I think as a woman most of us love to collect something, from bags, to shoes, to plush toys, to stamp (hoih, masih valid lagikah?). Tidak terkecuali diri saya ini, secara tidak sengaja saya telah terbuat satu collection yang memang unsangkarable. Only discovered pagi tadi bila tiba2 mood saya baik mahu kemas meja solek saya.
This is the colours of my life....(cheh, tagline tak boleh blah...)
Percaya tak, lipstick collection ini adalah daripada zaman student sampailah ke la ni. Ada jugaklah yang dah termissing, terbuang and etc. Yang ni yang masih selamat dalam simpanan. Let me introduce some of them.
1. My AVON range collection
Apa ingat pakai AVON range koman sangat kah? Erra Fazira pun pakai lipstick AVON apa. Kononnya bila berlipstick AVON akan jadi vogi-da-vas macam Erra la..hehe :P. Collecting AVON range masa keje kat UMW. Stokis bergerak yang berjaya ialah Kak Yeang. Siap boleh pinjam katalog 2-3 hari, berangan2 dulu then baru beli. Yang paling best, order dulu, bayar kemudian. Nak bayar 2-3 kali pun boleh juga.
2. L'OREAL range
Pakai L'OREAL pun tak koman ok. Peneloppe Cruise dan Aishwarya Rai pakai lipstick L'OREAL apa. Yang ni hantaran masa kawin. Kaler sila pilih sendiri. See betapa bertuahnya husband saya, hantaran saya minta L'OREAL saja. Tiada Clinique, Bobby Brown mahupun MAC.
Yang ni pulak Special Edition from L'OREAL. Kira macam kaler ni keluar ikut favourite DIVA macam Penelope Cruise, Michelle Yeoh (ada ke?), Aishwarya Rai. Mine is Gong Li (nampak signature dia kat lipstick case tu). Sebenarnya bukanlah minattt gileee kat Gong Li tu but I'm more attracted to the colour. Colour dia macam oren2-coklat. Nampak agak natural tapi shining lah.
3. REVLON
Helle Berry pakai REVLON okey. Lipstick yang ni saya beli kat WATSON Langkawi. Pegi sana masa beli barang2 hantaran nak kawin. Sementara nak tunggu feri, ronda2 kat jeti Langkawi, masuk Watson ternampak lak lipstick ni. Yang menariknya, kaler dia is in Orchid. Saya memaaaaang suka orkid. Orkid lah :P
4. Lancome Juicy Couture
Hoho, saya taklah koman sangatkan beli lipstick stok kat farmasi je. Tapi lipstick ni saya tak beli pun. Ni hadiah from my mother's friend, aunty Paridah Tahir. Dia beli kat London. Disebabkan saya memang suka sangat beli lipstick, saya memang tak akan beli lipstick mahal2 macam ni. Kalau orang bagi free memang saya suka..hehe :P
5. Lipstick sampel
Lipstick yang ni saya dapat sampel kat majalah Cleo. See, saya simpan sampai sekarang. Tak salah kaler dia in Mocha. Love the colour tapi macam sayang nak pakai.
6. Elianto
Lipstick ni saya beli masa pregnantkan Aimar ari tu. Konon2 nak cari natural colour lah. End up rupanya lipstick ni sensitif gila kat heat so dia jadi lembik and patah. Tapi still pakai jugalah guna lipstick brush. The best part is, lepas bersalin dah tak hingin pakai lipstick ni lagi. Adakah lipstick ini juga merupakan sindrom mengidam saya masa mengandung?
7. My Latest Collection - Uptown Vision
Saya beli lipstick ini di Guardian The Mines Shopping Fair. Mula2 beli yang kaler purple dan bronze tu. Really love the colours and I bought it for RM6.90 each. Baru2 ni tetiba terasa nak cari lipstick kaler natural, nude to be specific. Jengah2 kat range ni tengok2 ada and I bought it for RM4.99 only! Dan kalernya memang sangat2 memuaskan hati saya :)
So, what's your favourite collection? Do share with me :)
0 komen:
Post a Comment