THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


February 27, 2010

+*+*~Singgah Kejap...~*+*+

Hujung minggu yang sungguh hectic. Bagi orang yang bekerja sepenuh masa bolehlah menarik nafas lega, cuti 3 hari boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bagi saya yang bekerja kais-pagi-makan-pagi-petang-siang-malam ni, hujung minggu begini banyak sangat aktiviti yang perlu diimplemenkan selepas planning segala. Ni pun singgah kejap sebelum nak mengadap power point slide ni.

So, will update later.

February 25, 2010

+*+*~New Shoes (selepas almost 1 year)~*+*+

I am kind of shoes freak to be frank. Dulu pantang nampak kasut design pelik2, mulalah gatal tangan bawak balik (of course kena beli dululah ye puan2). Falsafah dulu, biar tak sedap di kaki, tapi sedap di mata. Tapi setelah saya memahami apa itu "money management", splurging kepada perkara yang tidak tentu hala is definitely No No. So, setelah hampir setahun barulah saya pergi membeli kasut baru, setelah kasut yang sedia ada sudah tahap hidup segan mati tak mahu.

Mama yang bermuka excited sebab nak beli kasut baru. Aimar buat muka kompius, apelah mama ni tak habis2 dengan kamera.

Ke mana kita? Ke AEON Cheras Selatan lah...kan tempat tu yang paling dekat :)

Orang yang baik hati mahu membelanja kasut baru buat isterinya :). Sebab dia yang nak belanja dia kena drivelah bawak kami ke sana. Kalau saya yang drive saya bawak pegi KLCC atau Pavillion nanti..hihi :P

The harvest. Saya tetap beli Vincci sebab saya memang sangat menyokong barangan buatan Malaysia. Kalau saya sebagai rakyat Malaysia tak sokong barangan buatan Malaysia, siapa lagi nak sokong kan?

Inilah dia rupanya. Actually ada kaler hitam, but I prefer Gold sebab senang juga nak match dengan apa2 baju pun. Lagipun kaler hitam tu macam bosankan. Ada juga try 2-3 patern yang lain, yang ada tali kat belakang tu, tapi...tali tu pendek sangatlah. Tak muat pula di kaki saya. Harga kasut ni RM89 sahaja :) Dan akan dilenjan selama setahun, so kepada kasut baru u make sure boleh tahan dilenjan selama setahun ye. Otherwise I will make noise and compaint to Vincci.

Tapi mama, susu Aimar dah nak abislah. Mama ni excited dengan kasut baru dia je, lupa lah tu nak beli susu Aimar. Biar Aimar yang drivekan pula :P

Hoho, pergi ke Manjaku Kajang sebab nak beli susu Aimar. Actually boleh je beli kat Jusco tapi sebab my husband nak pegi Metro Kajang nak beli tali gitar, so terus singgah kat Manjaku. Besides beli susu Aimar, saya beli ini juga.


I just love the taste! Sungguh refreshing :)

Sekianlah karut marut saya untuk hari ini. Berjumpa lagi di lain kali.


February 24, 2010

+*+*~Angle Mau Betul....~*+*+

Perasan tak, bila kita ambil gambar, kena make sure angle adalah betul. Baru gambar nampak cun ..hehe. Actually saya ni bukanlah terer sangat bab kamera trick ni, tapi hari Sabtu lepas masa ikut husband pegi ke MAEPS (notes: every Saturday kat MAEPS ada pasar tani and flea market), saja try2 tekan2 kamera. Nak tengok sikit pasal kamera trick ni. (Tapi sebenarnya ni semua Aimar punya pasal, boleh tak bila sampai kat MAEPS dia bantai tido, tapi bila babah dia keluar je dari situ dia boleh bangun).
Specially published for those yang suka amik gambar sendiri dan tepek kat blog..hehe :P
Angel #1 - kamera di atas dan condong ke bawah about 30 degree daripada objek.
Muka nampak kecil dan comel. Sesuai untuk menampakkan bahawa penulis tidaklah sebulat yang disangkakan.
Angle #2 - Kamera tegak 90 degree dengan objek.
Nampak angle sebenar so dagu yang agak berlapis itu memang tidak boleh disembunyikan sama sekali. Bagaimanapun angle ini adalah paling sesuai untuk memberi keinsafan supaya bekerja lebih keras dengan diet program (ohh..aku insaf :l)
Angle #3 - Kamera kat bawah dan condong ke atas about 30 degree daripada objek.
A big NO NO ye. Bila angle sebegini memang habis nampak bulat-lemak dan sebagainya yang tak patut.
Angle #4 - Kamera kat atas sisi kanan dan condong ke bawah about 30 degree daripada objek.
Ok jugak, angle yang cun boleh menampakkan keayuan objek..chess..sila muntah ramai2.
Angle #5 - Kamera kat atas sisi kiri dan condong ke bawah about 30 degree daripada objek.
Angle ni pun ok, tapi macam agak janggal dan pelik. Tapi kalau bagi sesiapa yang left handed mungkin ok kot :)
So, make sure kita memilih angle yang betul ye puan-puan. Barulah terserlah vogi-de-vass.

+*+*~Jagung oh Jagung~*+*+

Sudah agak lama tidak mengupdate blog ini. Hujung minggu yang penuh dan disusuli oleh 2 hari selsema anak dan ibu, hari ni barulah agak selesa mahu mengupdate blog. So, marilah mengupdate sampai muntah dan lebam..hehe :)

Memandangkan suami saya seorang usahawan-tani yang berjaya, minggu lepas adalah harvesting time! Oh ya, meh saya cerita apa projek terbaru suami saya sekarang. Dia sedang mengusahakan projek tanaman kontan dan sekarang ini sedang fokus pada tanaman jagung manis. Jadi disebabkan dia telah berjaya mengharvest first round projek dia adalah rezeki sikit untuk kami rasa di rumah. So, ini jadi projek saya pula lah :)

Projek 1 : Cucur Jagung

Bahan-bahan:

1. 2 tongkol jagung - leraikan isinya (dapat dalam 330 g)

2. 5 cawan tepung gandum (diayak)
**its happened ada sekali dulu, dalam tahun 2001 tak salah saya, masa tu my parents pegi haji so I'm the acting chef at home. Punyalah semangat nak buat cok-kodok sekali lupa ayak tepung, alih2 ada lipas kat dalam tu. Mangsa saya adik bongsu saya si Labu, patutlah dia ada macam short sikit skarang ni..hehe. Selepas insiden itu, tiap kali nak masak cucur macam ni mesti pastikan tepung adalah diayak.**

3. 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
**ada orang suka letak baking powder in order nak jadikan cucur ni lembut and fluffy. Saya tidak berapa gemar guna baking powder so saya gunakan telur instead. But make sure telur ni dipukul sehingga kembang-sekembang-kembangnya**

4. Garam secukup rasa
5. Air
6. Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Campurkan tepung (yang telah diayak), jagung, telur (yang telah dipukul sehingga kembang) dan garam dalam bekas yang besar.

2. Masukkan air dan kacau bahan-bahan sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.


3. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam minyak.
**ada orang suka guna tangan masa nak membentuk cucur ni. Saya tak suka guna tangan, so guna sudu instead **


4. Balik-balikkan cucur tu sampai nampak kekuningan. Jangan sampai hangus sudah. Angkat dan toskan minyak selepas cucur selesai digoreng.



Saya layan dengan sardin sebab saya buat cucur ni masin instead of manis. Tapi my husband kata tak berapa syok layan dengan sardin sebab jagung tu manis so better buat sos yang manis (will try it in the future).

Projek #2: Puding Jagung

Bahan-bahan:

1. Jagung yang dileraikan (saya guna 3 tongkol)
**kalau takde fresh corn, boleh guna jagung dalam tin instead**


2. Agar-agar (saya gunakan yang satu peket 500g)
3. 5 cawan gula
4. 2 cawan tepung kastad (saya gunakan Bird's custard powder)


5. 1 tin susu cair (saya gunakan cap F&N)


6. Air

Cara penyediaan:

1. Rebuskan agar-agar (ukurannya 500 g agar-agar, 2.4L air) sehingga kembang. Rebuskan agar-agar ni berserta gula.


2. Disebabkan saya menggunakan fresh corn, saya rebuskan juga jagung. Kalau guna jagung dalam tin boleh skip langkah ini.


3. Apabila agar-agar sudah kembang, masukkan tepung kastad (make sure cairkan dulu dengan air ye puan-puan), susu dan jagung. Kacau sehingga sebati dan menjadi warna seperti dalam gambar di bawah.


4. Masukkan dalam acuan. Biarkan sejuk dan keras.


Bila dah keras, boleh potong2 dan boleh dinikmati oleh sesi keluarga. Boleh juga tuangkan susu cair atas puding yang dipotong tadi jika suka lebih lemak berkrim disukai ramai.

Maka completelah sudah projek resepi jagung saya. Next harvest saya akan publish resepi baru pula. Dalam kepala sekarang ni dok kira nak buat corn soup, and roti jagung maybe. Takpe, lambat lagi next harvest, another 3 months. :)

Kalau ada sesiapa yang nak merasa sweet corn ni fresh2, silalah bagitau saya. Nanti nak dekat time harvest saya bagitau kat sini. Stay tune :)



February 18, 2010

+*+*~Colours Of My Life~*+*+

I think as a woman most of us love to collect something, from bags, to shoes, to plush toys, to stamp (hoih, masih valid lagikah?). Tidak terkecuali diri saya ini, secara tidak sengaja saya telah terbuat satu collection yang memang unsangkarable. Only discovered pagi tadi bila tiba2 mood saya baik mahu kemas meja solek saya.

This is the colours of my life....(cheh, tagline tak boleh blah...)

..... and it is my lipsticks collection!

Percaya tak, lipstick collection ini adalah daripada zaman student sampailah ke la ni. Ada jugaklah yang dah termissing, terbuang and etc. Yang ni yang masih selamat dalam simpanan. Let me introduce some of them.

1. My AVON range collection

Apa ingat pakai AVON range koman sangat kah? Erra Fazira pun pakai lipstick AVON apa. Kononnya bila berlipstick AVON akan jadi vogi-da-vas macam Erra la..hehe :P. Collecting AVON range masa keje kat UMW. Stokis bergerak yang berjaya ialah Kak Yeang. Siap boleh pinjam katalog 2-3 hari, berangan2 dulu then baru beli. Yang paling best, order dulu, bayar kemudian. Nak bayar 2-3 kali pun boleh juga.

2. L'OREAL range

Pakai L'OREAL pun tak koman ok. Peneloppe Cruise dan Aishwarya Rai pakai lipstick L'OREAL apa. Yang ni hantaran masa kawin. Kaler sila pilih sendiri. See betapa bertuahnya husband saya, hantaran saya minta L'OREAL saja. Tiada Clinique, Bobby Brown mahupun MAC.


Yang ni pulak Special Edition from L'OREAL. Kira macam kaler ni keluar ikut favourite DIVA macam Penelope Cruise, Michelle Yeoh (ada ke?), Aishwarya Rai. Mine is Gong Li (nampak signature dia kat lipstick case tu). Sebenarnya bukanlah minattt gileee kat Gong Li tu but I'm more attracted to the colour. Colour dia macam oren2-coklat. Nampak agak natural tapi shining lah.

3. REVLON


Helle Berry pakai REVLON okey. Lipstick yang ni saya beli kat WATSON Langkawi. Pegi sana masa beli barang2 hantaran nak kawin. Sementara nak tunggu feri, ronda2 kat jeti Langkawi, masuk Watson ternampak lak lipstick ni. Yang menariknya, kaler dia is in Orchid. Saya memaaaaang suka orkid. Orkid lah :P

4. Lancome Juicy Couture

Hoho, saya taklah koman sangatkan beli lipstick stok kat farmasi je. Tapi lipstick ni saya tak beli pun. Ni hadiah from my mother's friend, aunty Paridah Tahir. Dia beli kat London. Disebabkan saya memang suka sangat beli lipstick, saya memang tak akan beli lipstick mahal2 macam ni. Kalau orang bagi free memang saya suka..hehe :P

5. Lipstick sampel



Lipstick yang ni saya dapat sampel kat majalah Cleo. See, saya simpan sampai sekarang. Tak salah kaler dia in Mocha. Love the colour tapi macam sayang nak pakai.

6. Elianto



Lipstick ni saya beli masa pregnantkan Aimar ari tu. Konon2 nak cari natural colour lah. End up rupanya lipstick ni sensitif gila kat heat so dia jadi lembik and patah. Tapi still pakai jugalah guna lipstick brush. The best part is, lepas bersalin dah tak hingin pakai lipstick ni lagi. Adakah lipstick ini juga merupakan sindrom mengidam saya masa mengandung?

7. My Latest Collection - Uptown Vision



Saya beli lipstick ini di Guardian The Mines Shopping Fair. Mula2 beli yang kaler purple dan bronze tu. Really love the colours and I bought it for RM6.90 each. Baru2 ni tetiba terasa nak cari lipstick kaler natural, nude to be specific. Jengah2 kat range ni tengok2 ada and I bought it for RM4.99 only! Dan kalernya memang sangat2 memuaskan hati saya :)

So, what's your favourite collection? Do share with me :)

+*+*~Sometimes Mothers Need To Be Alone~*+*+

Its about "me" time. Setelah sibuk gedebak-gedebuk dengan hal anak dan suami, sekali sekala para ibu juga memerlukan waktu untuk diri mereka sendiri, agree with me mommies? So today disebabkan Mukhlis Aimar bangun dengan begitu awal dengan jayanya, saya telah menyelesaikan hal mandi-makan dia dengan begitu awal juga. So, bolehlah fokus pada perkara2 yang perlu diselesaikan hari ini dan as a reward to myself, a me time for me :).


Ke Jusco Cheras Selatan lah saya, paling dekat dan bila pergi awal taklah ramai sangat orang. I've been eyeing a pair of walking shoes for Aimar. Hari tu semua booth kat baby section dalam Jusco Cheras Selatan tu dah saya telek, tapi bila fikir2 balik, nantilah. Aimar pun tak boleh berjalan sangat2 lagi, so spending for RM20-RM30 just to buy a pair of shoes yang akan dipakai sekejapan saja is not a wise decision. Tapi bila saya masuk je ke Jusco hari ni, ada baby fair pulak and they all baru je buka that section, means tengah susun2 barang2 lagilah. So I found this.....
and this.....


for only RM6 per pair!! What a wise investment kan?? Senyum lebar sampai ke telinga dan menari2 dalam hati...hihi :D.

Malam pulak pergi terjah ke Tesco Kajang sebab nak beli bahan2 untuk prepare shake for Loges and Selan. Ooo..saya telah mendapat distributor baru dari Puchong, young Indian couple but very determine to get rich. Sangat happy dan bersemangat untuk menolong mereka :). Sambung cerita kat Tesco. Bila pegi kat area fresh veggies, boleh tak most of the tray adalah kosong! Almost semua harga barang adalah naik! Inilah bahananya bila orang2 Cina bercuti, sumber makanan pun terputus. Paling tak boleh blah, epal hijau cap Granny Smith yang besarnya stok bagi kuda makan je kat Amarika adalah berharga RM1.25 sebiji! Tapi marah2 pun masih menginvest di Tesco. Belikan bun mantou untuk Aimar, sebab dia sangat suka makan now adays. Memakan bubur nasi dan nestum sahaja adalah definitely not enough for him. And I found this....
Hoho...selama ni saya cuma pernah beli juices perasa oren, epal atau cap Nestle yang 100% pure vegetable juice ke. Tapi yang ni tak pernah jumpa - sour cherry nectar. Tastewise - sedap! Tapi kalau tak tahan masam sila jangan cuba sebab memang kena dengan namanya. Dan malam tadi terpaksalah belasah Herbalicious Shake vanilla+sour cherry nectar. Kalau mix dengan F1 strawberry mesti lagi sedap. Mahu cuba di House of Nutrition lah today. Calorie wise per 100mL is only 46.8 kcal. And this product is imported from Turkey. For more info about Dimes product bolehlah melawat di http://www.dimes.com.tr/

Looking forward for more "me" time!

**Hoho, finally I'm on Photoscape again. Flickr adalah super lembab dan sangat kedekut juga. Banyak frame tak boleh pakai unless upgrade to Premium. Makcik sangat kedekut bab itu ye anak2, kalau yang free2 ni memang makcik suka...hehe :D**

February 12, 2010

+*+*~Campur-Campur~*+*+

Pernah tak at one time macam seribu satu benda masuk kat kepala kita sampai tak tau nak sort out macam mana. Hal ni selalu terjadi kat saya, specifically bila sampai masa saya mengadap monitor dan mengadap white blank screen kat blog saya ni. Hati tu macam teringin nak menulis tapi macam tak dapat pick up topik yang best sampai tetiba idea saya jadi macam loncat-loncat dan tidak fokus. Rasanya its better for me to jot down tajuk2 kecil so later on saya boleh lebih fokus dan pick up topik yang lebih best dalam mengupdate blog saya.

Blogging thing

Memang salah satu hobi saya ialah menjadi kak nam di blog orang lain, especially blogs yang menceritakan kisah hidup mereka sehari-harian. Macam lame dan bosan kan, tapi saya tetap suka jadi kak nam. At first (really admit this) bila baca kisah hidup orang ni mulalah saya sibuk compare dgn diri saya, apa yang org tu ada dan saya takda sehingga membuatkan saya hilang fokus siapa diri saya. But its the process of learning dan Jim Rohn ada berkata "Self education will make a fortune". Lama kelamaan instead of comparing to myself saya mula belajar, mula mengkaji tentang manusia dan saya rasa sekarang ni instead of nak menulis tentang diri saya, tentang apa yang saya ada dan takda lebih baik saya menulis sesuatu yang lebih bermakna. Sesuatu yang boleh menjadi solution kepada semua orang. At first the idea is to create the new blog (again), tapi tajuk yang saya suka dah tak available. Mungkin akan terus menulis di sini atau mungkin akan continue dengan create blog lain, still under consideration.

Writing a book thing

Ingat tak saya pernah meluahkan hasrat saya di sini mahu menulis buku tentang "ignorance". Hari tu masa tengok drama Na O Mei kat TV3 baru saya tau pengertian ignorance itu adalah kejahilan. Hoih...berat tu tajuk yang saya nak fokus tapi itulah kenyataan. Takpe, kumpul idea sikit demi sikit, mungkin dalam masa 3-4 tahun lagi bolehlah publish buku saya.

Anak thing

Hero saya itu sudah berusia 8 bulan, makin menjadi-jadi bijaknya. Sekarang ni dah faham kalau kita arahkan dia suruh "sit" atau "duduk". Paling terrer bab makan, tunjuk saja mangkuk berisi makanan, konpim dia akan kejar kita sampai ke hujung dunia. Dan paling best sekarang ni dah pandai demand nak jalan2 kat taman. Siap kalau nak suruh dia tido, bagitau je kat dia "Sekarang kena tido, kalau tak petang karang tak boleh jalan kat taman". Konfirm sekelip mata je dia dah lena. Bila pegi bejalan kat taman, suka pulak tengok aweks2, masalahnya bukan aweks2 baya dia yang dia nak tengok tapi aweks2 senior (read: makcik2 n nenek2). Hoih tak faham pula saya macam mana taste dia.

And also sudah pandai sebut "mama", "babah". Dan paling best sekali sudah pandai bangun pukul 4 pagi, mata pejam tapi mulut bising bersyarah kat mama n babah dia sampai saya tak boleh tido. But its cute...buat masa ini. :)

Eating healthy and losing weight thing

Masih bekerja keras untuk mendisiplinkan keluarga kecil saya tentang helthy eating habits. Frankly, kami memang suka makan dan kami sangat suka mencuba pelbagai jenis makanan. And I realized that kalau kita suka mencuba pelbagai jenis makanan potential untuk kita gain weight adalah sangat rendah sebab kita dapat pelbagai jenis source of nutrition daripada makanan yang varieties tu. Problem akan berlaku bila kita opt untuk makan satu jenis makanan sahaja dalam kuantiti yang banyak. See, nak lose weight mesti makan but make sure you eat variety of foods.

Getting pregnant again

Boleh tak hasben seminggu sekali berzikir kat telinga saya, "Aimar nak adik". Membuatkan saya konfius, Aimar nak adik ke, babah dia yang nak adik? Babah, kalau teringin sangat nak adik sila minta pada mak..muahahaha :D. Not that saya tak berkeinginan untuk pregnant lagi, tapi sabar. Sampai masa nanti kita bagilah adik kat Aimar ye, buat masa ni saya bagi chance kat Aimar dulu to be your highness.

See, saya dah kata dah...macam2 kan. Ni pun start tulis hari Khamis, dah ari Isnin baru nak publish. Nampak sangat keinginan untuk membelog semakin merudum.


February 02, 2010

+*+*~Kemahiran 3M - Aimi.Mukhlis Edition~*+*+

Hoho, saya belum nak setup sekolah lagi. Tapi secara asasnya kemahiran 3M bermaksud - membaca, menulis dan mengira. Kemahiran yang diterapkan dari seawal sekolah tadika lagi. Tapi sebab ini blog saya, so saya nak ceritakan tentang kemahiran 3M edisi Aimi.Mukhlis iaitu - mendengar, membaca dan menulis.

Sebenarnya saya konfius, apa itu kemahiran 3M walaupun saya pernah dengar. Check kat Google dapat jawapan sebenar. Tapi sebelum check kat google tu lah jawapan saya - mendengar, membaca dan menulis. Ni semua sebab saya ada satu impian - saya mahu menulis sebuah buku, yang menceritakan tentang masalah yang paling teruk dalam masyarakat ketika ini sehingga boleh meruntuhkan ketamadunan, masalah "Ignorance".

Dan disebabkan ignorance itulah saya tak tahu apa maksud 3M yang sebenar dan keluarkan edisi saya sendiri. Disebabkan masalah ignorance itulah saya perlu belajar semula bagaimana mahu mendengar (empathic listening), membaca dan menulis. Hoho, bukanlah maksudnya saya tak boleh menulis, tau menaip saja. Saya boleh menulis, A-B-C, 1-2-3, war you going (mcm Siti Tanjung Perak dalam cerita Bujang Lapok). Saya juga boleh membaca. Setakat alif-ye-mim = buaya tu apalah sangat. Dan saya boleh mendengar. Tapi kesnya sekarang ni saya nak mendengar-membaca-menulis dalam bentuk empathy. Susahnya.

Dulu, saya suka baca buku sejarah atau buku cerita sebab saya akan berfantasi dan menjelajah dunia penulisan penulis bersama-sama dia. Saya mampu buat begitu. Tapi sekarang ni, sejak mula berjinak-jinak dengan buku2 ilmiah, susahnya saya nak applykan imaginasi saya. Bila membaca dan tidak berimaginasi, susahnya saya nak faham apa yang saya baca.

Haih, nak kena asah balik skill membaca dan mendengar secara empathy ni, barulah saya boleh menulis dengan baik dan mampu untuk ekspresikan pendapat dan perasaan saya dalam penulisan. Macam chef yang ekspresikan perasaan dia dalam seni kulinari, fasion designer dalam rekaan fesyen dan composer dalam muzik yang diciptakan. Saya harus belajar bagaimana mahu mengekspresikan diri.

Makin bertambah umur ni, rasa macam makin banyak pula benda yang tak tahu. Haihhh...

February 01, 2010

+*+*~Pareto Principle - Specially for Yer~*+*+

I visited my friend's blog somewhere in last week and found out she's seeking for some advice about "prioritizing". Dalam usia 20-an, saya pun tak berapa ambil berat tentang priority ni, mana taknya, hidup masih enjoy-menjoy. Maklumlah, early 20ies masih single, almost late 20ies baru nak berdua, dah late 20ies baru jadi bertiga. So, I started my early 30ies to learn about priority. Huh, jangan tak percaya, punyalah saya bermasalah dengan hal priority ni sampai 1 masa beria-ia saya nak beli buku stephen covey - first thing first. But, bila saya baca buku John Maxwell - developing the leader within you, memang terang2 Mr.Maxwell explain tentang priority principle - he called as Pareto Principle.

Pareto Principle means - 80% of the effects come from 20% causes. (source:wikipedia).

According to me - 20% of our efforts will produce 80% of the results.

Accroding to John Maxwell - 20% of the people will eat 80% of the foods (part yang ni paling saya suka...hehe :P)

So, how I apply this into my life?

Contohnya, dalam kehidupan seharian saya, I will make sure what is my main purpose dan learn to spend my 20% of quality time to those activities yang akan hasilkan 80% result.

Contohnya, 20% of my time to plan out apa house chores yang nak kena settelkan on the other day (masak, pegi beli lauk, basuh baju, gosok baju, etc) dan put in on priority list. In my case saya amik 20% daripada 1 jam, around 12 minutes untuk plan outkan this chores. Pastu, esok dah boleh execute and make sure 80% of the plan out chores tu dapat disettelkan.

Same goes to my Herbalife business (see, saya gunakan Herbalife ni as platform utk saya belajar, that's it). I will spend 20% of my working time on advertising, recruiting people, consulting people and make sure that 20% of my effort ni akan menghasilkan 80% of my income results. In my case, saya akan spend 1.5 hrs utk advertising, 1.5 hrs recruiting, 1.5 hrs consulting, itu saja. And my working hours is 8 hrs a day. Thats why saya ada banyak masa nak lepak depan komputer dan blogging(kononnya)...hoho.

But before we can apply this Pareto Principle, we have to be very clear about our purpose, apa peranan kita as isteri, anak, kakak, emak, rakyat Malaysia, etc. etc. Yang ni boleh refer balik kat buku 7 Habits of Highly Effective People by Stephen Covey. Kat situ dia ada ajar mcm mana nak buat personal mission statement. It falls under Habit #2 - Begin With The End In Mind.

So, ada habit as effective people and applying Pareto Principle as method to be effective of course kita akan dapat merasakan life kita tidak messed up. Dan tidak perlu terjun gaung seperti saya hari tu..hehe :P

**Hoih Yer, aku dah buat entry ni khas untuk ko. Gila pening, rasa mcm nak tulis thesis pun ada. And am still not good in writing, so kalau ada part yang tak clear please let me know ye. :) **