THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


June 29, 2009

+*+*~Cepatlah Habis Pantang...~*+*+

Luahan hati seorang ibu beranak seorang yang dah 25 hari dalam pantang.

Aiyohh...cepatlah abis pantang ni. Saya dah jadi sengal duduk terperap kat dalam rumah macam ni. Bukan setakat tak boleh keluar jalan2 keliling mall, malahan nak keluar daripada pintu rumah pun mak saya dah jeling2 pandang slek. Haritu 3 hari diorang keluar beraktiviti kat Shah Alam. Balik je diorang kat rumah sakan diorang bercerita betapa seronoknya mereka beraktiviti kat sana...tapi saya...balik2 citer anak. Takkan saya nak citer kat diorang citer mak pulak...konpom takde sape nak dengar.

1 benda je yang saya boleh buat nak menghilangkan boring dalam berpantang ni...wujudkan bonding yang paling erat dengan anak saya. Masalahnya dia berjaga beberapa jam saja, lepas tu dia tido. Bila dia dah tido, saya pun akan tido sama. Kalau macam ni macam mana weight lose program saya nak berjaya...bertambah kembang la maknya.

Keje lain...menyibuk kat blog orang lain..buat saya rasa macam loser. Blog sendiri malas nak update tapi dok sibuk kat blog orang lain macam kak nam. Ala....bosan betullah asyik duduk terperap dalam rumah saja macam ni.

Cepatla abis pantang ni....dah tak tahan jadi sengal macam ni. 25 days over, another 19 days to go.


June 25, 2009

+*+*~My Little Man Is Growing!!~*+*+

Terasa macam cepat sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik tau2 my little baby is going to be 1 month old in few days time. Rasa macam baru semalam keluarkan dia daripada perut, tak hilang lagi penat melayan cranky mode dia almost every night, baby mama dah nak masuk sebulan!!

Macam2 perkara bermain di kepala skarang ni. Afterwards, Aimar memang takde chance nak duduk rumahlah. Seems that mamanya dah abis pantang and dah boleh start drive sendiri, Aimar tidak akan ditinggalkan keseorangan di rumah. Busuk2 pun 2 hari sekali mama confirm kena pegi opis HBL and mengadap itu 2 bisnes partner. Ya, menjadi perancang @ master mind lebih sukar daripada executer. Nampak keje macam senang, tapi nak share vision with the executer Ya Allah, punyalah payah. And also nak perah otak and turn the vision into reality bukanlah satu perkara yang mudah!

And one more thing, saya berharap sangat by bulan 9 ni b**i2 semua telah mula pulih dari selsema. Saya mahu bawa anak saya bersama ke Taipei, so kalau expose dia kepada crowd macam tu bimbang juga saya kalau terjangkit selsema itu padanya. Bukan saya tak mahu tinggalkan dia di Malaysia, tapi nak tinggalkan dia selama 5 hari di Malaysia dan jauh daripada saya adalah big NO-NO! Walau apapun yang terjadi biarlah anak saya ada bersama saya, dan suami saya juga.

Sekarang ni my little man really growing. I dont think he weighs 2.5 kg anymore. Macam dah lebih je sebab haritu masa masukkan dia dalam buai siap boleh masukkan 2 bolster lagi tapi semalam bila saya masukkan dia dalam buai 1 bolster pun dah tak boleh letak sebab dah sempit. Pagi tadi mak saya pakaikan binder dia yang previously boleh pakai pun dah tak muat! And also, baju new born dia pun dah boleh butang. Am really happy to see him growing sebab my baby tidak bergantung kepada any formula milk, I'm breast feeding him exclusively. So, berbaloi saya tak tido malam sebab menyusukan dia and berbaloi juga boobies saya sakit dikerjakannya.

And also my little man sekarang ni dah ada 1 habit yang sangat pelik masa dia tido. Setiap kali dia mengeliat dia akan mengeluarkan bunyi mengerang yang sangat kuat sehingga kadang2 saya sendiri pun confuse sama ada dia menangis atau mengeliat. Kata mak saya kalau macam tu sekalilah style dia mengeliat cepat panjanglah anak saya itu. Kita tengok saja kebenaran teori itu.

Oklah, sekarang saya mahu pergi tido bersama bucuk2 Aimar saya.

June 24, 2009

+*+*~We're Going To Taipei, Yeayy!!~*+*+

Tadi suami saya pergi ke HBL office sebab dia ada discussion dengan Jeffrey about next 90 days plan. Alhamdulillah, lepas balik dari Korea ni makin bersungguh-sungguh suami saya menghidupkan bisnes ini. Bak kata MOJ seperti yang dia tunjukkan dalam video hari tu - We're Herbalife Independent Distributor, Our Mission is to change other people's life in their health and financial freedom. Jadi kami perlu bekerja keras sekarang ini kerana banyak kehidupan yang perlu diubah!

Selepas meeting dia telah pergi ke Herbalife HQ dan membelikan early bird ticket for Herbalife university yang akan diadakan di Taipei! Yes, we're going to Taipei this September. It will be me husband, me mother, Aimar and me! Ya...Aimar sungguh beruntung, baru 3 bulan dah boleh travel sampai ke Taipei.

Dan saya dah check flight ticket ke Taipei. It will cost us RM1319 for 3 adults and 1 infant which is very2 cheap, thanks to Air Asia. So, dah settle training ticket and flight ticket, nanti Connie akan tolong arrange on hotel kat Taipei pula sebab dia lebih tau. Dia kan orang sana.

Haih...another 24 days before confinement ends. Dah rindu nak keluar buat keje nih. Cepatlah abis pantang...

June 23, 2009

+*+*~Small Family United~*+*+

Finally, my husband arrived home safely from Korea. Macam mana pun bukan main lama lagi flight delay. According to his email dijangkakan dia akan sampai ke KLIA around 7-8 pm. Then because of flight dia bukan direct flight, kena transit kat Shanghai he texted me masa dia kat Shanghai bagitau flight delay so mungkin sampai KLIA around 11pm. But at the end of the day, pukul 12.51am baru landed kat KLIA. Gitu gini, check out from KLIA around 2am. Kesian Aimar, saya janji dengan dia babah dia akan sampai around 11pm so dekat2 jam 11pm tu dia bangun dari tido and tamau tido sampai jam 12am. Disebabkan saya dapat berita flight delay saya terpaksa lah pujuk dia supaya tido. Kadang2 saya pun tak faham, macam mana makhluk kecil ini boleh faham apa yang saya katakan padanya.

So today, our small family has united again! Yeayy!! :)

Hari ni bila babah dia dukung je Aimar, dia tengok dengan muka confuse and lepas tu dia senyum2 kat babah dia. Lepas tu, bila dia terjaga dari tido and saya pujuk dia supaya tido semula sikit pun dia tak layan, tapi bila saya serahkan dia pada babah dia, elok je dia tido. Ohh..anak babah rupanya Aimar ni. (However, he still chooses me to comfort him especially at night. I'm still his source of delicious milky bar remember?)

Ahh...apalah saya merapu ni? Sebenarnya saya update blog ini dalam keadaan mamai sebab since saya bersalin tiada lagi erti tidur lena di tengah malam buat saya. Bukan setakat tidur lena di waktu malam, jangan harap nak tidur lena lah sebab anak saya ada sensor yang mana dia akan bangun apabila saya baru sahaja mahu melelapkan mata. Jadi saya memilih untuk tidak tidur sebab saya tahu apa consequence apabila saya tidur. Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada nutrisi berkhasiat daripada Herbalife kerana mampu memberikan tenaga yang cukup kepada saya walaupun saya kekurangan tidur setiap hari. Nampak gaya lagi cepatlah saya kurus lepas ni. Dan Formula 1 perasa Cookies n Cream yang suami saya beli di Korea adalah sangat superb! Nasib baik lah saya tengah berpantang so tak boleh minum sejuk-sejuk, kalau tak confirm saya buat ice blended yang kalah Starbucks atau San Francisco Coffee punya.

Oh ya, selepas confinement ni saya teringin sangat nak beli benda ni.



Rio from Crocs.
Picture from here.

ATAU

Algarve from Crocs.
Picture from here.

Bukanlah saya tidak berminat kepada high heels. Saya mampu memakai high heels yang setinggi 5 inci sekalipun, tapi mengenangkan saya telah mempunyai anak sekarang ini jadi saya opt kepada kasut yang selesa dan selamat dipakai, tetapi mestilah mempunyai tapak yang tinggi juga. Waktu mengandung haritu pun sampai ke saat terakhir saya masih mengenakan wedges yang 3 inci tinggi. And for both shoes from Crocs ni, ketinggiannya adalah 3 inches each which is not bad and designnya juga menjadi pujaan hatiku. Tapi comparing both design, I prefer that Rio design kerana lebih vogue dan saya rasa lebih selesa dipakai. So, lepas pantang ni nampak gaya kena pergi terjah butik Crocs and check whether this design exist kat Malaysia or not. Maklumla, taste saya ni biasanya design dia tak exist kat Malaysia ni.

And also, I need new lipstick...maybe I opt for the one that I found from MAC counter in SOGO as my husband pun dah approve that colour. "SEXY!" katanya. And I need new clothes too! Nampak gaya kena start buat budget list ni sebab saya nak kena beli tiket kapal terbang ke Taipei, Taiwan juga. Bulan 9 kami akan ke sana untuk menghadiri Herbalife university pula.

Kerja keras! Banyak duit nak pakai ni. :)

June 21, 2009

+*+*~The Bonding~*+*+

Its really fun and blessed to have a baby, a new comer, a new face in the family. I admit it. At the moment I saw my baby's face for the first time after I delivered him I almost drop into tears. To see his decent face is really a relieve for me.

Tapi, selepas beberapa hari yang perlu saya harungi, termasuk siri tak dapat tido malam sebab dia bangun nak menyusu and also sudah pandai cari akal nak ajak main2, kadang2 buat saya rasa fed up. Yes, call me selfish or bodo punya emak, I don't care. The main thing is The Bonding between me and the baby.

Seriously, masa saya pregnantkan Aimar saya tak pernah mewujudkan bonding itu. Saya tahu ada makhluk kecil di dalam perut saya yang setiap hari menggeletek dan berakrobat di dalam perut saya tapi saya tidak pernah mewujudkan bonding itu. Maksud saya, saya tidak pernah mengadakan sesi dialog dengan makhluk kecil di dalam perut atau cakap2 sambil panggil nama atau apa saja. Bagi saya aktiviti seperti itu adalah bullshit dan buang masa.

But when the time comes, saya rasa macam...kenapalah my son ni susah sangat nak dengar cakap saya? Kadang2 saya rasa macam takde connection dengan dia. Kadang2 saya rasa dia macam orang asing. That's why bila dia bangun malam nak menyusu saya akan marah2 and minta dia tido and tidak menganggu tido saya. How I wish all that to happen, tapi dia hanyalah seorang baby dan dia tetap akan kekal dengan tindak balas refleksinya. The problem is me, I have to create the bonding.

However, alhamdulillah, after 16 days with me slowly I can feel the bonding became tighter and tighter. I know he is my son and what ever it is he will choose me to comfort him. That's why masa dia demam and saya letak dia tido dalam dia punya cot dia asyik meragam saja. Tapi bila dia dah ok and started to sleep with me again dia tak meragam banyak sangat pada waktu malam. I have to work hard to make the bonding even tighter. He is my son. He came out from my womb. I had carried him for last 9 months. He is the proof of the meaning of true love between my husband and I.

Adakah simptom ini normal for first time mommies? Ada confinement-blues kah?

By the way, tomorrow my husband will be back from Korea so our small family will unite back. Yeayy...can't wait to see my daddy boo again.

And specially for my husband...Happy Father's Day, sayang. U're so lucky sebab sempat sambut father's day dengan anak di sisi. Hope that you will be the best father for our little bundle of joy.


June 18, 2009

+*+*~Cranky Aimar Got A Fever~*+*+

Kesian Aimar, tiba-tiba badan dia panas pulak. Patutla sepanjang malam asyik meragam je sampai tak lena tidur saya dibuatnya. Bukan saya saja, bahkan maktuknya pun tak lena tido sama.

Aimar minum susu banyak-banyak pastu tido ye sayang. Biar cepat baik demam tu.


By the way,suami saya telah selamat sampai ke bumi Korea. Malam tadi ber-Skype call dengan dia. Lega hati bila dia dah selamat sampai di sana. So hari ni dia akan menghadiri World Team training jam 3 pm (waktu Korea) dan malam ni ada konsert. Huh..saya sungguh dengki! Takpe tahun depan ada lagi.
Yang penting Aimar dah tak cranky sebab demam dia dia dah beransur pulih and mama dia dah tak cranky sebab dah dapat cakap dengan babah Aimar. :)


June 17, 2009

+*+*~Am Gonna Miss Him~*+*+

Suami saya yang tersayang akan berangkat ke Korea malam ini untuk menghadiri Herbalife Asia Pacific Extravaganza. Dia akan berada di sana sehingga hari Isnin. Flight pulang ke Malaysia adalah petang Isnin nanti.

Am gonna miss him so much. Haihh...saya yang gatal hantar dia pegi sana bila sampai masa saya yang lebih-lebih emo. Drama sungguh....


June 16, 2009

+*+*~My Confinement~*+*+

Kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin pasti akan melalui tempoh berpantang, begitu juga saya. Kebanyakan ibu tidak sabar menantikan tempoh berpantang habis kerana dalam tempoh berpantang semuanya dicatu. Alhamdulillah, bagi saya, saya sangat enjoy dengan tempoh berpantang saya. Berpantang maksudnya lebih masa rehat sebelum saya mengerah tenaga semula selepas ini.


Dalam tempoh berpantang ini, saya masih mengamalkan Herbalife Shakes setiap pagi, bahkan saya mengambil shake setiap petang dan malam sebelum tidur. Ini adalah kerana baby makin kuat menyusu jadi untuk memastikan bekalan susu yang mencukupi saya perlu mengambil ekstra kalori. Saya catatkan di sini rutin meal plan saya setiap hari.


Pagi


1/2 jam sebelum mengambil sarapan saya akan makan pil Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi. Ini adalah untuk memastikan badan saya mendapat rawatan daripada dalam.

Saya beli set Amme Complete sebagai confinement set saya.
Gambar daripada Google.

Selepas itu saya akan mengambil Herbalife Shake sebagai sarapan pagi saya. Saya campurkan 2 scoop F1 dengan 2 scoop Quaker Oats dan air masak.

Delicious F1 Shake + Quaker Oats as my complete daily nutrition supply.
Picture from here.
Selepas selesai mandi dan menggunakan Tummy Tone dan Body Tone daripada set Amme Complete serta berbengkung, saya akan makan 3-4 keping roti dan Kopi Herba Folia 4 in 1 daripada Sendayu Tinggi. Saya mengamalkan "mandi daun" pada waktu pagi dan dengan cara ini saya dapat mengurangkan angin dalam badan dan mengembalikan kesegaran badan. Dan ya, saya mengamalkan berbengkung supaya perut saya dapat diflatkan semula.



Tengah hari



Waktu makan tengah hari biasanya saya akan makan nasi dengan lauk yang dimasak oleh emak saya. Biasanya lauk saya adalah ikan yang dikukus atau dibakar. Kemudian saya akan meminum Pati Herba Amme 60 Days daripada Sendayu Tinggi.




Pati Herba Amme 60 Days - saya ambil sebagai minuman selepas makan.
Gambar daripada Google.

Selepas makan saya akan makan vitamin range daripada Herbalife iaitu:-




Tripple berry complex.
Gambar daripada sini.





Formula 2 Multivitamin Complex.
Gambar daripada sini.




Cell-U-Loss - Thermojetic Dietary Supplement.
Gambar daripada sini.


Herbalifeline.
Gambar daripada sini.


Sebenarnya vitamin range daripada Herbalife ini tidak boleh didapati daripada Herbalife Malaysia. Tetapi rakan saya yang baik hati iaitu Jeffrey & Connie telah menghadiahkan set vitamin ini kepada saya untuk saya gunakan sepanjang waktu berpantang saya. Apa yang saya tahu secara keseluruhannya vitamin-vitamin Herbalife ini membantu saya merawat semula sel-sel saya dan seterusnya membantu saya dalam proses menurunkan berat badan saya.


Petang/Malam


Saya akan mengambil F1 shake sekali lagi pada waktu minum petang. Waktu makan malam saya akan makan nasi dan lauk disusuli dengan Pati Herba Amme 60 Days. Dan sebelum tidur saya akan mengambil sekali lagi Herbalife Shake.

Observation

Alhamdulillah, dengan halthy meal plan yang saya ikuti sekarang ini saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 9kg selepas 10 hari berpantang!! Dan tiada allergy yang berlaku pada saya mahupun bayi saya bahkan bayi saya semakin sihat dan semakin bijak pula. Bayangkan dalam usia 12 hari bayi saya mampu bermain dengan jari-jemarinya, sudah pandai memegang jari-jari saya dan telah mampu mengangkat kepalanya sendiri.

Enough on my confinement meal plan. Sekarang ni nak persiapkan barang untuk Husband saya, dia akan ke Korea esok. Am gonna miss him so much...sobs.

June 14, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up - Part II~*+*+

Malam Aimar dilahirkan dia menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Puas saya kejutkan dia supaya dia mula menyusu tapi tidak diendahkan. Bila saya acukan susu dimulutnya responsnya hanyalah senyum dan tidur. Saya tak boleh tidur malam tu sebab ubat bius telah hilang jadi sakit berdenyut-denyut pada bekas jahitan.


Keesokan harinya saya masih puas memujuk Aimar untuk menyusu tapi dia tetap enggan. Apalah yang saya tahu masa tu sedangkan ini adalah anak pertama saya. Jam 8.30 pagi doktor membuat pemeriksaan di wad dan apabila doktor memeriksa Aimar saya dimaklumkan yang Aimar menghidapi jaundice. Jadi pemeriksaan darah perlu dibuat dan sekiranya sah dia perlu ditahan di wad.


Waktu lawatan tengah hari husband dan emak saya hanya hadir sekejap sahaja kerana mereka ada kerja di Shah Alam. Alangkah terperanjatnya husband saya bila dia melihat Aimar telah diletakkan di bawah ultra violet light. Saya lihat mukanya berubah melihat keadaan anak kami. "Kenapa ni", itu saja yang mampu ditanya. "Budak kena kuning lah bang. Tak boleh balik lagi hari ni sebab dia kena observation".


Petang itu, Aimar dipindahkan ke wad SCN (Special Care for New Born) dan bermulalah detik-detik mencabar saya bersama dia. Ini adalah kerana dalam unit ini hanya ibu dan bapa baby sahaja yang dibenarkan masuk. Ahli keluarga lain tidak dibenarkan masuk langsung.


3 hari bersama Aimar di wad ini benar-benar mencabar kesabaran saya. Dengan melayan kerenah Aimar yang tidak mahu tidur di bawah ultra violet light dan pada masa yang sama saya perlu educate dia untuk menyusu sedangkan saya sendiri tiada pengalaman. Dengan kepenatan dan kesakitan lepas bersalin yang belum lega lagi. Kalau ikutkan hati saya memang dah lama saya give up!! Tapi setiap kali saya melihat wajah Aimar yang tenang ketika dia tidur dan sewaktu dia menyusu terdetik di hati saya, saya mesti kuat sebab bayi ini terlalu kuat berjuang untuk melawan penyakitnya. Kalau saya sakit, dia lebih sakit lagi sebab dia perlu duduk di bawah ultra violet light yang sangat panas dan pada masa yang sama kuman jaundice sedang menghurung darahnya. Mungkin dia tak mampu nak beritahu saya betapa sakitnya dia tapi saya yakin dia sangat kuat melawan penyakitnya.







Walau bagaimanapun saya bersyukur dianugerahkan dengan suami yang banyak memberi moral support kepada saya. Dengan kekuatan suami dan baby saya dapat menempuh 3 hari yang sukar itu dengan jayanya. Alhamdulillah pada hari Isnin, 8 Jun 2009 kami dibenarkan pulang ke rumah.

Saya amat menghargai segala bantuan dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff2 hospital Kajang. Dan saya berdoa agar baby akan terus sihat dan saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang terbaik untuk suami saya dan ibu yang terbaik bagi anak saya.

Insya Allah....

June 12, 2009

+*+*~The Day I Almost Gave Up~*+*+

It started with the labor sign on Tuesday's night, 2nd June 2009. By that time, my mood swings, I don't know how am gonna face it. Saya belum bersedia. Macam2 benda bermain di fikiran saya. Sakitkah? Kena jahit kah? Kena potongkah? Saya tak dapat nak bayangkan sakitnya nanti macam mana dan terdayakah saya menanggung kesakitan itu nanti?

Macam mana pun saya perlu hadapi semua tu. Malam itu rahim saya sakit tidak berhenti-henti. Suami di sebelah bukan main lagi lena tidurnya. Puas saya gerakkan dia dengan harapan dia akan melayan sakit saya, tapi hampa. Dia tetap asyik dibuai mimpinya. Tapi terlintas di fikiran saya, ni baru sikit sakitnya, nanti kalau dah sampai masa mesti lebih sakit lagi dan masa tu pasti saya keseorangan. Maklumlah saya dah buat keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan.

Keesokan paginya, pagi Rabu 3 Jun 2009, saya beritahu pada ibu saya yang saya hendak ke hospital. Tanda lendir yang keluar malam tadi dah bertukar kepada warna coklat, silap hari bulan boleh turun darah. Saya kejutkan suami dan kedua-dua mereka mengiringi saya ke hospital. Sampai saja di hospital, terus kami menuju ke wad bersalin. Doktor buat pemeriksaan bukaan servik saya - baru 1 cm kata doktor. Jadi saya perlu ditahan di hospital. Seharianlah saya menanggung kesakitan di hospital, tanpa suami di sisi tetapi dikelilingi oleh ibu-ibu mengandung lain yang sama-sama sedang menanggung kesakitan. Malam itu saya tak boleh tidur kerana kesakitan makin kerap berulang-ulang! Sepanjang malam saya berbalas sms dengan suami saya. Kesian dia, tak lena tidur sebab melayan kesakitan isterinya dari jauh.

Esok paginya, pagi 4 Jun 2009 saya pergi berjumpa dengan jururawat bertugas dan saya beritahu sakit saya makin kerap. Setiap 5 minit sakit itu mesti datang. Jam 8 pagi doktor bertugas pun membuat pemeriksaan dan saya diarahkan untuk masuk ke bilik rawatan. Doktor arahkan saya berbaring di atas katil dan tanpa sepatah perkataan doktor terus menyeluk di bawah sana untuk memriksa bukaan servik saya. Ya Allah, kasarnya perlakuan doktor itu, seumpama mangsa rogol saya jadinya. Pada ketika itu bukaan servik saya telah mencapai 3cm dan doktor mengarahkan saya dihantar ke labor room.

Sesampai di labor room jam 9 pagi, saya ditempatkan di labor room nombor 1. Saya diarahkan untuk membuka kain yang saya pakai dan berbaring di atas katil labor. Masa tu jantung saya berdebar Tuhan saja yang tahu. Walaupun saya dah diarahkan berbaring atas katil labor, diri saya masih belum bersedia. Minda saya tak dapat bayangkan betapa sakitnya sakit bersalin itu.

Doktor pun menjalankan prosedurnya. Tekanan darah saya diambil dan bacaan jantung saya dan bayi diambil. Kemudian sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan kali ini doktor menjerit "Aik...pelik, ni water bed dah takde. Ni rambut ni". Datang pula midwife memeriksa bukaan dan "Dik...bila air ketuban U pecah dik??".

Disebabkan air ketuban saya telah pecah, dan saya tak menyedari perkara itu berlaku, doktor mengarahkan untuk membuat internal ECG detection. Ya Allah, masa doktor cuba masukkan wayar melalui servik saya, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Saya tak sangka begini punya susah nak bersalin rupanya! Sudahlah internal wire dimasukkan melalui servik, saya diberi pula oksigen tambahan kerana menurut doktor saya kekurangan oksigen oleh sebab itu baby saya tidak bergerak aktif. Itu belum kira drip dan external ECG lagi! Bak kata trainee...wah, patient ni penuh dengan wire! Masa tu saya terfikir, kalaulah suami saya dibenarkan meneman saya dalam labor room, sanggupkah dia melihat keadaan saya ketika itu?

Jam 12 tengah hari doktor datang semula untuk memeriksa bukaan servik saya. "Hmm...bukaan masih 3 cm" kata doktor. "Tapi gerakan baby makin perlahan". Dan ketika itu internal wire tersebut tercabut dan perlu dimasukkan semula. Ya Allah sakitnya sampai saya minta pada doktor "Tak boleh ke cuba detect dari luar saja doktor? Sakit lah doktor". "Tak boleh kak, air ketuban akak dah takde, kalau kita tak buat macam ni kita takut jadi apa-apa pada baby". Pada ketika itu bayangkan, dengan sakit dicucuk sana sininya, dengan sakit contractionnya. Saya rasa saya dah hampir give up dengan proses kelahiran ni.

Jam 2 petang, sekali lagi doktor memeriksa bukaan servik saya dan didapati bukaan tetap 3cm. "Kalau tetap macam ni rasanya kita kena buat c-sect prosedur sebab baby movement patent pun dah tak cantik". Ya Allah...aku nak kena ceasar? Tak naklah...kalau c-sect aku tak boleh pakai bengkung (sempat lagi). Shif pagi bertukar ke shif petang. Staff nurse shif petang pun advice doktor untuk increasekan ubat (yang saya pun tak ingat namanya, yang penting bukan epidural). Mula-mula 6 dos, kemudian increase ke 12, dan kemudian maksimum 24 dos. Pada ketika itu staff nurse dah berikan saya laughing gas "Kalau sakit tekan dan sedut gas ni dik. Nanti U akan rasa kurang sikit sakit tu".

Tak lama lepas tu sakit contraction makin menjadi-jadi. Saya sedut laughing gas tu macam orang gila dan bila saya rasa macam lalok saya releasekan gas tu. Sampai satu tahap saya dah tak boleh tahan lagi. Merayu-rayu saya pada nurse "Tolonglah nurse, cepatlah...saya rasa nak terberak sangat ni". Kalau dikenangkan semula memang rasa nak tergelak pun ada sebab ada ke patut orang nak beranak tapi merayu pada nurse suruh cepat sebab nak terberak. Nurse trainee yang duduk kat sebelah saya cuba tenangkan saya "Sabar kak, kalau sakit tarik nafas, jangan teran kak". Dalam masa yang sama, doktor memeriksa semula bukaan saya dan didapati bukaan dah mencapai 7 cm.

Makin lama, sakit contraction makin tak terkawal rasanya. Masa tu saya rasa macam nak menjerit, memang saya rasa macam dah give up sangat. Saya rasa macam nak jerit kat nurse tu "Dahla, saya dah cukup sakit ni boleh tak berhentikan ubat ni dan bagi saya balik? Kalau saya tau sakit macam ni, tak beranak pun takpelah". Tapi, saya tak mampu nak cakap macam tu, apa yang saya boleh cakap "Nurse, sakit sangat nurse, saya tak boleh tahan dah ni". Kata nurse "Kalau tak tahan sangat, kenapa awak tak minta kat doktor pakar buat ceasar je tadi dik". Masa tu rasa nak lempang sikit nurse tu pun ada. Dahlah saya tengah sakit, manalah saya nak sedar doktor pakar ke siapa ke yang masuk kat labor room tu. So, sebagai balasannya, instead of masa sakit saya tarik nafas, saya teran je dengan harapan sakit tu akan berkurangan.

Disebabkan teranan saya main menjadi-jadi, akhirnya nurse surrender dan dia terus check opening servik saya. Terus dia menjerit "Dik, awak nak beranak dah ni dik!! Cepat-cepat, biar saya selesaiakn, doktor takde pergi makan". Kelam kabut juga jadinya dalam labor room tu.

Tau-tau nurse tarik laughing gas daripada tangan saya dan arahkan saya buka kaki sebesar mungkin. Kemudian dia arahkan saya pegang peha saya, angkat sikit kepala dan push. Struggle jugalah saya push masa tu. Dan masa yang sama, macam-macam bunyi saya dengar. "Haa...pandai dik, macam tu dik, betul tu dik!" "Alamak!! Tangan aku tersepit" "Alamak!! Tersangkut kat ketiak pulak". Kecoh sungguh! Dah lah tengah sakit, ada hati juga nak gelak sebab macam-macam bunyi yang saya dengar. Tapi, bila baby dah keluar je, saya rasa macam lega sangat dan yang saya ingat masa tu saya nak tau apa jantina baby saya dan saya mahu tidur.

Dan inilah hasilnya....






Mukhlis Aimar bin Mohd Najib
DOB: 4th June 2009@5:44pm
Weight: 2.5 kg
Length: 47cm

Bila baby diserahkan pada saya untuk dibawa ke wad, saya hampir menitiskan air mata melihat wajah tenangnya. Tapi kisah ini tak habis di sini, saya akan sambung lagi kerana ada 3 hari lagi cerita di hospital sebelum kami dibenarkan pulang ke rumah.

June 09, 2009

+*+*~Kisahnya...~*+*+

Dekat seminggu saya menyepikan diri daripada dunia blogging. Bukanlah bermaksud saya tidak mahu berblog lagi jauh sekali menutup blog ini atau mem-privatekan ia.

Macan kisah nilah, biar saya ceritakan kisahnya secara ringkas. Last entry kan saya ceritakan kisah saya belum beli confinement set lagi sedangkan hari due date dah semakin hampir. Atau dalam erti kata lain, bila-bila masa sahaja saya boleh bersalin.

So, hari tu saya keluar dengan husband saya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli Ammie 60 Days daripada Sendayu Tinggi. Selesai urusan di KL kami terus ke The Mines sebab hari-hari saya berzikir kat husband saya teringin nak makan sandwich Subway. Puas jugalah hati dapat makan sanwich yang 1 foot long. Yang lagi best husband saya makan sikit je, saya yang makan tak hengat dunia.

Lepas makan2 kami pergi ke Giant pula untuk membelikan ration untuk husband saya bawa ke Korea. Lepas tu sempat lagi singgah kat snack booth sebab tiba-tiba tekak saya teringin nak makan asam. After that terus balik ke rumah sebab malam tu saya kena pergi ke HBL office sebab emak saya ada bawa guest ke sana. Habis discussion and everything around 11 pm.

Sampai rumah, relaks2 tengok TV. Buka channel HBO ada cerita Batman Return so bersungguh-sungguh saya melayan cerita tu. Towards the end of the movie, tiba-tiba saya rasa macam ada sesuatu yang besar keluar daripada bawah sana, tapi saya tak lah berlari pergi check ke apa. Saya boleh layan cerita Batman sampai habis dulu. Then dah habis cerita saya pun naik ke bilik saya sebab mata dah mengantuk, badan dah penat so saya nak tido. Bila saya buka panties sunddenly...aaaa...ada lendir...banyak pulak tu!!

So, saya pun berlari turun bagitau pada emak saya. Siap tunjuk panties kat dia lagi just to confirm lendir tu labor sign ke. Emak saya kata macam ye je, tapi taklah saya menggelabah terus rushing ke hospital. Boleh relaks dulu and tunggu apa akan terjadi. Tapi serious malam tu saya tak boleh tido. Dah start rasa berdenyut-denyut kat rahim saya.

So, disebabkan sakit berdenuyt-denyut malam tu, saya decide untuk pergi ke hospital pagi tu. Manalah tau kalau tunggu-tunggu lagi lain pulak ceritanya. Sampai kat hospital, terus saya ke wad bersalin and doktor check opening....baru 1 cm kata doktor so dia decide untuk admit. So, melepaklah saya kat hospital sepanjang hari tu menahan sakit.

Dipendekkan cerita, sakit saya makin menjadi-jadi pagi 4 Jun 2009...so terus kena tolak ke labor room sebab pagi tu bila check opening dah 3 cm. Jam 9 pagi saya masuk ke labor, jam 5.44 petang saya selamat melahirkan bayi kami yang pertama. And the baby is a BOY!

Pengalaman labor saya biarlah saya cerita di lain version sebab saya tak dapat balik terus ke rumah lepas delivery. Baby kena tahan kat intensive care unit sebab jaundice. So, will tell the story later.

Now, gimme a chance to have my rest first.

June 01, 2009

+*+*~If It Will Be Tomorrow...~*+*+

Perut saya dah mula rasa berat di lower abdomen, as if baby dah turun betul di bawah sana. Risau juga kot lah tetiba ter-delivery esok ke...manalah tau kan. Saya asyik provoke husband, kalau our baby arrives at 3rd June, birthday dia memang cantiklah..3rd June 2009 - 3-6-9. But there are few things that need to be arranged first before arrival of your highness.

So, baby, hope that you can wait for few more days. Mama got few things to be arranged before mama can lay in bed and focus all the time for you. Remember, mama still have another "big baby" to take care of.

Just a reminder for myself:-

1. Confinement set tak beli lagi. Sungguh teruk orang ini, selalu menepikan keperluan diri sendiri sebab dok sibuk nak settlekan hal orang lain.

2. Saya masih belum siapkan barang-barang untuk husband's trip to Korea. Ada few things yang nak kena beli i.e his ration - I've been informed that its so difficult to find halal restaurant in Korea, so saya tak nak lah bila balik dari Korea nanti suami saya terus menjadi terlalu hensem seperti Brad Pitt disebabkan tidak cukup makan di Korea. Bekalan F1 shake of course dia akan bawa bersama, tapi cukupkah daily calory need-nya kalau hanya minum shake sahaja? Apa yang saya tau our trip leader akan preparekan lunch box which is consist of sandwiches yang persoalannya sekali lagi ialah...cukupkah?

3. Dan saya tak pack anything lagi for him. Nak kena buat list dululah in order to make sure everything ready. His ticket, passport...etc.etc. Macam nilah bila husband travel sorang-sorang, kalau saya ada sama tak lah risau sangat kan.

4. Nak kena buat roaming untuk his handphone. Am not sure whether now the operator allow roaming calls automatically ke macam mana. Kalau Hotlink tu memang saya surelah.

5. Nak kena download Skype kat laptop saya or else husband tidak akan tidur lena di Korea sebab rindukan isterinya babynya.

I think tu jelah kot benda yang tak settle lagi. Kan saya pernah bagitau sebelum ni, there are 2 major events in June that are the arrival of our baby and my husband's trip to Korea for Herbalife Asia Pacific Extravaganza. Hope that I can arrange everything and make sure everything smoothly run according to plan. And hope that baby will give co-operation too.

And one more thing, kalau nak tau actually until now kami belum decide lagi baby's name. And sampai sekarang am still don't know the baby gender, whether boy or girl. Because this baby is our first one, so we really want to keep it as a surprise for us. Tapi tulah, in 1 week time the registration process need to be completed, or else baby saya tidak bernama sampai ayahnya pulang dari Korea nanti...haih.. Am not against the technology, just that we're trying to back to basic. Even check-up routine pun buat kat klinik kerajaan je...or specifically kat klinik desa sahaja which is memang banyak kekurangan and no scanning service.

Am praying hard to God that everything will smoothly run...amen.

+*+*~10 Days To Go!!~*+*+

Hari ini sudah 1 Jun 2009, bermakna lagi 10 hari saya akan sampai ke due date saya. Oppss..silap, bukan due date saya, tapi due date baby. So, how are you doing baby...still enjoying the comfy warmth in mama's womb??

Pagi tadi as usual saya kena "melapor diri" ke klinik untuk mengambil bacaan BP. Nak buat macam mana kan, dah hujung-hujung ni BP saya stay kat 130/80 dan tak mahu turun-turun lagi. Actually it is normal for preggers, cuma kena closely monitor takut BP suddenly shoot up. However, seems like I'm free from that preeclampsia syndrome - no swelling, no albumine detected in urine, no headache and the heart burn is reducing from day to day. Waktu pegi klinik, Misi Shabila yang memang selalu buat check up for me suddenly tegur..."Ni apesal kembang sangat ni? Hari tu datang tak lah kembang macam ni. (Notes: I just had my last check up on last Thursday)". Apakah misi ini tidak menyedari yang saya hanya ada 10 hari lagi sebelum sampai ke due date, so logiklah kalau saya start mengembang sekarang kan?

And yesterday, I managed to go to Malacca. Bila SIL and MIL dengar yang my EDD is less than 2 weeks, masing-masing dah bising...still boleh jalan jauh-jauh lagi? Beg hospital ready tak kat dalam kereta? For your info, yesterday I went there without bringing along my hospital bag, I just brought along my red card je. Bukanlah nak berlagak, but I just feel like the time still not come, so..relax2 je lah kan. And yesterday is makan-makan-makan session. Dahlah belasah-makan-tak-ingat kat rumah SIL, lepas tu pegi visit rumah my kawan MIL to share about Herbalife products and suddenly dia jamu pula dengan makanan kat rumah dia pula. As a result, hari ni I gain another kg after my last check up....chistt..

Nevermind, another 10 days to go, I don't think I will gain more within these days, habis busuk pun another 1-1.5 kg to go. Tak lah saya jadi besar rumah kan. And after that...my shaping-up progress will start...yippiee...can't wait! :)