bila dapat tau dah ada makhluk lain dalam rahim kita, tapi bagi aku, aku lebih melihat masa depannya. Sebelum makhluk itu wujud dalam rahim aku ni, lebih baik aku merancang dulu apa yang aku akan sediakan untuk dia. Bila dah ada anak berengkel2, tapi tak de apa2 perancangan untuk dia...bukan masalah ke namanya tu? Cukuplah, aku dah pernah rasa betapa kosongnya hidup aku sebelum ni sebab aku tak digambarkan SIAPA sebenarnya diri aku. Dalam mencari siapa AKU, aku bertemu AKU. Oleh sebab itu, aku mahu makhluk2 yang bergelar anak kami nanti TAHU apa yang patut dilakukan, TAHU siapa dia dan TAHU tanggung jawabnya. Aku tak tahan melihat anak2 yang bersepah2 kat muka bumi sekarang, tapi tak tahu KENAPA DIA DIHIDUPKAN. Mulalah mereka merancang kerosakan dan berbuat sewenang2 di muka bumi... Cukuplah, dunia makin sakit, umat makin tertekan, jadi aku tak nak melahirkan bangsa2 tertindas...
Ok..cukup tazkirah aku hari ni. 2-3 hari ni aku cukup sakit hati dengan internet, mungkin sebab musim raya, internet pun mood raya. Insya Allah lepas raya ni aku akan ada staff baru, office baru dan customer baru...which means makin besar lah tanggungjawab lepas ni. Tapi takpe, ini semua membuatkan hidup aku lebih bermakna...and mungkin cuti raya ni aku akan gunakan sebaik-baiknya untuk merancang strategi seterusnya...doakan kejayaan kami ya.
Skang ni, nak tutup laptop dulu, nak pegi KL, shopping raya sikit...perhaps 2 lai bottoms for husband, 2 lai tops for me and kasut for me. We'll see...
Cerita Rozelia Shariff pada 1:44 PM 2 komen
Cerita Tentang: cerita kami, deep thinking
September 18, 2008
+*+*~Senyuman Itu~*+*+
Apa erti senyuman itu? Kau pasti tertanya2 kawan...
Lately, memang senyuman sentiasa terukir dibibir ini. Tiada lagi titisan air mata yang sudi menemani. Tapi apakah erti senyuman itu? Adakah kerana air mata ini telah kering? Adakah senyuman itu untuk mengaburi kepedihan di hati ini? Adakah senyuman itu satu tanda kepuasan dan kesyukuran?
Nantikan kawan, nantikan. Kau PASTI akan dapat jawapannya.
+*+*~Aku pernah keluarkan statement ni : Kita akan bertemu semula di SANA, biarlah MASA dan KEADAAN yang menentukan. Oleh itu, nantikanlah. ~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 5:11 PM 0 komen
Cerita Tentang: ..., deep thinking
September 15, 2008
+*+*~Sick Man of Europe~*+*+
Ada sesiapa yang tahu siapakah +*+*~Sick Man of Europe~*+*+?
Pedih!
Semalam aku dapat peluang menonton sendiri video Sick Man of Europe ni. Actually ada cerita di sebalik pembikinan video ni tapi tak perlu rasanya aku review KENAPA video ni dibikin, lebih baik aku review KESAN daripada pembikinan video ni.
+*+*~Menitis lagi air mata ini~*+*+
Video tu memaparkan kesan yang berlaku kepada dunia Islam selepas kejatuhan kekhilafahan Islam terakhir di Turki pada 3 Mac 1924. Dipaparkan juga MENGAPA Mustafa Kamal Atartuk sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agamanya sendiri. Semuanya kerana KUASA.
Sebaik sahaja sistem kekhilafahan Islam dimansuhkan, umat Islam semakin menderita. Semua jenis PEMBALASAN dilakukan ke atas etnik Muslim. Apa yang membuatkan hati ini lebih pedih apabila dipaparkan juga bagaimana suara seorang Imam merayu "Di manakah Tentera Pakistan? Di manakah tentera Iran? Di manakah tentera Indonesia?". Rayuan yang tak diendahkan. Lebih pedih lagi rayuan daripada anak2 yang tak berdosa yang memohon diri mereka dibela.
Kalau di Algeria, wanita muslim dibasuh dan disiapkan untuk dirogol. Penghinaan apakah itu? Di Kashmir, wanita muslim dirogol beramai2 dan dibunuh serta dibakar. Penghinaan apakah itu?
Di Serbenica, pada mulanya rakyat diletakkan di bawah penguasaan PBB, kemudian apabila lewat petang diserahkan pula di bawah penguasaan Tentera Serbia dan akibatnya? "Masa untuk membalas dendam kepada umat Islam atas apa yang telah dilakukan di Turki". Kurang ajar kah itu?
Persoalannya, apa yang aku lakukan di sini? Adakah aku boleh untuk terus berpeluk tubuh dan melihat saudara-mara yang lain menderita? Adakah aku akan terus membiarkan mereka terus memusnahkan Islam dan membiarkan kemusnahan itu berterusan sehingga ke tempat aku sendiri? Sekarang ini kita merasa selamat dan aman, tapi adakah kita boleh menjangka apa yang akan berlaku esok hari?
Selagi umat ISLAM tidak bersatu, selagi itu kekuatan itu tidak akan ada. Fikirkanlah umat ISLAM semua.
Cerita Rozelia Shariff pada 2:37 PM 0 komen
Cerita Tentang: deep thinking, emo freak
September 13, 2008
+*+*~Melayu Oh Melayu~*+*+
Pernah tak kita terfikir..."Banggakah aku menjadi MELAYU?"
Aku rasa mulai sekarang aku akan mula mengkaji apa itu Melayu, siapakah Melayu, asal-usul Melayu dan sebagainya yang berkaitan dengan Melayu. Bukanlah aku berniat nak jadi racist atau yang sewaktu dengannya, tapi sejak lahir lagi aku dikenali sebagai Melayu, tapi aku pelik kenapa sampai ke hari ini aku belum berbangga memegang title Melayu. Aku rasa takde point yang aku nak banggakan sebagai bangsa Melayu.
Paling sedih, kenapa sampai ke hari ini, bangsa inilah bangsa yang dikategorikan sebagai antara bangsa yang haprak dan paling mundur di dunia? Salahkah aku dilahirkan sebagai Melayu?
Dan paling geram sekali, orang Melayu tetap dengan typical mindednya. Kalau buat sesuatu cukuplah ala kadar saja, asal siap jadilah. Tak pernah nak buat sesuatu tu dengan kesungguhan dan keikhlasan yang mana hasilnya pasti hampeh. Lepas tu dahla buat keje macam melepaskan batuk di tangga, dengki khianat lagi. Kalau ikutkan hati, memang aku benci jadi orang Melayu, tapi boleh ke aku tukar status bangsa aku? Dan adakah dengan cara menukar status bangsa tu segala masalah ni dapat diselesaikan? TIDAK! Aku kena bertindak, kalau aku sendiri tak mampu berubah PASTI bangsa Melayu takkan berubah.
+*+*~Sebenarnya aku dah cukup bosan dengan perangai TYPICAL MALAY, tak nak berubah, tapi kalu orang kata Melayu Mundur tau lak dia nak marah!~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 1:47 PM 2 komen
Cerita Tentang: deep thinking, emo freak
September 12, 2008
+*+*~Rampasan Kuasa~*+*+
Waaa...mata ni macam berat je. Aku baru je sampai kat rumah dari Taiping dalam kul 8pm tadi. Penat, tapi aku puas! Macam2 hal dapat discuss dengan Pn. Rosmah tadi.
Tapi satu hal jelah, semua botol besar yang telah dihantar kena tarik balik sebab packaging problem. Tulah orang2 production, aku dah kata. Kedekut sangat nak buat investment nah skang hamek kau. Dahla barang kena return, order kena cancel lak tu. Potong...potong. Alhamdulillah frozen foods kitorang takde masalah. Hopefully everything will be fine la with that thing.
Discussion dengan Pn. Rosmah went well. Dia setuju dengan distributorship yang kami offer. Then kami offer juga kat dia untuk buat demo & food testing for that seasoning and sambutan dia sangatlah bagus. Siap offer nak bagi bilik free kat Bukit Merah Lake Town. Yes, this lady is very kind and hopefully our business deal with her will last longer.
Now, nak pegi call Richard, banyak bendA nak explain kat dia.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:02 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 11, 2008
+*+*~Jari-jariku Sakit Semua~*+*+
Baru je lepas sesi mencuci freezer. Hari tu sebab terlalu panic tengok ayams yang terlalu banyak, my mother telah meng-dump ayam2 tu ke dalam freezer. Akibatnya, selepas 5 hari defrost pun ayam2 tu masih terlekat sesama sendiri dan tidak boleh dikeluarkan. Malam tadi, dengan kerjasama daripada si Labu, dapat gaklah tarik freezer tu keluar & operasi nyah-keluaran ayam dapat dilakukan dengan jayanya.
Tapi, akibatnya... Jari2ku sakit semua. Nak tarik ayam tu bukan senang. Si Labu siap "berenang" kat dalam freezer tu semalam. Chisttt...berenang dengan air ayam..gilakah?? Tapi tulah dia kemanisan "duit", nak jadi kaya ni memang macam2 nak kena buat.
Oklah, later, nak siapkan chicken chops dulu. Esok aku nak ke Taiping, yippiee!!
Cerita Rozelia Shariff pada 12:58 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 10, 2008
+*+*~Back To Basic~*+*+
Tadi malam my husband balik di saat aku baru je nak lelapkan mata. Kepenatan, seharian mengadap order2 yang tak siap2 tu. Barulah aku benar2 kenal erti kepuasan...just imagine, RM16k++ menanti bila order2 tu dah disiapkan.
Dia balik je terus dia buka cerita tentang supplier baja yang buat hal dengan dia. Yes...we're running our own company now. Aku dengan f&b aku, my husband dengan plantation dia, tapi kadang2 aku pun take over jugak handle company dia. Macam nilah company kecik, semua kena jadi multi-tasking.
Daripada cerita dia tu buat aku berfikir, apa kesudahan masa depan peniaga2 Melayu ni. Macam tulah, banyak sangat politik, terlalu berkira dan takde tolak ansur. Bila tengok rakan seperjuangan maju mulalah cari jalan macam mana nak jatuhkan kawan sendiri, kalau boleh sepanjang masa dia je yang nak berada kat atas, takde siapa boleh menyaingi dia, perangai macam FIRAUN! Bagi aku kalau peniaga2 Melayu terus dengan paradigma sebegini PASTI orang Melayu takkan maju, sepanjang masa terkebelakang. Cuba tengok bangsa yang mendominasi bidang perniagaan & ekonomi, tak payah tengok jauh, kat Malaysia pun cukup. Aku rasa diorang tak takut dengan persaingan, sebaliknya mereka mengamalkan paradigma SYNERGIZE. Tak kesahla kalau perniagaan kau maju as long kau nak buat bisnes dengan aku and aku akan pastikan kita sama2 maju.
Yes, back to basic. Dalam bisnes macam tulah, ada yang "membunuh" dan ada yang "terbunuh". Business is like gambling, full of risk. Kalau tersilap percaturan alamatnya memang terlungkup jawapannya. But there are A LOTS of things to be learnt. Dan yang paling aku suka aku berpeluang mencabar diri sendiri dan tidak berhenti berfikir.
Macam sebelum ni, aku pun hampir tersilap percaturan. Tapi bila orang yang "mengaku" business partner tu mula tunjuk belang, tak treat aku as business partner sebaliknya buat kami macam hamba, alamatnya dia memang silap besar. Memang betul sekarang ni dia nampak kami ni anak2 ikan saja, tapi dia kena pastikan dia tengah deal dengan anak ikan spesies apa. Kalau anak ikan gapi senang2la dia tenyeh, tapi kalu anak ikan JAWS...haaa..kau tunggu jelah padahnya.
Takpe, buat masa ni aku masih bersabar lagi. Maklumla, kami ni masih muda, masih setahun jagung. TAPI, bila kami dah mula mengorak langkah nanti kami pastikan MELAYU akan ada perubahan. MELAYU yang tanak berubah, boleh pegi mampus! Silalah siapkan tajak dan cangkul untuk gali lubang kubur kau sendiri.
Cukuplah membebel. Aku kepenatan ni. Seharian aku keluar settlekan hal2 admin. Macam mana pun trademark issue memang dah nampak progressnya, insya Allah after 5 weeks nanti dah boleh letak TM kat seasoning label tu. Pastu nak call Diana kat Karangkraf pulak nak tanya arrangement tentang advertising dalam RASA. Maybe kita go for 1 keluaran dulu, saje nak tengok macam mana impact dia.
Hopefully semuanya akan berjalan lancar as plan. Kalau semuanya berjalan lancar tahun ke-3 bolehla kita synergize...insya Allah.
Cerita Rozelia Shariff pada 4:37 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
+*+*~Which One To Choose?~*+*+
Kalau nak ikutkan, tak layak aku ajukan soalan macam ni sebab aku takde kuasa nak memilih. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah MENCUBA bukan MEMILIH.
Tadi dah go through few financing facilities yang ada for PKS a.k.a IKS. Yang aku pernah dengar such as TEKUN, PROSPER, MARA and such. Tapi macam pening, tak tau which one yang aku kena terjah dulu. Nampak macam PROSPER tu bagus juga, dia boleh bagi up to RM500k loan and memang tu requirement dia, mesti more than RM500k. However, kalau nak apply, applicant should bare 20% of initial capital. Which means kalu starting cost is RM500k, we should have RM100k inside our account. Wah..banyak betul. So, kena ada proper planning on this.
Currently company performance quite ok. Setakat 20k-30k tu dah adalah dalam account, tapi biasala cash flow macam air. Duit singgah je memanjang. Dapat payment, kena bayar kat supplier la, bayar gaji pekerja la, yada, yada, yada... adalah sikit untung. Tu yang nak rolling balik so that bolehla buat apa yang patut. Hrmmm...rasa macam susah pun ada, so nak tanak kena naik turun office diorang jugaklah nak dapatkan clearer picture about this.
Yang penting usaha and aku tak boleh putus asa. Ni baru start nak memilih. Kalau la aku boleh jumpa orang yang betul2 power bab buat business plan and boleh lak bagi guidance kat aku secara free...kan best.
Rasanya nak contact this guy la...Mr.Najieb Mokhtar. Dia ni CEO tapi muda sangat..hopefully he can help me. Also nak contact Pn.Ashah...really hope this people can help me.
Cerita Rozelia Shariff pada 2:39 AM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review
September 09, 2008
+*+*~Malas...~*+*+
Dah berapa hari tak update. Malas. Keje dahla banyak gila. Silap haribulan tahun ni pasar Ramadhan kena burn. But if it's what has been fated, aku redha.
Trademark punya citer almost resolve. Esok nak jumpa Lee & sign few documents. Pastu nak buat appointment dengan Pn.Rosmah Al-Nur sebab ada few item yang nak discuss dengan dia. Kalau dia setuju aku nak appoint dia jadi distributor bahagian utara, merangkumi Perak, Penang, Kedah & Perlis. Pastu boleh la aku fokus kat production line pulak. Nanti bila production facilites dah nampak progress, bolehla turun belah selatan pulak. After that, pegi Pantai Timur & Malaysia Timur pulak. Bila dah cover 1 Malaysia ni bolehla start penetrate market overseas.
Letih. Banyak benda aku nak fikir. Kepala otak ni dah tak boleh berenti berfikir dah. Kalau aku peratikan ramai orang lain yang umur baya2 aku ni tengah dok sebok berfikir macam mana nak stablekan ekonomi, macam mana nak bina one happy family, yada,yada,yada...tapi aku boleh bangga dengan diri aku sebab dalam umur setahun jagung ni aku dah start berfikir macam mana nak build up & secure business empire aku sendiri. Bukanlah aku tak fikir nak ada anak ke, nak besarkan family ke, tapi for me anak tu anugerah. Kalau dah sampai masa, insya Allah dia datang jugak. Tapi, yang ni usaha aku. Usaha untuk menaikkan semula empayar Islam yang telah musnah.
Dah settle discussion dengan Pn.Rosmah nanti aku nak start buat paperwork. Nak pegi naik turun MECd ke, MARA ke, PROSPER ke, yang penting aku nak cari jugak tempat yang boleh offer grant untuk projek aku ni. Pas tu boleh la teruskan keje2 lain pulak. Masa dah tak panjang, another 7 years to go. Tapi takkan nak tunggu tahun ke-7 baru terhegeh2 nak amik tindakan. Sekurang-kurangnya tahun ke-5 nanti dah siap untuk sinergize. Just one thing je harapan aku, semoga apa yang aku usahakan ni mendapat keberkatan Allah, mardhotillah.
Now back to work. At least terlepas juga apa yang terpendam kat hati ni 2-3 hari ni. Banyak lagi pendaman2 yang nak diluahkan, tapi tunggulah masanya nanti.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:15 PM 0 komen
Cerita Tentang: deep thinking, my work, progress review
September 05, 2008
+*+*~Aku Bukan Pejuang~*+*+
Tadi malam suamiku pulang sewaktu aku sedang sibuk membungkus frozen2 foods yang akan dihantar kepada customer keesokkan harinya. Sambil dia minum2, tercetus 1 persoalan dari mulutnya "Sayang, apa yang kita dah buat untuk Islam?".
Wahh...rasa macam tersambar petir bila diajukan persoalan seperti itu. Selama ini benar aku sibuk menyediakan segala-galanya atas hajat untuk menegakkan semula kalimatillah, tapi adakah apa yang aku lakukan ini tidak mengikuti frame-work Nya?
Lantas dia bercerita tentang apa yang telah berlaku selepas kejatuhan Kekhilafahan Islam, 3 March 1924. Kisah2 yang membuatkan aku seperti dibakar, membayangkan betapa Islam dihina dan diperkotak-katikkan. Wanita2 dirogol di jalanan sambil disaksikan oleh askar2 yang bersenjata di tangan. Anak2 menjadi mangsa akibat pemusnahan etnik secara besar-besaran. Orang2 tua yang tak berdaya untuk menyelamatkan diri sendiri apatah lagi melihat keluarga ditimpa bala di depan mata.
Sedih! Aku sedih!
Tapi apa kekuatan aku? Mengapa semua ini terjadi? Dalam zaman di mana manusia mengutamakan kepentingan diri, di mana kekuatanku?
"Sayang, did u realize that Islam is no longer exist in this world? Apa yang tinggal hanya NAMA sahaja"
Pedih! Ungkapan yang terlalu pedih untuk aku telan sedangkan sudah sekian lama aku meyedari hakikat itu. Apakah mungkin Islam itu masih wujud sedangkan Islam itu sendiri sering dipertikaikan? Bagi aku, kalau sesuatu perkara itu jelas kelihatan di hadapan mata PASTI tiada pertikaian tentangnya. Tetapi hari ini, kalau diperhatikan dengan teliti, di mana aspek Islam yang tak dipertikaikan? Setiap inci perkara yang ada kaitan dengan Islam PASTI dipertikaikan.
"Tunggu jelah KITA ni akan jadi seperti mereka. Kalau kita DUDUK saja dan terus menunggu, tengoklah nanti."
Adakah aku akan terus menunggu? Adakah KITA akan terus menunggu?
Cerita Rozelia Shariff pada 3:23 PM 0 komen
Cerita Tentang: ..., deep thinking
September 04, 2008
+*+*~Ramadhan 1428 #3~*+*+
Hmmm..hari2 citer pasal ayam. Tak abis lagi order ni. Tapi hari ni paling ngeri la. Tadi dekat sebesen gak ayam aku dah buang sebab bau dia...perghhhh...pekat gila.
Pagi tadi, bangun tido, senyum2 (gilakah??), pastu terus call Pn. Rosmah, kononnya nak dapatkan feedback pasal barang semalam lah. Satu kali kena teow la.... Semuanya sebab label kat botol besar tu takde stated expired date. Aku dah kata dah... Dah banyak kali aku bising dengan orang KKB, tapi amik tak port je dengan complain kitorang ni. Sekali dapat customer complain baru nak melompat. Tapi solution yang dia buat sangat2 la tak memuaskan hati aku.
Ok, macam ni citer dia. Aku dah banyak kali bising dengan diorang suh beli inkjet coding printer. Katalah payah sangat nak dapat supplier, aku dah siap carikan quotation dah. Tapi bila aku propose je, mentah2 diorang tolak dengan alasan nak tunggu order confirmation from ***. Tunggu punya tunggu sampai ke la ni pun tak confirm2 lagi order dia. So, akibatnya kami lah yang kena tanggung.
Kalu macam ni tak boleh jadi. Aku akan bertindak. Aku dah kata, sape yang kurang hajar patut di ajar. Keje tanak buat, tapi payment nak cash aje. Cuba bayangkan, kami purchase barang sampai puluhan ribu pun dia boleh order nak cash payment. Gilakah?? Ko ingat aku ni keje cop duit ke apa?? WTF la?? Oleh itu, terpaksalah aku mengatur strategi Italian job aku kan.
1st thing, aku apply trademark dulu. Ni semua supaya aku boleh secure produk ni. 2ndly, tangkap itu chef. Skang ni pun dah nampak dia cuba buat baik dengan kami, apa je yang kami nak semua dia dah start ikut. Pas ni bolehla pegi apply kat SMIDEC ke, TEKUN ke, MECD ke, so hopefully by end of this year boleh la buat production secara serius. Hari tu marketing manager pun dah bunyi, dia nak try dapatkan market ke Dubai, tapi on condition kena secure production up to 100k every month. Which means, aku kena cari proper premis!
Ye, perjalanan masih jauh. So, wish me luck ok.
+*+*~Rasa macam esok tak leh puasa je. Selamat bercuti..hehe..~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 1:11 AM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review, ramadhan
September 02, 2008
+*+*~Iklan Petronas~*+*+
Dah tengok iklan terbaru Petronas sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-51 tahun?
Semalam ada staff datang rumah tolong2 buat frozen foods tu. Sekali salah sorang tu tengok iklan ni boleh pulak dia sebak, siap meleleh air mata..hihi.. Member dia siap kutuk2 tak hengat. Bila member dia bagitau aku, aku senyum je sebab masa first time aku tengok iklan ni pun aku sebak jugak. Bukan masa first time je la, banyak kali tengok pun mesti sebak punyalah. Actually, to be frank, memang banyak iklan Petronas yang buat aku sebak..macam iklan "Burung Murai" tu.
Pastu iklan "ombak jahat" ni. Lagi aku sedih...
Memang aku respectla sape yang buat iklan2 macam ni sebab maksud dia sangat dalam.
+*+*~Ramadhan 1428 #2~*+*+
Pejam celik dah 2 hari puasa. Sampai ke hari kedua ni pun aku still tak buka stall kat pasar ramadhan lagi. Tak sempat seyh. Skang ni tengah pulun habis2 nak siapkan balance order from Al Nur.
Pagi tadi my husband & one of our colleague pergi ke Taiping untuk buat delivery. Bayangkan, bukan sikit2 punya delivery ni tau. Masa aku prepare document malam tadi macam tak percaya je. Payment yang bakal aku terima mencecah puluhan ribu ringgit! Expected 2 cheques from customer which total will be RM25k++! Macam tak percaya je! This is the pay I will get for all the efforts and this is the first time I got payment like this!
+*+*~Alhamdulillah!Alhamdulillah!~*+*+
Ni tengah take 5 kejap. My husband buka puasa pun kat hentian Tapah je tadi. Kesian dia. Takpe, sabar ye bang...tak lama lagi kita hire lorry driver ok. Tengoklah, kalau takde aral melintang perhaps after raya ni kami akan start ushar tempat + dapatkan grant untuk buat production. Macam tak best je condition production skang ni. Daif sangat! Kalau everything boleh arrange as plan, insya Allah masuk tahun ketiga business kami ni bolehla kami start explore overseas market.
Yang pentingnya, cuti raya ni kami ada plan for small vacation, dalam negeri je, takleh klua lagi sebab forsure baaanyak keje yang menanti. This is as a token lah untuk kepenatan sepanjang Ramadhan ni. Pastu kita kerja keras balik lah. Tadi dah ushar 2-3 package yang ada, nantilah aku update ke mana plan kami.
Oklah, now off to potong ayam session.
+*+*~Nak kaya punya pasal, abis satu rumah dengan aku2 sekali berbau AYAM..heheh..~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 8:22 PM 0 komen
Cerita Tentang: my work, progress review, ramadhan
+*+*~Ramadhan 1428 #1~*+*+
Rasa macam budak tadika pun ada kan sebab tetiba je nak update pasal Ramadhan. Macam lah fisrt time sambut Ramadhan... Tapi, tak salah kan, kalu aku wat macam ni barulah ada rajin sikit nak update blog..ngeh..ngeh.. :)
My first Ramadhan taklah seglamer mana, just an ordinary Ramadhan macam tahun2 dulu. Cuma still struggling nak menyiapkan order yang beribu-ribu tu. Luckily tadi call Pn.Rosmah dia boleh terima kitorang delay sikit bab frozen foods tu. However I must make sure to deliver to her latest by Friday. Huarghh...susah rupanya nak jadi kaya ni. Sampai tak tido malam lah jadinya.
Tapi macam mana pun hari ni aku tak dapat nak open stall kami kat pasar Ramadhan tu lagi. Tengoklah nanti macam mana, kalu boleh arrange most probably this Wednesday baru kami buka sebab tomorrow akan ada 1st delivery ke Taiping. Macam ni la kan, pekerja tak cukup, so nak tanak kena buat sendiri lah semuanya. Hopefully lepas raya ni dah boleh start arrange la premis & workers.
Esok nak jumpa Mr.Lee pulak pasal trademark punya hal. Happy fasting!
Cerita Rozelia Shariff pada 1:50 AM 0 komen
Cerita Tentang: progress review, ramadhan