Aku tengah pening ni. Kenapalah susah sangat nak buat mende alah niii??
Kan aku ada cerita pasal appointment dengan En. Ame Hamzah dari Buluhmas tu kan..so, before jumpa dia ni aku kena siapkan phamplet pasal seasoning tu untuk disubmit sekali kat dia. Dari tadi aku dok mengobek benda tu...tapi skang ni kan tengah sengal, so idea tak mari laaa...
Waaa...haruskah aku berjumpa dengan En. Ame esok? Atau adakah patut aku postphone ke hari Rabu?
Ye...sekarang aku nak tutup ini lappy and pegi baca itu fiction +*+*~The Accidental Wife~*+*+
~lalalala~
+*+*~Quote Of The Day~*+*+
Don't wish it were easier, wish you were better.
Jim Rohn, Business Philosopher
June 30, 2008
+*+*~Tak Siap Lagi...~*+*+
+*+*~Am Trying To Make My Self Happy~*+*+
Kan aku dah cerita yg aku frust gile sebab pencil case aku hilang kan? So tadi saje aku klua pegi ke JJ Cheras Selatan, sambil buat survey, sambil cuci mata kalu adalah pencil case yang murah yang boleh gantikan pencil case lama..~ohh..tidakk, walaupun beli pencil case baru, isi pencil case tu tetap HILANG..~.
Tak de pencil case pun yg aku berkenan, tapi terberkenan pulak kat satu handbag kat Orange Sorbet. Memang kaler dia striking ~ orange, hijau, kuning, putih ~ sangat retro, compartment ikut taste aku, dan sangat besar. ~Yes, I need really,really huge hand bag to dump everything inside~. Tapi yang lagi best ada pencil case tersangkut kat beg tu and harga dia sangat murah..RM49.90 sahaja. Tapi aku tak beli lah pulak sebab mind u satu perangai pelik aku ialah aku memang takkan beli terus benda yg aku suka. Kalau aku rasa mcm berkenan, aku blah dulu dr tempat tu, biar terkenang-kenang, baru aku beli. Kalu mcm tu, konpim aku akan lenjan benda tu sampai hancur. Kalau tengok je terus beli, konpim aku pakai kejap je..heh!
Pastu, pegi JJ beli pakaian2 dlm sebab semua dah out sized ~huh..I became fatter & fatter~. So, jap lagi nak sambung kemas bilik and nak dump everything especially pakaian2 dalam yg dah tak boleh pakai tu..~i.e: yg dah loose getahnya, dah koyak and what not~. Aku nak ganti semu baru ~kalau boleh~ sebab aku akan melalui fasa hidup yang baru lepas ni.
Also, beli 1 fiction kat popular entitled ~The Accidental Wife~. Macam best je cerita dia, we'll see. Agak peliklah bila aku beli buku "cerita" sebab aku bukan jenis yg mcm tu. I'm more to informational and educational books. But, I need to improve my English. Lately aku rasa macam English aku getting worse, macam budak tadika. At first, aku ternampak satu buku bertajuk ~The Secret~. Actually ada video pasal The Secret ni, cerita tentang mind power that allow us to do anything even the miracle in the world. TAPI....harga dia mahal sangat ~ RM79.90 each~ which I know valuable for a book, tapi poket aku dah makin nipis, so kenalah batalkan niat suci murni tu. Fiction tu aku beli pun harga dia ~RM35.90~ sahaja.
Then pegi kedai roti kejap, rasa macam lapar je hari ni. Ada 2 buah kedai roti kat JJ Cheras Selatan ~ Bee's & LaBoheme by Jusco~. Tapi 1 jenis roti pun tak memikat selera aku. Finally pegi ke Watson beli Snek Ku perasa ketam & udang + Cadbury Picnic. Pastu terus balik.
Kesimpulan : Waaaa...aku nak beg kat orang sorbet tu!! Kan best kalau ada org belikan...
Aku pegi JJ Cheras Selatan ni sorang2. Pagi tadi husband terpeleot, tetiba je demam, sakan sangat tengok EURO final malam tadi kot. Lepas dah makan ubat, tido & lunch, dia dah rasa ok sikit, terus dia pegi opis. Lagipun, aku rasa lagi best pegi shopping mall sorang2, feel free nak tengok apa saja yg aku nak. Pas ni nak pegi Sunway sorang2 lah, baru puas sikit nak meronda. ~ Hisyyy...kete dah kena tarik pun ada hati nak shopping sakan. Bila la nak insaf ni~.
Esok petang should be aku ada appointment dengan En. Ame Hamzah dari Buluhmas, but tak sure lagi boleh proceed tak sebab husband ada hal malam, takut terkejar-kejar pulak. Most probably aku nak rearrange ke hari Rabu. Hopefully, boleh la deal dengan Buluhmas ni....barula bisnes aku boleh secure sikit. Afterwards nak deal dengan PERNAMA pulak, and aku dah dapat info bukan je boleh masuk ke PERNAMA Terendak, PERNAMA PD pun boleh. We'll see how. Also nak buat quotation for Burgerock juga...and preparation for MAHA. Wah...banyak keje ni, tapi kenapa aku sengal sangat??
Ok...nak mandi and back to work....
Cerita Rozelia Shariff pada 7:27 PM 0 komen
Cerita Tentang: happy time, Shopping mall
+*+*~KECEWA!!~*+*+
+*+*~Segala peristiwa berlaku pada hari Ahad, 29 June 2008, tapi baru diupdate hari ini sebab authornya sangat malas penat :P ~*+*+
Dah penat2 balik dari Melaka, suppose on Sunday aku ada meeting dengan team FnB sebab nak review apa yang dah berlaku sepanjang aku kat Melaka. Tapi biasalah, kalu dah nama meeting Sunday, semua tak boleh bagi komitmen - ada hal family lah, anak sedara kawin lah, itulah, inilah... Sekarang nie belum nampak apa2 hasil memang semua tak mau bagi komitmen ye, takpe...kita tunggu dan lihat saja...
Disebabkan kecewa dengan sikap "mereka", aku pun ajak husband pegi ke Sunway Pyramid. Agak lama jugak aku tak menjenguk ke sana, last dalam bulan Mei yang lepas. Luckily husband agak free so bolehla dia tag along. Tujuan asal nak pegi Sunway sebab nal pegi Mark & Spencer ~ beli lotion dari floral collection dia. So, pegi Sunway aku yang drive sebab husband tak berapa sihat.
Sampai kat Sunway, puaslah aku mencari parking. Sekarang ni parking system kat Sunway dah efficient, masuk je kat parking area, nampak signboard tertulis "Just Watch For The Green Light". Dasyat la, tempat parking complete dengan sensor bagai...ingat lagi first time aku sampai kat sunway dulu, back in 1997, memang buruk gila tempat tu. Macam kat area Kotaraya zaman dulu-dulu pun ada. So, lepas dah puas pusing-pusing, jumpa jugak tempat parking kat level B2, terus masuk building cari Mark & Spencer.
Tapi bukan cerita Mark & Spencer yg aku nak crita kat sini. Visit kali ni, aku berpeluang merasa makanan kat restoran yang aku tak pernah masuk ~ Fig & Olive~. Saje nak try best tak makanan kat sini. Overall boleh tahan, tapi aku sangat KECEWA sebab pencil case aku hilang, so, card holder aku pun turut hilang menyebabkan aku tak boleh transfer gambar!!
Huh...potong selera nak update blog!! Biar aku pegi cari dulu itu pencil case...kalu dah jumpa nanti aku update balik.
Cerita Rozelia Shariff pada 9:18 AM 0 komen
Cerita Tentang: absent mind, good food, Shopping mall
June 29, 2008
+*+*~Lembaran Baru~*+*+
Akhirnya, aku mengambil keputusan MUKTAMAD untuk berpindah. Bukan sebab merajuk atau apa2 sebab lain, tapi aku dah bosan (aku memang cepat bosan).
Bukan aku tak sayang kat blog lama aku tu. Selama nie dia yang bersama aku. Suka dan duka, ups and downs, dia lah tempat aku nak meluahkan rasa. Tapi, aku perlukan pembaharuan. Aku tak nak berpura-pura dan cuba menjadi "orang lain". Aku ingin kembali menjadi AKU.
Actually, dah lama aku minta husband aku create kan blog kami ni. Memang dia dah buatkan satu, sejak kami bertunang dulu. Tapi harapkan dia..hmmm..alamatnya sampai berabuklah blog tu tak dijenguknya. He's not type of blogging person, dia tidak suka mencatit sejarah, bagi dirinya apa saja yang berlaku, biar saja berlalu. Sangat berbeza dengan aku, disebabkan akhir2 ini aku mula menyedari aku akan mengalami short & long term memory lost ~ aku pun tak pasti, yg pasti aku memang pelupa~ aku rasa lebih baik aku catatkan perjalanan kami. Sekurang-kurangnya ada cerita yg boleh aku ceritakan pada generasi kami nanti.
Main reason kenapa aku create juga blog ni, sebab bila balik dari Melaka hari tu aku rasa pelik bila tidur sekatil semula dengan husband aku. Macam tak pernah kenal & pada ketika tu baru aku sedari yang aku memang menghidapi memory lost syndrome. Kalau aku tak mula sekarang, PASTI takde apa yang aku boleh ceritakan pada generasi akan datang nanti.
Kalau sudi, sila lah bersama kami, mengharungi segala badai bersama kami, untuk mencapai satu kehidupan yang ABADI.
Cerita Rozelia Shariff pada 8:40 PM 0 komen
Cerita Tentang: Permulaan Kisah