THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


October 16, 2008

+*+*~Itu Maknanya...~*+*+

Bila kepala terasa berat,
Bila badan merasa lesu,
Bila tekak merasa loya,

Itu maknanya....


ANDA SUDAH TERKENA BUATAN ORANG!!!

Sheishhh.....










October 15, 2008

+*+*~Susah Sangat ke?~*+*+

Lately, aku memang suka sangat membebel pasal ORANG MELAYU. Bukan sebab aku anti atau tak suka, tapi sebab aku amik berat. Dah kata aku terlahir sebagai ORANG MELAYU, so daripada aku dok sibuk amik tau pasal bangsa lain, lagi baik aku sibuk pasal bangsa aku sendiri. Its not ada intention pasal racist or what so ever, tapi kalau aku sebagai MELAYU tak amik berat pasal BANGSA MELAYU, sape lagi yang nak amik berat?

Apa masalah dengan ORANG MELAYU? Banyak sangat kah masalah dengan ORANG MELAYU? ORANG MELAYU suka timbulkan masalah?

Ya benar...sebagai seorang MELAYU aku akui, memang ORANG MELAYU banyak masalah dan banyak timbulkan masalah.

Masalahnya, orang Melayu tak pernah kenal akar umbi Melayu. Tak kenal siapa ORANG MELAYU. Cuba tanya dengan budak2 kecik zaman sekarang, siapa orang MELAYU? Jawapan dia MESTI "orang yang tinggal kat MALAYSIA lah". Kesian diorang. Diorang tak tau ke yang Orang Filipina itu juga orang MELAYU, orang THAILAND itu juga orang MELAYU, orang Singapura itu juga orang MELAYU, orang Brunei juga orang MELAYU, orang Indonesia juga orang MELAYU, orang TIMOR-LASTE juga orang MELAYU, orang MADAGASCAR juga orang MELAYU?

See, orang MELAYU, jajahan MELAYU terlalu luas, tapi kenapa MELAYU makin LAYU? Pernah sorang kawan aku berkata "Kau jangan senyum dengan Indon, jatuh maruah". Aku tanya dia balik, "abis tu kalau Indon tu ialah Dian Sostrowojoyo, jatuh jugak ke maruah". Dia jawab, "yang tu tak lahhhh". Bagi aku apehal pulak? Indon pun MELAYU jugak apa? Cuma bahasa dan negaranya saja yang berbeza.

Dulu, aku cuba mengkaji adakah MELAYU ini tidak bertamadun. Kalau ikutkan, definisi TAMADUN adalah satu kelompok masyarakat yang mempunyai:-
1. Bentuk agama yang tinggi.
2. Negara yang tersusun rapi.
3. Sistem undang-undang
4. Kehidupan bandar.
5. Sistem tulisan yang maju.
6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.


Kalau ikutkan definisi aku boleh buat kesimpulan yang MELAYU memang bertamadun. TETAPI, kenapa bangsa MELAYU hidup seolah-olah manusia yang tak bertamadun. Semakin hari semakin mundur bukan semakin maju.

Kalau menurut apa yang aku baca dalam buku tulisan Stephen Covey:The 8th Habit- From Effectiveness to Greatness, beliau ada menulis tentang tahap2 civilization manusia. Dimulai dengan Hunting Age, meningkat kepada Agricultural Age, kemudian meningkat kepada Industrial Age, meningkat lagi kepada Information Age seterusnya hirarki paling tinggi ialah Wisdom Age. Barat memang dah buktikan semua ni (and I believe that Mr.Covey did this research base on his surrounding, sebab dia orang BARAT). Tapi, cuba perhatikan orang Melayu...kat mana agaknya tahap civilization dia?

Kalau daripada pemerhatian aku, MELAYU tetap di takuk Hunting Age. Sebabnya, walaupun keje kat dalam bangunan batu, tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (itulah situasi dalam hunting age). That's why tahap MORAL orang Melayu juga tak berkembang. Dapat pendidikan tinggi pun masih rendah MORAL dan AKHLAKNYA. Adakah itu yang layak kita gelar TAMADUN MELAYU?

Aku menulis ni atas dasar kesedaran. Kalau aku tak mengambil langkah untuk berubah sekarang, PASTI anak-cucu-cicit-piut aku esok pun dok comfort dalam hunting age. "Orang dah sampai bulan, kau kat mana?". Dan bagaimana untuk mengubah semua ni, sebagai orang MELAYU aku perlu faham dan berbalik semula kepada Prinsip, prinsip asal kejadian manusia dan prinsip asal alam semesta. Insya Allah, kalau berkesempatan, aku akan terus menulis di sini hasil2 kajian aku. Tapi buat masa ni memang aku suggest sangat bacalah buku by Stephen Covey: The 8th Habit - From Effectiveness to Greatness. Memang banyak cerita tentang prinsip dan baca dengan otak, bukan baca dengan mata saja.

So, bersambung di keluaran akan datang, renung2kan dan selamat beramal.

+*+*~Lepas 1-1~*+*+

Lama dah tak update blog ni. Actually, daripada last week banyak sangat hal yang berlaku. Hal2 yang di luar kawalan dan jangkaan. Apa yang aku boleh buat +*+*~SABAR~*+*+

Khamis - aku tak pegi ofis. Migrane, sakit perut, badan rasa tak larat. So, rehat cukup2 kat rumah.

Jumaat - sang suami pegi opis sorang2 sebab dia tak sampai hati tengok keadaan aku yang tak berapa nak ok tu. Then, dia call...ada berita buruk katanya. Ofis kami kena ROMPAK!! Setan betullah sape punya keje ni. Memangla tak banyak sangat barang yang diorang angkut +*+*~ sebijik SONY video cam & sebijik laptop ~*+*+. Tapi ralat jugakla...nak beli semua tu kena pakai duit. Kalu free turun dari langit takde la aku ralat sangat kan.


Yang peliknya, boleh tak dua bijik mangga SOLEX kami guna untuk mangga grill ofis kami tewas di tangan mereka. Tapi bukan dia potong mangga tu, dia potong holder mangga tu. Memang KUAT lah sape punya keje ni. Dah tu, habis semua benda yang bernama ALMARI dia selongkar, mungkin dengan harapan dapat jumpa cash moneylah. Hello...duit tempat simpannya kat bank, bukan kat opis cik oiii.. Nak duit kalu, pegila rompak bank..apadaa...

Sabtu - ada appoinment pagi ni. Presentation daripada supplier. Masa dok tengok presentation 1st session boleh tak speck aku still ok lagi, means masih boleh digunakan. Nak masuk second session, break kejap, aku masukkan speck tu kat dalam beg, directly, tak masuk dalam case dulu. Bila aku amik balik sebab nak pakai masa 2nd session, boleh tak SPECK TU DAH PATAH!! Huaaaa!! Itu bermakna duit kena keluar lagilah!! Dahla tengah kritikal ni...chistt!!

Jadi rentetan daripada 2 kisah kat atas tu, solution yang aku dah buat is

1. Skang ni dah tak pakai SOLEX lagi buat mangga grill, tapi kami telah menggunakan benda ni.


Ye, kami guna kunci beskal!! Hari tu pegi rumah kawan aku, tengok selamba dek je dia guna kunci beskal ni buat kunci pagar rumah. Dia kata lagi save sebab penyamun susah nak potong. Betul ke tak tu aku tak jamin lah sebab kalu nak prove kebenarannya kena tunggu sesi ROMPAK kali kedua lah.

2. Kenalah aku pegi buat speck baru. Semalam dah pegi buat dah, hari ni baru siap. jap lagi lepas husband aku dah abis meeting baru nak pegi amik. Terbang jugaklah RM285.00. Tu yang paling murah aku dapat tu. Waaa...high maintenance tau orang rabun ni.

Lupa lak nak citer pasal kes rompak tu. Aku ingat opus kami je yang kena, rupanya opis kat tingkat bawah ni pun kena. Lagilah dasyat sebab aku tengok tahap security diorang boleh tahan power jugak, siap pakai pintu yang ada number pad tu, pastu pasang roller shutter lagi. Roller shutter kena potong, pintu kaca tu kena terajang sampai terbuka.

Kepada sesapa yang terlibat dalam kisah ROMPAK ni, aku doakan korang kaya cepatlah. Ko ingat best sangat ke keje ROMPAK-MEROMPAK ni. Kalau korang dah kaya mest korang kurang sikit aktiviti2 ni kan. Lagi baik korang duduk rumah main dengan anak atau bermain catur dengan jiran sebelah.

October 08, 2008

+*+*~Enough!!~*+*+

Petang semalam lepas balik je dari opis, my husband & I terus gi singgah kat Jusco IOI Mall Puchong dengan misi mencari langsir untuk rumah kami.

Luckily, we found the suitable one for our home sweet home.

Unfortunately, the SALES was over!

Sheishhh...

Tapi takpelah, beli jugalah untuk master bedroom & living area punya. Lepas tu kami terus gerak ke food court sebab cadang2 nak makan dulu sebelum balik. Tapi boleh tak, bila lalu je dekat food stalls tu makanan dia bau macam dah basi! Apa kejadahnya nkorang bisnes macam ni? My husband pun terus pegi beli popia & me went to the toilet, then straight made our way home.

Cadang2 nak cari makanan dekat area Bukit Puchong 1, the nearest housing area to ours. TAPI, here when the story begin.

Dekat sejam kami dok berputar kat area Bukit Puchong tu tapi boleh tak 1 haram kedai makan ORANG MELAYU kami tak jumpa. Kat ceruk2 pedalaman Bukit Puchong tu ada kedai makan, tapi kedai makan Cina. Like, wtf la weyyy...

Actually bolehje aku nak beli makanan kat kedai makan Cina tu, tapi tekak ni rasa nak makan nasi goreng ikan masin which is impossible to find at chinese restaurant. Then pegi kat area Batu 14, pun takde kedai makan Melayu. Yang ada Cina & Mamak saja. Pegi pulak opposite road dekat2 dengan our house, boleh tak...TAK DE JUGAK!! Finally, pegi kat belakang MOBIL tu adalah satu kedai mamak yang ada stall orang Melayu kat situ.

See?? Nampak tak apa ceritanya??

And that is the reason why aku nak running business jugak eventhough aku tau bukan mudah nak running business ni. Banyak sangat pahit-jerih, lagi banyak cerita susah daripada cerita senang, tapi siapa lagi yang nak mengubah mentaliti orang melayu ni kalau tak orang melayu sendiri? Kalau ada pun orang Melayu yang running business, bukannya makin maju, tapi makin merudum. Tokey kedai mungkin makin kaya, tapi service quality macam lahanat..apa barang??

Contohnya, tadi aku pegi makan kat satu kedai sup kat area Puchong jugak. Sebelum ni, kalau kita order nasik dengan sup, dia akan bagi ulam, telur asin & sambal belacan sekali. TAPI, bila aku pegi tadi, boleh tak telur asin dia dah takde! Harga makin mahal lak tu! My husband pun complain lah, tapi one thing je yang aku boleh remind dia, ini kedai Melayu...nama pun ME-LAYU, bukan ME-NGEMBANG...tu pasal makin hampeh bukan makin maju. Kalu aku kata Melayu ni b*****t marah pulak kan???

Takpe, sabar2...kalau tak nampak masalah takdelah benda yang nak diselesaikan pulak kan? Tapi ni lah masalah orang Melayu sekarang, bila nampak diri macam dah sempurna mulalah buat keje sambil lewa. Persoalannya, dah sempurna ke?

October 07, 2008

+*+*~Penawar Luka~*+*+

Tadi lepas makan kat Kopitiam kat bawah ofis ni, terus aku gi singgah kat +*+*~Mr.DIY~*+*+ kat sebelah kopitiam tu. Hajat asal nak survey harga railing sebab my husband dah berbunyi ajak pegi tengok langsir petang ni. Kami taklah bercadang nak pasang railing yang fancy2 tu, pasang railing aluminum biasa tu pun takpe. Yang penting rumah kami berlangsir.
Survey punya survey, tetiba aku terbeli benda ni for myself.


Hehe...suka! Sebab mousepad ni kiut!! Pas tu ada wrist holder lagi. Harga pun taklah mahal sangat, RM6.50 sahaja. Lepas ni aku dah boleh pakai mouse pad yang selesa. Taklah macam sebelum ni, mouse pad aku boleh jadi apa saja - kertas a4, envelope, buku, yellow pages - u name it. Sungguh tak berdisiplin!

Instead of that, aku juga membeli benda2 ini.



Ini dinamakan fridge magnet. Aku suka kumpul benda2 ni. Skang ni nak start baliklah mengumpul ini FM. Yang ni aku beli bentuk bag. Aritu ada juga jumpa kat blog orang FM bentuk cokelat - hersheys la, snickers la - will find it later, bila ada masa. Ari tu masa pegi kat the Curve ada aku beli FM bentuk Woody & Buzz (from Toy Story), tapi yang tu aku letak kat fridge mak aku. Nanti nak cari lagilah sebab surely FM ni akan menjadikan fridge kami lebih cantik & comel sekali.

Ye, ini dinamakan penawar luka. Maklumlah, hajat nak beli langsir tak tercapai2 sampai la ni. Nanti kita cari penawar2 luka yang lainlah.

Tata...

+*+*~Back to the Crib~*+*+

Betapa rindunya hati ini pada rumah yang terchenta...ewah...

Tadi pagi angkat bungkus daripada rumah my parents terus balik ke rumah kami kat Puchong. Gila lama tinggalkan rumah tu. Tak salah aku sepanjang bulan Ramadhan hari tu dekat sebulan gak lah aku tak duduk kat sana. Tapi, sebab projek kat sana dah settle, aku balikla semula ke syurga kami.

Tapi satu benda je yang tak tercapai kat hati lagi. Aku belum dapat lagi beli langsir untuk syurga kami tu. Dah dekat setahun aku duduk kat situ, memang belum pernah pasang langsir lagi. Maklumla, duduk kat situ macam main2, kejap duduk, kejap tak. So, sebab rumah selalu tinggal, takdelah aku nak hias rumah beria-ia. Tapi rasanya macam nak start serious balik duduk kat sana...gilo...

So malam ni aku nak basuh baju yang bertimbun-timbun tu. Tadi dah beli sabun, softener & clorox for colour kat kedai runcit Ban Kah Chai. Jadi ada semangat sikitlah nak buat keje rumah. Pastu nak kemas apa2 yang patut. Maklumla dah lama tinggal rumah tu, nak harap adik aku yang duduk kat situ sekali alamatnya...jangan harap.

By the way, aku dah jumpa supplier kordial lain. So makcik, bersiap sedialah untuk tutup kedai lepas ni....muahahahaha!! +*+*~gelak evil~*+*+

Now, back to work.

Tata...

October 06, 2008

+*+*~Not In Mood~*+*+

Apa kena ntah dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Dah masuk opis pun takde selera nak buat keje. Bencilah macam ni.

Actually aku sakit hati deal dengan orang melayu ni. Kalu nak bisnes, buatlah cara nak bisnes. Ni tak, hati besar nak bisnes, tapi bila sampai masa cuti raya, mulalah lupa diri. Sakit hati tau! Tadi masuk je opis aku terus call supplier kordial dengan harapan dia dah startla operation dia, tapi, HAMPEH! Boleh tak kedai tak buka lagi? Bila aku tanya bila nak start operation boleh tak jawapan dia "Botol tak sampai lagi lah, macam mana makcik nak buat". Makcik...boleh tak makcik telefon supplier botol tu suh dia cepat sikit. Kalau makcik buat tak port je tu pasal jadi macam tu...

Patutla 12 tahun makcik buat kordial, kedai makcik besar "tu" je....

Yang buat aku sakit hati sangat ni, orang melayu ni tak serius buat bisnes. Main2! Bila dah dapat untung sikit, mulalah dia bunyi...."Cukuplah tu...dah boleh cover makan-pakai kita anak beranak...tak baik tamak2 ni".. PUII!!

Bosanlah! Kena tang customer lak, buat order bagai nak rak, tapi tang payment...punya liatnak settle. Memang PUII la!!

Dahla, cukup emo aku ari ni. Skang ni aku nak duduk diam2 tamau buat apa2...

October 05, 2008

+*+*~My Flickr~*+*+

Tetibe teringat kat account My Flickr. Rindulah pulak. Dah lama tak update gambar kat sana. Sebabnya, aktiviti keluar & berjalan2 adalah sangat berkurangan sekarang. Semenjak kamera aku dipinjam oleh kawan suamiku untuk majlis perkahwinannya tempoh hari, mood untuk mengambil gambar telah terpadam di sudut hati ini +*+*~ewah!sungguh beremosi ayat aku~*+*+ Lepas ni lah, aku nak beli balik rechargeable battery and mula semula aktiviti mengambil gambar ni, sungguh tak best update blog tanpa gambar.

We'll see.

+*+*~Hajat Tak Sampai~*+*+

First, I've removed weight loss ticker from this blog and I have my own reason for doing this. Ye, diet saya telah screwed up during this festive month sebab keje saya hari2 adalah makan & tido. Oleh itu, cuba bayangkan badan yang di-pam2...sigh...

Second, hajat saya untuk membeli langsir untuk rumah kami adalah tidak kesampaian. Saya telah membuat lawatan ke IKEA tapi berakhir dengan membeli doblas keping curry puff +*+*~see...makan lagi!!~*+*+ yang rasanya agak kureng daripada version awal2 dulu. Oleh itu, kita akan cuba di lain kali.

Bila misi saya ke IKEA adalah GAGAL, saya telah bergerak ke JUSCO Cheras Selatan, tetapi sekali lagi gagal kerana hari hujan dan parking lot di luar Jusco sahaja telah menunjukkan betapa ramainya manusia di dalam JUSCO itu. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pulang dan membeli langsir di dalam mimpi sahaja.

Tetapi apabila sampai di rumah saya telah membatalkan niat untuk membeli langsir di dalam mimpi sebaliknya saya telah melayan cerita Kala Malam Bulan Mengambang +*+*~sehingga ke saat saya mengupdate blog ini~*+*+ sambil mencari mood untuk menyusun aktiviti yang bakal dilakukan pada hari esok.

Oh ya, sekarang ini saya sedang gigih membuat bacaan buku The 8th Habit oleh Stephen Covey, dan sebaik saja saya selesai menghabiskan bacaan ini saya akan membeli buku hasil penulisan beliau yang bertajuk First Thing First +*+*~yang mungkin memakan masa 1/2 tahun lagi~*+*+ Walaubagaimanapun, saya mendapati buku ini sangat menarik dan sangat menghidupkan semangat saya yang sekejap terang dan sekejap malap ini.

Sekarang saya sudah berasa lapar semula dan ingin menjengah ke dapur dan melihat apa yang emak saya masak untuk makan tengah hari.

Tata...

+*+*~Refreshed!~*+*+

Dah selamat kami sampai ke KL. Pukul 9pm tadi baru bergerak balik dari Gemas. Mulanya nak lalu highway je, tapi bila dengar laporan traffic bagitau exit Senawang sampai Seremban jam, langsung kami batalkan niat nak lalu kat highway but we used the old road instead. Masa sampai kat area Mantin, boleh tak jam jugak jalan. Rupanya ada accident, Kancil & Wira aeroback & rasanya passenger Kancil tu mati kot! Sebabnya, masa lalu kat accident area tu nampak ada bodies yang ditutup dengan guni...sah! Berderau jap darah...

However, hari tu punyalah happy sebab STREAMYX connection dah ok & janji2 palsu pun di tabur untuk meng-update blog dengan cerita2 yang lebih sensasi. Tapi kan aku dah bagitau...JANJI2 PALSU! Tak de update pun daripada raya pertama sampai ke hari ni...muahahaha...

So, now dah quite refresh after looong holiday. Start hari Isnin ni dah boleh masuk ofis dengan semangat baru, dengan fantasi2 baru untuk direalisasikan. Baaaanyak keje menanti ni..sigh...ni yang malas nak cuti nih.

By the way, esok rasa macam nak pegi IKEA kejap sebab nak beli langsir. We'll see.