Sebelum terlambat, Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Sambutan Aidil Adha tahun ni seperti biasa sahaja. Rasanya rata2 umat Islam pun menyambut Aidil Adha ni pun biasa2 saja kan, taklah berhabis bagai macam Aidil Fitri. Cuma siapa yang terlibat dengan ibadah Haji mungkin merasa ke-excited-annya. Ala, apa la nak kecoh dengan raya Haji, dulu masa zaman sekolah saya biasa je tak balik beraya dengan keluarga. Takde pun siri drama lagu dendang perantau masa raya haji pun.
Tapi tahun ni lagi tak best sebab family kecil saya semuanya down with fever. Dimulakan dengan empunya diri yang jatuh demam sakit kuat hanya disebabkan terlebih hidu asap ubat nyamuk cap ikan zaman berzaman. Lepas tu berjangkit pada suaminya pula dan lebih parah bila berpindah pada si kecil pula. Yang tak bestnya, saya demam sorang2, tapi hubby and Aimar demam beregu (dua2 demam dalam satu masa). Jadi yang tak tido malamnya tentulah saya. Masa saya demam, 2-2 orang tu bukan main lena lagi tidonya.
Si kecik tu pulak, lagi best citernya. Dah baik demam macam2 lagi skill baru dia generate. Lagi best dah pandai nangis memberontak tanak tido malam. Bila jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam, masa tulah mata dia lagi bulat nak main play gym dia. Wah..wah..wah...ada hati nak jadi batman ke anak saya ni?
Sampai di sini sahaja cerita tentang raya. Si kecik sudah bangun dari tidur pula. Saya pun tak mandi pagi lagi ni asyik kena layan kerenah dia saja. Nak settlekan laundry lagi ni. Haihh...rasa macam nak ronda2 cuci mata kat Alamanda pun ada....
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
November 29, 2009
+*+*~Aidil Adha Yang Mandom~*+*+
Cerita Rozelia Shariff pada 2:11 PM
Cerita Tentang: ..., 5th month, cerita kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment