THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


March 13, 2010

+*+*~Ketahui Tentang "Visceral Fat"~*+*+

Picture source from Google

Pernah tak dengar terms "visceral fats" atau dalam bahasa Melayu "lemak viseral". Dahulu saya tidak punya idea apa itu lemak viseral. Apa yang saya tahu lemak viseral itu amat berbahaya. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info tentang "lemak viseral".

Dalam badan kita terdapat 2 jenis lemak - lemak pada kulit (cutaneous fat) dan lemak di sekitar perut dan organ dalaman (lemak viseral/visceral fats/abdominal fats). (Source: Health Today Magazine, Edition March 2010 & Wikipedia). Kita memerlukan sedikit kuantiti lemak dalam badan kita untuk memelihara suhu badan dan organ kita, tetapi lemak yang berlebihan boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis (diabetis malitus), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) seterusnya kegagalan fungsi organ dalaman lain seperti hati dan buah pinggang. Obesiti bukan sahaja diukur daripada kadar berat badan yang berlebihan, tetapi lebih mudah jika saya terjemahkan obesiti itu adalah "masalah lemak yang berlebihan di dalam badan".


Picture source from Google


Mengapa Lemak Viseral sangat berbahaya?
Lemak viseral ini akan dicernakan oleh hati dan ditukar kepada kolestrol. Kolestrol tidak boleh diserap dalam darah tetapi akan dibawa ke seluruh badan oleh lipoprotein dalam saluran darah. Terdapat 2 jenis lipoprotein - low density lipoprotein (LDL atau dikenali sebagai kolestrol tidak baik) dan high density lipoprotein (HDL atau dikenali sebagai kolestrol baik). Kandungan HDL yang tinggi dalam darah dapat melindungi kita daripada risiko penyakit jantung. Tetapi kadar LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saluran darah kita menjadi sempit. Selepas beberapa tahun (mungkin 10-20-30 tahun), saluran darah kita akan semakin menyempit menyebabkan darah kita sukar untuk mengalir melalui arteri. Akibatnya, plaque akan terpecah dan membentuk darah beku. Darah beku (blood clots) sangat berbahaya kerana ia boleh menyumbat aliran darah kepada organ2 penting dalam badan. Sebagai contoh, jika aliran darah kepada jantung tersumbat menyebabkan kita mendapat serangan jantung (heart attack) dan jika aliran darah ke otak tersumbat kemungkinan besar kita akan diserang angin ahmar (strok).
Secara ringkasnya, semakin tinggi kandungan lemak viseral dalam badan kita, semakin tinggi kandungan LDL atau kolestrol tidak baik dalam saluran darah kita, oleh itu meninggikan risiko kita kepada penyakit jantung dan strok. Selain itu, kandungan lemak viseral yang tinggi berserta dengan diabetis peringkat ke-2 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

(semua kenyataan di atas dipetik daripada majalah Health Today, edisi March 2010)


Bagaimana Lemak Viseral boleh bertambah?


Menurut pembacaan saya dalam majalah "Health Today" edisi March 2010, banyak faktor yang menyebabkan bertambahnya lemak viseral antaranya:-
1. sebab keturunan
2. perubahan hormon
3. pertambahan usia
Bagaimana mengetahui sama ada tahap lemak viseral seseorang itu memberikan risiko kesihatan yang tinggi atau tidak?
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui kadar lemak viseral yang terdapat di dalam badan kita, antaranya:-
1. Pengiraan Indeks Berat Badan (BMI)
menggunakan formula BMI=berat(kg)/tinggi kuasa dua (m2)
  • BMI = kurang daripada 18.5
  • BMI = 18.5-24.9 --> normal
  • BMI = 25 - 29.9 --> lebih berat badan (overweight)
  • BMI = lebih daripada 30 --> GENDUT!! (obese)
2. Pengiraan nibah pinggang-pinggul (waist to hip ratio)
dimulakan dengan mengukur ukur lilit pinggul, pita pengukur haruslah melilit bahagian paling lebar pada pinggul. Kemudian ukur pula ukuran lilit bahagian paling kecil pada pinggang, biasanya atas sedikit daripada pusat.



Picture source from Google


Buat pengiraan dengan menggunakan formula, Nisbah Pinggang-Pinggul = ukuran pinggang (cm)/ukurang pinggul (cm).

Nisbah pinggang-pinggul (NPP) yang sihat ialah 0.8 dan ke bawah untuk perempuan dan 1.0 dan ke bawah untuk lelaki. Kalau NPP melebihi kadar yang sepatutnya bererti lemak viseral kita adalah tinggi dan kita mendedahkan diri kita kepada risiko penyakit tak berjangkit! Menurut kajian, seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah epal - yang memiliki bilangan lemak yang tinggi di kawasan tengah - mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi berbanding seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir.


Picture source from Google
3. Menggunakan teknologi imbasan (scanning)

Picture source from Google
contohnya seperti mesin Viscan oleh Tanita. Kalau tak salah saya kos untuk sekali imbasan mencecah RM300!
4. Menggunakan mesin penimbang istimewa daripada Tanita
Picture source from Google
Bacaan yang diberikan oleh mesin ini adalah 99% tepat (accurate) kerana mesin ini dicipta melalui teknologi oleh Tanita, pengeluar yang sama untuk mesin Viscan. Lebih mudah kerana kita boleh mengukur lemak viseral walaupun dari ruang tamu rumah kita sendiri! Imbasan dilakukan melalui saraf yang terdapat pada tapak kaki seperti kaedah akupuntur oleh ahli2 perubatan purba Cina.
Jadi untuk pembaca +*+*~Hikayat Kami~*+*+, saya menawarkan imbasan viseral fat ini secara PERCUMA (untuk masa terhad saja) dengan menggunakan mesin penimbang Tanita seperti dalam gambar di atas. Ketahuilah berapa bacaan lemak viseral anda dan pastikan kesihatan anda terjamin untuk masa depan yang lebih indah bersama keluarga. Bagi setiap imbasan saya akan sertakan dengan konsultasi penyelesaiannya sekali. Ingat, kesihatan amat berharga bagi kita dan masa terbaik untuk menjaga kesihatan ialah sewaktu kita masih memilikinya. Bagi sesiapa yang berminat boleh email saya di aimi.mukhlis@gmail.com.


0 komen: