Pagi tadi saya berjaya membangunkan diri seawal 7.30am. Sungguh semangat untuk memulakan hari Isnin dengan langkah yang sangat bergaya. Tapi sebenarnya bangun sebab "alarm clock" saya sudah bangun, habis diramas dan ditepuknya muka mama dia suruh bangun sama. So, bergumpal seguling-dua dengan dia pas tu terus hantar dia kat baby sitter dia kat bawah. Konon-kononnya, saya nak mandi dan terus bersiap-siap dengan langkah bergaya keluar bekerja.
Tiba-tiba....baby sitter menjerit "Mama, rasanya Aimar ni dah kena!!"
Flashback kisah 2 minggu lepas. Si Labu (my youngest brother) telah dikuarantin kerana membawa virus chicken pox. Tapi masa early stage lupa nak kuarantin dengan begitu ketat oleh itu kuman jahat itu telah menular dengan gembira di persekitaran ruang tamu kami.
Datang pula Dr Nazri, dia ingatkan kami yang virus chicken pox ni boleh menjangkiti sesiapa pun dalam radius 5 meter...ke kilometer, tak ingat pula saya. Tapi memandangkan kami semua dah pernah dijangkiti, jadi tak heran sangatlah. Terlupa pula ada satu makhluk baru yang belum kena campak lagi.
Balik semula ke hari Isnin...
Haiya...Aimar sudah kena la!! Habis hilang hensem anak teruna saya, sudahlah botak, kena campak pula...!! Hey kuman jahat, cepat pergi tinggalkan anak saya, kalau tak..siaplah kamu dengan isteri aku...(haha mama mereng sebab anak tak sihat). :(
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
January 11, 2010
+*+*~Peristiwa Di Pagi Isnin~*+*+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment