THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 02, 2010

+*+*~Kemahiran 3M - Aimi.Mukhlis Edition~*+*+

Hoho, saya belum nak setup sekolah lagi. Tapi secara asasnya kemahiran 3M bermaksud - membaca, menulis dan mengira. Kemahiran yang diterapkan dari seawal sekolah tadika lagi. Tapi sebab ini blog saya, so saya nak ceritakan tentang kemahiran 3M edisi Aimi.Mukhlis iaitu - mendengar, membaca dan menulis.

Sebenarnya saya konfius, apa itu kemahiran 3M walaupun saya pernah dengar. Check kat Google dapat jawapan sebenar. Tapi sebelum check kat google tu lah jawapan saya - mendengar, membaca dan menulis. Ni semua sebab saya ada satu impian - saya mahu menulis sebuah buku, yang menceritakan tentang masalah yang paling teruk dalam masyarakat ketika ini sehingga boleh meruntuhkan ketamadunan, masalah "Ignorance".

Dan disebabkan ignorance itulah saya tak tahu apa maksud 3M yang sebenar dan keluarkan edisi saya sendiri. Disebabkan masalah ignorance itulah saya perlu belajar semula bagaimana mahu mendengar (empathic listening), membaca dan menulis. Hoho, bukanlah maksudnya saya tak boleh menulis, tau menaip saja. Saya boleh menulis, A-B-C, 1-2-3, war you going (mcm Siti Tanjung Perak dalam cerita Bujang Lapok). Saya juga boleh membaca. Setakat alif-ye-mim = buaya tu apalah sangat. Dan saya boleh mendengar. Tapi kesnya sekarang ni saya nak mendengar-membaca-menulis dalam bentuk empathy. Susahnya.

Dulu, saya suka baca buku sejarah atau buku cerita sebab saya akan berfantasi dan menjelajah dunia penulisan penulis bersama-sama dia. Saya mampu buat begitu. Tapi sekarang ni, sejak mula berjinak-jinak dengan buku2 ilmiah, susahnya saya nak applykan imaginasi saya. Bila membaca dan tidak berimaginasi, susahnya saya nak faham apa yang saya baca.

Haih, nak kena asah balik skill membaca dan mendengar secara empathy ni, barulah saya boleh menulis dengan baik dan mampu untuk ekspresikan pendapat dan perasaan saya dalam penulisan. Macam chef yang ekspresikan perasaan dia dalam seni kulinari, fasion designer dalam rekaan fesyen dan composer dalam muzik yang diciptakan. Saya harus belajar bagaimana mahu mengekspresikan diri.

Makin bertambah umur ni, rasa macam makin banyak pula benda yang tak tahu. Haihhh...

2 komen:

n.a.j.w.a said...

blog ko ye lia..i'll follow u :)

Rozelia Shariff said...

Hoho...sila lah follow :) My pleasure dear ;)