THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


August 31, 2009

+*+*~Merdeka!!~*+*+

Sudah tahun ke 52 Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara. Hari2 cuti begini saya manfaatkan untuk keluar bersama keluarga kecil saya menuju ke KLCC. Tujuan utama -mahu ke Menara Maxis untuk selesaikan overdue bill, kalau tak saya tak dapat buat kerjalah jawabnya. Singgah sekejap di Toys 'R Us, melayan si kecil kalau2 dia nak toys baru dan akhirnya terjebak. Nasib baik perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh suami saya :P.

Sambil memilih mainan baru yang dikehendaki oleh si kecil ( melampau bukan, bayi yang baru nak masuk 3 bulan sudah pandai memilih mainan), suami saya bersembang dengan sales assistant yang tiba2 datang meng-offer membership card kepada saya. SA itu bercerita yang malam tadi siapa yang datang ke KLCC semuanya dihalau oleh FRU kerana tiada apa2 sambutan yang dibenarkan di sekitar KL. Lebih menyedihkan, SA tersebut sampai ke rumah jam 5 pagi disebabkan dia tersekat dalam road block di sekitar KL. Ohh..tidak kutahu banyak road block di sekitar KL malam tadi sebab saya hanya menghabiskan masa di rumah dan melayan cerita Iron Man dan 1957- Hati Malaya.

Dalam kita galak menyambut kemerdekaan ini, terlintas di fikiran saya, merdekakah kita? Adakah selepas 52 tahun negara kita merdeka kita benar2 dapat mengecapi erti kemerdekaan itu? Adakah kita hanya merdeka dari segi zahirnya sedangkan mental dan rohani kita tidak merdeka? Adakah kita benar2 faham erti kemerdekaan. Yang penting, the damage is already done, kitalah yang perlu mengembalikan kegemilangan kemerdekaan itu kepada generasi akan datang.

Haih...lagi 10 hari kami akan bertolak ke Taiwan. Hopefully kami dapat bersedia mental dan fizikal untuk pergi ke sana. Dengan keadaan H1N1 yang semakin tidak terkawal dan saya perlu membawa baby Aimar bersama, saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar kami semua selamat peri dan selamat kembali. Seminggu selepas pulang ke tanah air, hari raya akan menjelang. Nampak gaya last minute preparation lah tahun ni. Lagi satu persoalan...rayakah? Sudah bersediakah untuk beraya?

Huish...lamanya puasa. Dah tak sabar nak berbuka. Tapi nak berbuka dengan apa ya?

August 24, 2009

+*+*~Diary Ramadhan - Part I ~*+*+

Hoih...tiba-tiba ada mood nak update. Sungguh pelik. Bulan2 Ramadhan ni tiba2 membuak2 keinginan nak merepek kat sini.

Actually, I would like to announce, dengan jayanya saya telah berjaya meng-launch-kan blog liku2 ke puncak saya di President's Team 2011 blog. Actually this blog was created since last week, tapi baru berjaya launch hari ni. Basically, I will write down my 90 days plan and my DMOs in this blog, supaya boleh menjadi tatapan bakal2 partner saya dan sebagai bukti yang saya bekerja keras untuk menjadi President's Team pada September 2011 nanti.

Ok, skarang ni saya nak cerita pasal puasa saya hari ini. Actually, hari Sabtu saya berbuka puasa di rumah kakak ipar saya di Melaka and semalam (Ahad) saya berbuka puasa pula di rumah kakak ipar saya di Rembau. Permulaan Ramadhan yang baik nampaknya, awal2 puasa lagi dah pegi berbuka di rumah ipar2 saya.

So, hari ni barulah merasa berbuka di rumah emak saya pula. (Notes: saya dengan rasminya telah berpindah dan tinggal permanently di rumah emak saya..hehe :P). So, menu hari ini emak saya telah memasak bihun sup dan jemput2 udang. Suami saya dan saya telah berjaya 'memasak' di pasar Ramadhan Taman Delima. Hari ni kami telah berjaya membeli tau foo fa, rojak paru yang ya rabbi mahal (cucur udang 2 keping, tempe 1, tahu 1, ayam seketul, paru berkeping-keping cost us RM 10..hoih...bia betul kau pakcik??), kuih tepung talam gula merah yang yummeh, kuih tepung talam berlauk yang agak kureng, kuih pau Malaysia yang murah gila (tebal nak mati tapi dijual dengan harga RM1 untuk 3 keping...manalah nak dapat sekarang ni), and also kuih tepung pelita yang menjadi menu wajib suami saya. And also we had my signature soya cincau gula merah and kordial mangga. Dan selepas menikmati makanan2 yang 'ala kadar' itu saya telah berjaya bertapa di meja makan dan membelasah buah dokong yang suami saya belikan di Kuala Sungai Baru semalam. Hoih...I cannot resist that dokong...sangat sedaplah!

Dan hari ni, baru saya sedar sejak ada anak ni banyak betul kerja yang tak settle. Dengan baby Aimar yang semakin demanding perhatian saya, and also babah Aimar yang juga demanding perhatian saya...susah juga nak jaga 2 lelaki dalam 1 masa ye. Masa tengah dodoikan Aimar tadi, tiba2 terpandang pula baju suami saya yang berlonggok2 tak gosok lagi. Haiya..banyaknya kerja. Dengan 90 days plan saya yang baru berlalu seminggu...woih tak boleh jadi ni. Kena susun jadual betul2, otherwise boleh pengsan saya jadinya.

Takpe, segala penyeksaan hanyalah sementara. Kerja kuat mesti boleh kaya cepat. Lepas tu nak buat apa pun boleh buat dengan senang hati. Saya teringin nak buat biskut raya macam dulu2, tapi bukan tahun ini atau tahun depanlah. Lepas jadi President Team 2011 nantilah baru boleh concerntrate kat other business pulak.

August 22, 2009

+*+*~Selamat Berpuasa!!~*+*+

Skarang ni memang tengah busy gila sampai nak update blog pun takde masa. (Actually lebih takde idea). Bukan setakat tu je, nak jadi Kak Nam menyibuk kat blog orang lain pun tak sempat juga. Aiya...19 days before going to Taiwan...urusan PTPTN tak selesai lagi ni...silap haribulan kena tahan kat imigresen kacau nih...

Hari ni kami akan pulang ke Melaka. Haiyoh...beg tak kemas lagi ni. Nasib baik tido semalam je, esok kami balik semula ke KL. Ni semua kes menjaga hati mentua. Kalau ikutkan hati saya, memang saya duduk kat sini sampai jadi kaya baru balik mengadap muka mentua. Tapi tak nak la pulak kena cop menantu derhaka.

By the way, Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa perubahan dalam hidup kita semua.

Ohh...menu wajib bulan Ramadhan tahun ini - tau foo fa (am so addicted to this soya desert) and also kuih talam gula merah (ni kes tak dapat makan this type of kuih yang meet my specification). Hoho...azam nak kurangkan more kilos pada bulan Ramadhan macam mana...belum apa2 dah sibuk cerita menu wajib buka puasa.


August 19, 2009

+*+*~Not Good...Not Good...~*+*+

Lately ni saya berasa sangat malas kesuntukan masa untuk mengupdate blog saya. Kadang2 saya pun hairan, adakah saya kesuntukan masa atau adakah saya memang dah mula ketumpulan idea untuk merepek di sini lagi.

Yang penting...thats not a good attitude. I should do something and keep jotting down my daily activity, barulah boleh dijadikan bahan untuk bergelak ketawa rujukan di masa depan.

August 17, 2009

+*+*~Another Lame Story~*+*+

Hampir berhabuk sudah blog ini saya tinggalkan. Busy sangat dengan kerja2 seharian. Terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari. Yang pentingnya, hidup bukanlah semudah A,B,C. Tapi sukar mana pun hidup kalau kita berkeinginan untuk berjaya dan menikmati hidup pasti Tuhan akan tunjukkan jalannya.

Sekarang ini saya sudah mula sibuk memajukan bisnes saya. Ya...bisnes Herbalife bukanlah bisnes kecil-kecilan. Peluang untuk bekerjasama dengan company yang sudah hampir 30 tahun dalam industri dan telah berupaya mencecah sales sehingga billion dolar US merupakan anugerah yang tak terhingga kepada saya. Jadi, kenapa saya perlu sia-siakan peluang yang telah dianugerahkan pada saya ini? Lambat atau cepat kejayaan dalam kerjasama ini sayalah sebagai playernya, sayalah yang akan menentukannya.

So, we will go back to basic. Walaupun buat kerja2 kasar yang pada pandangan degree holder macam saya adalah kerja yang lawya dan tak layak, tapi tak mengapa. Kenapa orang lain yang belajar takat sekolah rendah (even mental retarded) boleh berjaya bermula dengan kerja2 kasar yang degree holder taknak buat. Dengan kerja2 kasar tu, orang yang belajar takat sekolah rendah (even mental retarded) akhirnya berjaya mengecapi keseronokan hidup (read:enjoy life) tapi degree holder akhirnya merana sepanjang hidup (read: survive life). Jadi untuk mengubah keadaan ini saya sendiri perlu berubah! Dan kerja-kerja kasar tu pun bukanlah teruk mana pun :). Yang penting kita enjoy!

Macam mana pun, thousand of thanks to Pak Jose Rizal, International Millionaire Team Member from Indonesia. Disebabkan saya attend training dialah saya mula mendapat momentum untuk berubah! Kalau orang lain tak nak buat, no problem! Kita cari yang mahu saja :). Everything is just a numbers game, yang penting we need to search for the numbers and believe that between the numbers there will be an Ace!



August 11, 2009

+*+*~We've Been Together For 2 Years!!~*+*+

Last 2 years, di waktu2 begini, saya sedang berdebar2 menantikan suami saya selesai melepaskan aqad sebelum kami disahkan sebagai suami isteri oleh Pak Imam. Hari ini, diwaktu begini, saya baru selesai menidurkan extension kami yang pertama, baby Aimar.

Haih...tak sangka, kejap je masa berlalu. Segala pahit manis telah berjaya kami tempuhi bersama sepanjang bergelar suami-isteri sepanjang 2 tahun ini. Dan lebih membahagiakan lagi pada tahun kedua ini kami berupaya menyambut ulang tahun perkahwinan kami dengan anugerah dari Ilahi iaitu putera sulung kami. Syukur Alhamdulillah..!!

To my husband, thank you very much for being my best companion, thru better or worse moment. You're my friend, my love, my everything. And i thank you for all the moment we share together, eventhough I always been that difficult for you everytime you're in front of my eyes - when you release your "death gas", when you making noise while you're sleeping, when you make the lot-of-asking-joke that I cannot resist - but when you're far away from me I'll be the most cranky woman in the world! Thank you for all your love and support to me!

And to my little boy, you cherrish mama's and babah's life! Thank God we have you as our bundle of joy. Eventhough we know that we are lacking of everything - patience, wealth, time- but we're trying our best to be the best parent for you. Just stay patience with us and we promise you that the best moment will come soon, sayang.

And no luxury celebration for us. Cukuplah kita raikan dengan tau foo fa, ayam rangka dan char kuey tiow yang dibeli di pasar malam di atas sana. Alhamdulillah....

August 07, 2009

+*+*~Its Raining Cats & Dogs And I Wish...~*+*+

I'm in Milan now and shopping like no one business.

Oh..sangat ridiculous angan2 itu. Meh kita lempang diri sendiri sampai pengsan..muahaha.

Actually its raining cats and dogs outside and my baby and my husband is travelling soundly to their lala land. Saya yang mengantuk tapi mata degil tanak lelap sebab asyik sibuk berangan nak pegi shopping kat Milan sambil pakai coat, highheels, scarve macam minah rusia and over sized sunglass. Oh ye, ada glove juga di kedua belah tangan saya sebab its winter. Gila la...berangan tanak kalah. Siap detail gila angan2ku itu.

Ni semua akibat request saya nak pegi IKEA pada husband tidak dilayan sama sekali..haih...

However, next month we're confirmed going to Taiwan. So, bulan ni memang kena keje keras sangat sebab nak cari extra money for training ticket, flight ticket and the accommodation too (yang telah diadvancekan oleh emak saya, thank you mama..I love u so mucho!!). But before that, peringatan kepada sesiapa yang mengambil loan PTPTN dan telah tidak melangsaikan hutang anda dalam jangka masa yang agak lama (macam saya), sila check dengan PTPTN status anda sebelum anda pergi ke luar negara or else mungkin anda akan menghadapi masalah besar di air port sebab sekarang tindakan undang2 PTPTN melibatkan pihak imigresen..huhu.

And sebelum tu, I need to make Aimar's passport first and baru saya tau skarang ni infant juga perlu ada passport dia sendiri. As what told by my mum, dulu infant punya passport tumpang kat emak dia punya passport tapi tidak lagi skarang and cost dia ialah RM150 bagi passport 60 muka. So, sekarang ni saya terfikir, macam mana nak amik gambar Aimar ye. Musti muka dia gila tak boleh blah kan..ngehee :P

Also, promosi Healthy Sahur for coming Ramadhan. Healthy nutrition which ensure that you will have tremendous energy eventhough you're fasting all day long. So, sape yang berminat boleh email saya ye dan email saya seperti di sebelah.

August 05, 2009

+*+*~Mukhlis Aimar Is 2 Months Old!!~*+*+

Alhamdulillah...setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan bergelar "ibu" ini akhirnya putera sulung saya, Mukhlis Aimar telah berusia 2 bulan semalam.

So, semalam was his check-up visit day. And semalam dia menerima suntikan 5 in 1 nya (which I forgot what is it all about, yang saya ingat suntikan untuk saluran pernafasan, polio, kejang badan, otak and...ntah lupa pula untuk apa 1 lagi tu). Dan suntikan kali ni menyebabkan dia demam!

Actually balik je dari clinic visit, midwife dah pesan suruh bagi ubat demam yang dibekalkan pada Aimar. But being Aimar yang baru 2 bulan tapi dah tau apa itu erti "tak sedap" dia telah meluahkan semua ubat yang saya suapkan pada dia. Tambahan pula semalam saya terpaksa menghabiskan masa seharian di HBL office so tak dapatlah Aimar rehat secukupnya. Akibatnya hari ni saya terpaksalah mengadap dia seharian pula.

However, alhamdulillah...Aimar berjaya mencapai umur 2 bulan dengan jayanya. Few updates on him:-

1. Dah pandai bezakan rasa sedap dan tak sedap. F1 shake yang dicampurkan dengan air masak saja adalah tidak sedap oleh itu jangan harap dia nak minum kalau disumbatkan dalam mulutnya, dan air masak juga adalah tidak sedap walaupun dah dicampur dengan Herbal Aloe Herbalife dan ubat demam juga adalah tidak sedap. Tapi kalau ambil honeydew and letak kat mulut dia, dia akan mula jilat like no tomorrow.

2. Sekarang dah mula alert and belajar recognize muka orang. Bila dia nampak muka baru dia akan stare2 lama2 sebelum dia start jadi friendly.

3. Sangat friendly especially dengan warga2 emas. Kalau warga2 emas ni pegang dia mulalah dia cooing & squecking ajak bersembang.

4. Dah mula dapat bezakan malam dan siang. So, waktu siang dia akan tido kejap2 je sebab sibuk nak main and malam dia akan tido all night long. Cuma bangun sekali sekala sebab nak menyusu saja.

5. Dan dia masih lagi exclusive breast feed by me. Mungkin looking forward untuk start bagi soy based milk to him.

6. However, walaupun exclusively berat badan dia bukan main lagi naik! Now his weight is 4.9kg and his height is 60cm!

Sekarang ni saya tengah gigih setup Aimar's Diary. Mungkin akan publish as soon as possible, so later!


+*+*~Let Me Learn How To Dreaming Again~*+*+

Lately ni saya mula rasa hambar...dalam segala-gala hal. Buat kerja pun dah kekurangan rasa excited, pegi meeting pun kurang rasa excited. Rasa hidup kurang ceria. so hari ni, memandangkan baby Aimar tak berapa sihat, I have to spend my whole day with him. So, sepanjang masa yang saya spend bersama dia buat saya terfikir...alangkah bahagianya menjadi bayi dan kanak2...hari2 hidup dipenuhi dengan "mimpi" (of coursela sebab baby & kanak2 kan perlu banyak tidur for their development..hihi :))

So, because of that thought make me start thinking...patutlah hidup saya mula terasa hambar. Sebenarnya, saya telah berhenti "bermimpi" dan telah mula lupa bagaimana hendak "bermimpi". Mimpi yang saya maksudkan kat sini bukanlah bererti angan2 kosong yang tidak ada ertinya itu seblaiknya "mimpi" yang saya maksudkan di sini adalah "impian". Bukankah masa kecik2 dulu hidup kita dipenuhi dengan "impian".

Beberapa faktor yang menyebabkan saya telah lupa bagaimana mahu bermimpi (mengikut pemerhatian saya):-

1. Faktor environment
2. Faktor stress
3. Perjalanan hidup yang menyebabkan saya lupa tentang mimpi2 saya
4. Pengaruh rakan sebaya yang banyak mempengaruhi hidup menyebabkan saya "lupa" pada mimpi saya

So, let me start my dream again. Kali ini bukanlah angan2 kosong atau bermimpi menjadi puteri yang ada fairy god mother yang akan datang setiap kali masalah datang menimpanya. Tapi kali ini biarlah saya designkan semula mimpi2 saya kerana sekarang saya mula mengerti hakikat hidup yang berdasarkan "design" bukan pasrah saja mengikut aliran yang ditetapkan. Ada sebab mengapa Tuhan menjadikan sesuatu peristiwa itu menimpa kita...mungkin sebagai satu ujian yang mahukan kita belajar apa itu erti kehidupan..atau sebagai satu peringatan supaya kita tidak lupa tujuan asal kita diciptakan.

Let me start it all over again and let me design my dream again :)