THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 12, 2010

+*+*~Campur-Campur~*+*+

Pernah tak at one time macam seribu satu benda masuk kat kepala kita sampai tak tau nak sort out macam mana. Hal ni selalu terjadi kat saya, specifically bila sampai masa saya mengadap monitor dan mengadap white blank screen kat blog saya ni. Hati tu macam teringin nak menulis tapi macam tak dapat pick up topik yang best sampai tetiba idea saya jadi macam loncat-loncat dan tidak fokus. Rasanya its better for me to jot down tajuk2 kecil so later on saya boleh lebih fokus dan pick up topik yang lebih best dalam mengupdate blog saya.

Blogging thing

Memang salah satu hobi saya ialah menjadi kak nam di blog orang lain, especially blogs yang menceritakan kisah hidup mereka sehari-harian. Macam lame dan bosan kan, tapi saya tetap suka jadi kak nam. At first (really admit this) bila baca kisah hidup orang ni mulalah saya sibuk compare dgn diri saya, apa yang org tu ada dan saya takda sehingga membuatkan saya hilang fokus siapa diri saya. But its the process of learning dan Jim Rohn ada berkata "Self education will make a fortune". Lama kelamaan instead of comparing to myself saya mula belajar, mula mengkaji tentang manusia dan saya rasa sekarang ni instead of nak menulis tentang diri saya, tentang apa yang saya ada dan takda lebih baik saya menulis sesuatu yang lebih bermakna. Sesuatu yang boleh menjadi solution kepada semua orang. At first the idea is to create the new blog (again), tapi tajuk yang saya suka dah tak available. Mungkin akan terus menulis di sini atau mungkin akan continue dengan create blog lain, still under consideration.

Writing a book thing

Ingat tak saya pernah meluahkan hasrat saya di sini mahu menulis buku tentang "ignorance". Hari tu masa tengok drama Na O Mei kat TV3 baru saya tau pengertian ignorance itu adalah kejahilan. Hoih...berat tu tajuk yang saya nak fokus tapi itulah kenyataan. Takpe, kumpul idea sikit demi sikit, mungkin dalam masa 3-4 tahun lagi bolehlah publish buku saya.

Anak thing

Hero saya itu sudah berusia 8 bulan, makin menjadi-jadi bijaknya. Sekarang ni dah faham kalau kita arahkan dia suruh "sit" atau "duduk". Paling terrer bab makan, tunjuk saja mangkuk berisi makanan, konpim dia akan kejar kita sampai ke hujung dunia. Dan paling best sekarang ni dah pandai demand nak jalan2 kat taman. Siap kalau nak suruh dia tido, bagitau je kat dia "Sekarang kena tido, kalau tak petang karang tak boleh jalan kat taman". Konfirm sekelip mata je dia dah lena. Bila pegi bejalan kat taman, suka pulak tengok aweks2, masalahnya bukan aweks2 baya dia yang dia nak tengok tapi aweks2 senior (read: makcik2 n nenek2). Hoih tak faham pula saya macam mana taste dia.

And also sudah pandai sebut "mama", "babah". Dan paling best sekali sudah pandai bangun pukul 4 pagi, mata pejam tapi mulut bising bersyarah kat mama n babah dia sampai saya tak boleh tido. But its cute...buat masa ini. :)

Eating healthy and losing weight thing

Masih bekerja keras untuk mendisiplinkan keluarga kecil saya tentang helthy eating habits. Frankly, kami memang suka makan dan kami sangat suka mencuba pelbagai jenis makanan. And I realized that kalau kita suka mencuba pelbagai jenis makanan potential untuk kita gain weight adalah sangat rendah sebab kita dapat pelbagai jenis source of nutrition daripada makanan yang varieties tu. Problem akan berlaku bila kita opt untuk makan satu jenis makanan sahaja dalam kuantiti yang banyak. See, nak lose weight mesti makan but make sure you eat variety of foods.

Getting pregnant again

Boleh tak hasben seminggu sekali berzikir kat telinga saya, "Aimar nak adik". Membuatkan saya konfius, Aimar nak adik ke, babah dia yang nak adik? Babah, kalau teringin sangat nak adik sila minta pada mak..muahahaha :D. Not that saya tak berkeinginan untuk pregnant lagi, tapi sabar. Sampai masa nanti kita bagilah adik kat Aimar ye, buat masa ni saya bagi chance kat Aimar dulu to be your highness.

See, saya dah kata dah...macam2 kan. Ni pun start tulis hari Khamis, dah ari Isnin baru nak publish. Nampak sangat keinginan untuk membelog semakin merudum.


0 komen: