THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

+*+*~Quote Of The Day~*+*+

Don't wish it were easier, wish you were better.

Jim Rohn, Business Philosopher


June 29, 2008

+*+*~Lembaran Baru~*+*+

Akhirnya, aku mengambil keputusan MUKTAMAD untuk berpindah. Bukan sebab merajuk atau apa2 sebab lain, tapi aku dah bosan (aku memang cepat bosan).

Bukan aku tak sayang kat blog lama aku tu. Selama nie dia yang bersama aku. Suka dan duka, ups and downs, dia lah tempat aku nak meluahkan rasa. Tapi, aku perlukan pembaharuan. Aku tak nak berpura-pura dan cuba menjadi "orang lain". Aku ingin kembali menjadi AKU.

Actually, dah lama aku minta husband aku create kan blog kami ni. Memang dia dah buatkan satu, sejak kami bertunang dulu. Tapi harapkan dia..hmmm..alamatnya sampai berabuklah blog tu tak dijenguknya. He's not type of blogging person, dia tidak suka mencatit sejarah, bagi dirinya apa saja yang berlaku, biar saja berlalu. Sangat berbeza dengan aku, disebabkan akhir2 ini aku mula menyedari aku akan mengalami short & long term memory lost ~ aku pun tak pasti, yg pasti aku memang pelupa~ aku rasa lebih baik aku catatkan perjalanan kami. Sekurang-kurangnya ada cerita yg boleh aku ceritakan pada generasi kami nanti.

Main reason kenapa aku create juga blog ni, sebab bila balik dari Melaka hari tu aku rasa pelik bila tidur sekatil semula dengan husband aku. Macam tak pernah kenal & pada ketika tu baru aku sedari yang aku memang menghidapi memory lost syndrome. Kalau aku tak mula sekarang, PASTI takde apa yang aku boleh ceritakan pada generasi akan datang nanti.

Kalau sudi, sila lah bersama kami, mengharungi segala badai bersama kami, untuk mencapai satu kehidupan yang ABADI.



0 komen: