....while you still have it!
Macam statement cliche, tapi ada benarnya. Cuma kadang2 kita tak berapa ambil berat sehinggakan sanggup menyerahkan kesihatan kita bulat-bulat di tangan doktor. Statement cliche sekali lagi "Alah...apalah susah2, sekarang saya masih sihat. Takde apa2 masalah. Nanti bila dah sakit, boleh pegi jumpa doktor". Pernah tak kita terfikir kalaulah doktor tu tak available semasa kita cari dia, apa akan berlaku. Dah terhantuk, barulah nak terngadah.
Bagi saya, kita yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kesihatan kita, terutama sekali kesihatan tubuh badan dan kesihatan mental kerana 2 item ini adalah perkara asas yang Allah S.W.T kurniakan pada kita. Dan seharusnya kita menjaga kesihatan semasa kesihatan itu masih kita miliki. Contohnya macam nilah, kita akan jaga ibu bapa kita semasa mereka masih ada, kalau mereka sudah tiada kita tak sebut "menjaga ibu bapa yang telah tiada" sebaliknya kita akan sebut "Mengenang ibu bapa yang telah tiada" atau "menjaga kenangan bersama ibu bapa yang telah tiada" (kerana kenangan itu masih ada). Jadi begitu jugalah dengan kesihatan kita, kita WAJIB menjaga kesihatan kita semasa kita masih memiliki kesihatan itu. Bila kita dah terlantar di hospital dan menyerahkan seratus-peratus kesihatan kita ke tangan doktor, itu bukan lagi disebut "menjaga kesihatan" tetapi layak disebut "mengenang sewaktu saya masih sihat".
Jadi bagaimana menjaga kesihatan dengan sempurna? Sebenarnya perkara ini semua orang dah tau, tapi persoalannya ramai tak yang praktikkan? Peringatan2 seperti "makan makanan yang seimbang", "minum air secukupnya", "bersenam" dan sebagainya sering kita dengari. Sekarang ni kalau kita perasan Kerajaan Malaysia pun dah start kempen makan secara sihat kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebagai bukti "Gas Petronas" yang produk utamanya adalah "Gas" juga mengiklankan tentang "makanan seimbang" yang bukan produk utamanya. Restoran2 fast foods juga menyediakan "nutrition facts" yang menekankan tentang "kalori setiap hidangan" bertujuan untuk memberikan informasi tentang pemakanan sihat kepada pelanggan2. Tapi kita ambil tahu atau tidak tentang informasi2 penting ini? Atau kita lebih rela membiarkan informasi itu berfungsi sebagai hiasan sahaja?
Kenapa saya bising2 tentang kesihatan di sini. Sebab dahulu saya adalah seorang yang "sakit", physically and mentally. Tapi selepas saya dapat semula kesihatan "fizikal" dan "mental" saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T. Dan atas kesedaran itu saya memulakan kempen menjaga kesihatan ini kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Tapi, terus terang saya katakan, pendedahan dan keprihatinan rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu adalah sangat cetek. Rata2 orang kita lebih suka membiarkan tanggungjawab menjaga kesihatan ini di tangan doktor. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berhenti berkempen sebab saya tau ini tanggungjawab saya dan saya perlu membantu doktor2 ini dengan memberikan informasi sihat kepada seluruh rakyat Malaysia. So that doktor ada lebih masa untuk buat research tentang virus2 yang pelik2 seperti HIV dan H1N1.
So, +*+*~Hikayat Kami~*+*+ sudah ada misi terbaru iaitu menyebarkan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Silalah lawati blog ini untuk mendapatkan informasi untuk menjaga kesihatan anda.
Promosi bulan ini: Analisis kesihatan worth RM100 secara PERCUMA! 9 item berkaitan badan untuk dianalisis. Khas untuk readers +*+*~Hikayat Kami~*+*+ di Lembah Klang, Malaysia.
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
March 12, 2010
+*+*~Take Care of Your Health....~*+*+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment