THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 24, 2010

+*+*~Jagung oh Jagung~*+*+

Sudah agak lama tidak mengupdate blog ini. Hujung minggu yang penuh dan disusuli oleh 2 hari selsema anak dan ibu, hari ni barulah agak selesa mahu mengupdate blog. So, marilah mengupdate sampai muntah dan lebam..hehe :)

Memandangkan suami saya seorang usahawan-tani yang berjaya, minggu lepas adalah harvesting time! Oh ya, meh saya cerita apa projek terbaru suami saya sekarang. Dia sedang mengusahakan projek tanaman kontan dan sekarang ini sedang fokus pada tanaman jagung manis. Jadi disebabkan dia telah berjaya mengharvest first round projek dia adalah rezeki sikit untuk kami rasa di rumah. So, ini jadi projek saya pula lah :)

Projek 1 : Cucur Jagung

Bahan-bahan:

1. 2 tongkol jagung - leraikan isinya (dapat dalam 330 g)

2. 5 cawan tepung gandum (diayak)
**its happened ada sekali dulu, dalam tahun 2001 tak salah saya, masa tu my parents pegi haji so I'm the acting chef at home. Punyalah semangat nak buat cok-kodok sekali lupa ayak tepung, alih2 ada lipas kat dalam tu. Mangsa saya adik bongsu saya si Labu, patutlah dia ada macam short sikit skarang ni..hehe. Selepas insiden itu, tiap kali nak masak cucur macam ni mesti pastikan tepung adalah diayak.**

3. 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
**ada orang suka letak baking powder in order nak jadikan cucur ni lembut and fluffy. Saya tidak berapa gemar guna baking powder so saya gunakan telur instead. But make sure telur ni dipukul sehingga kembang-sekembang-kembangnya**

4. Garam secukup rasa
5. Air
6. Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Campurkan tepung (yang telah diayak), jagung, telur (yang telah dipukul sehingga kembang) dan garam dalam bekas yang besar.

2. Masukkan air dan kacau bahan-bahan sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.


3. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam minyak.
**ada orang suka guna tangan masa nak membentuk cucur ni. Saya tak suka guna tangan, so guna sudu instead **


4. Balik-balikkan cucur tu sampai nampak kekuningan. Jangan sampai hangus sudah. Angkat dan toskan minyak selepas cucur selesai digoreng.



Saya layan dengan sardin sebab saya buat cucur ni masin instead of manis. Tapi my husband kata tak berapa syok layan dengan sardin sebab jagung tu manis so better buat sos yang manis (will try it in the future).

Projek #2: Puding Jagung

Bahan-bahan:

1. Jagung yang dileraikan (saya guna 3 tongkol)
**kalau takde fresh corn, boleh guna jagung dalam tin instead**


2. Agar-agar (saya gunakan yang satu peket 500g)
3. 5 cawan gula
4. 2 cawan tepung kastad (saya gunakan Bird's custard powder)


5. 1 tin susu cair (saya gunakan cap F&N)


6. Air

Cara penyediaan:

1. Rebuskan agar-agar (ukurannya 500 g agar-agar, 2.4L air) sehingga kembang. Rebuskan agar-agar ni berserta gula.


2. Disebabkan saya menggunakan fresh corn, saya rebuskan juga jagung. Kalau guna jagung dalam tin boleh skip langkah ini.


3. Apabila agar-agar sudah kembang, masukkan tepung kastad (make sure cairkan dulu dengan air ye puan-puan), susu dan jagung. Kacau sehingga sebati dan menjadi warna seperti dalam gambar di bawah.


4. Masukkan dalam acuan. Biarkan sejuk dan keras.


Bila dah keras, boleh potong2 dan boleh dinikmati oleh sesi keluarga. Boleh juga tuangkan susu cair atas puding yang dipotong tadi jika suka lebih lemak berkrim disukai ramai.

Maka completelah sudah projek resepi jagung saya. Next harvest saya akan publish resepi baru pula. Dalam kepala sekarang ni dok kira nak buat corn soup, and roti jagung maybe. Takpe, lambat lagi next harvest, another 3 months. :)

Kalau ada sesiapa yang nak merasa sweet corn ni fresh2, silalah bagitau saya. Nanti nak dekat time harvest saya bagitau kat sini. Stay tune :)



0 komen: